-19-

299 28 3
                                    

Sengaja Ryo tidak menyalakan lampu dengan membiarkan ruangan pejabat kecilnya bergelap.Bane dan Lex sudah lama balik walaupun kedua-duanya sedikit tidak senang hati membiarkan pegawai atasan mereka masih berada di pejabat.

Selepas mengunci pintu dan menutup lampu agar tidak ada sesiapa yang mengesyaki atau mempersoalkan apa yang dilakukannya lewat malam begitu dan masih belum balik walaupun jam bekerja sudah lama berlalu,Ryo kembali memusatkan segenap perhatiannya kepada sesalinan rakaman kotak hitam lori yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran PSS 10 225 KP yang membawa maksud ia didaftarkan di Pangea Selatan,Sektor 10 sebagai kenderaan ke 225 untuk kenderaan persendirian.

Jari Ryo menekan kekunci komputer dan segera monitor tersebut memaparkan keadaan sekeliling.Berdasarkan sudut pandang kamera kotak hitam lori tersebut dapat dipastikan bahawa ia dipakirkan betul-betul menghadap ke arah lorong belakang bangunan tersebut.

Minit demi minit rakaman berlalu dan kebanyakannya adalah rakaman tentang kenderaan yang lalu-lalang,lori  yang datang mengutip sampah seawal jam 5 pagi dan juga rakaman pemandangan biasa pekerja ataupun orang awam yang masuk -keluar dari celah pintu premis yang berada dalam lingkungan pengawasan kamera tersebut.

Begitu juga dengan kelakuan tidak senonoh para pengunjung pusat hiburan tersebut dan Ryo hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan rimas dan terganggu.

Namun tepat ketika masa pada sudut kanan komputer Ryo menunjukkan minit yang ke-125,tanpa sedar Ryo terlonjak berdiri dan bola matanya seakan hendak tergolek keluar apabila melihat sepasang lelaki dan wanita berjalan terhuyung-hayang bagaikan sepasang kembar siam yang melekat.Bukan kelakuan itu yang menarik perhatian Ryo melainkan kepada apa yang berlaku seterusnya.

Hanya jeda beberapa saat,satu susuk tubuh lelaki yang lain keluar dari celah daun pintu dan dalam masa yang sama tiba-tiba sahaja susuk tubuh wanita tidak dikenali itu mencapai leher pasangannya dan dengan kekuatan yang diperolehi entah dari mana,tubuh lelaki tersebut sudah diangkat belasan inci dari permukaan tanah dengan bahagian belakangnya ditolak kasar menempel ke dinding sisi premis tersebut yang berlumut dan tidak bersih sama sekali hanya dengan menggunakan tangan kanannya sahaja.

Sementara lelaki yang baru keluar dari pintu belakang pusat hiburan itu sekadar berdiri seakan memerhatikan sahaja kejadian itu,tanpa teragak-agak wanita tersebut membenamkan seluruh wajahnya ke ceruk leher lelaki yang meronta-ronta lemah dan hanya mampu menggerakkan kakinya yang tergantung di udara.Hampir dalam kiraan belasan saat begitu dan tiba-tiba sahaja wanita itu melepaskan cengkaman tangannya dan menoleh pantas.

Di hujung lorong,muncul satu susuk tubuh lain dari celah kegelapan malam dan jelas ia menyebabkan wanita dan lelaki yang seorang lagi terundur-undur ketakutan sehingga melangkahi sahaja susuk tubuh lelaki itu yang sudah tergeletak diatas permukaan jalan.Lembik seperti kain buruk yang meromok ditepi dinding.

Ryo sekali lagi seakan-akan hendak tumbang ke belakang apabila melihat dengan mata tidak berkedip akan susuk tubuh wanita dan lelaki tersebut melompat tinggi ke udara dan hilang dari lingkungan penglihatan kamera kotak hitam itu.

Sendi-sendi Ryo mendadak menggeletar tidak terkawal apabila kata -kata Ara kembali berlegar di dalam kepalanya dan dalam masa yang sama pula matanya seakan terlekat ke permukaan skrin komputer.Tapak tangannya juga terasa dingin dan kerongkong Ryo kering tiba-tiba.

Bangsa Athos.
Bangsa penghisap darah.

Wanita biasa mana mungkin mempunyai tenaga yang mampu mengangkat tubuh seorang lelaki dewasa hanya dengan sebelah tangan sedangkan susuk tubuh itu hanya wanita dalam rangka dan binaan fizikal  yang biasa-biasa !

Dengan nafas yang tertahan-tahan dan bibir separuh menggeletar,Ryo memerhatikan skrin komputer hampir tidak berkedip.Tubuh lelaki yang terperosok seperti longgokan sampah itu tiba-tiba bingkas bangun dan sesekali menggeletik malah menggeliang-geliut seperti belon kempis yang dipamkan udara secara tiba-tiba.Berjalan dalam langkah terseret-seret dan sesekali tumbang meniarap dengan leher yang terkulai ke kanan.Menggeletar lalu tersentak-sentak.

LAST HUNTER II : VARTRAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن