-47-

247 26 16
                                    

Koordinat yang diberikan pembantunya membawa Keii ke sebuah lebuhraya terpencil yang senyap sunyi dan hanya diapit oleh pokok-pokok tinggi di kiri dan kanan jalan.Melihat ada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melintang senget di bahu jalanraya ,Keii menekan brek kecemasan sehinggakan tayar motorsikal yang ditunggangnya berdecit.

Topi keledar berpenutup penuh di tanggalkan dan pantas Keii menaikkan hud baju yang dipakainya serta memasangkan topeng penutup mulut sambil matanya melilau dalam kesamaran malam memerhatikan keadaan sekeliling.

Langkahnya siaga sekali  dan telinganya cuba ditajamkan sebaik yang mungkin.Walaupun lampu jalan menyala namun rimbunan pohon tinggi dan tua yang memagari tebing berjaya membuatkan keadaan menjadi samar-samar sahaja dan hanya dibantu dengan lampu kenderaan di gigi jalan.

" Darius !!"

Keii tidak dapat menahan dirinya daripada melaungkan nama Darius dalam nada yang gementar.Setahunya Darius kemana-mana sahaja pasti akan ditemani Kiyo dan empat orang pengawal peribadi khasnya dan kebiasaannya kereta yang dinaiki Darius akan diiringi oleh sebuah kenderaan SUV yang dinaiki pengawal peribadi nya.

Tetapi kenderaan di hadapannya itu kelihatan baik-baik sahaja dan tidak pula terdapat tanda bahawa ia terlibat dalam kemalangan seperti yang dikhabarkan kepadanya melalui panggilan telefon beberapa minit yang lepas.

Tambahan pula,apa yang dilakukan Darius ditempat terpencil begitu? Kemana perginya sebuah lagi kereta para pengawal peribadi Darius?

Keii tahu antara sikap aneh Darius adalah dia tidak menyukai kehidupan yang terkongkong dengan diekori pengawal peribadi ke sana -sini dan disebabkan itulah bukan tidak diketahui Keii bahawa Darius kerap sekali curi-curi keluar dari Istana Templar tanpa pengetahuan sesiapa hatta Kiyo sekalipun namun untuk dia pergi sejauh ini memang satu hal yang mustahil .Tempat yang sunyi dan terpencil ditengah-tengah hutan !

" Darius !!"

Telinga Keii yang tajam menangkap bunyi kersak-kersik dan dengan pantas Keii menghunus pedang yang tersandang di belakangnya.Menapak perlahan-lahan menghampiri kereta hitam yang tersadai di pinggir jalan.

Dari sebalik bayang gelap pohon tinggi yang seperti memayungi jalanraya,tiba-tiba sahaja belasan lampu dihidupkan serentak dan menyorot Keii sekaligus membuatkan langkahan kakinya terhenti seketika dan dia terpaksa menggunakan kedua-dua tangannya untuk menghadang cahaya terang yang mengenai matanya.

" Darius !!"

Keii menjerit semakin cemas apabila menyedari keadaan tersebut jauh lebih serius daripada sekadar sebuah kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan seperti yang dikatakan kepadanya.

Langkahan kaki Keii terpaku seketika apabila daripada perut  beberapa buah kenderaan di hadapannya muncul belasan orang pemuda yang tidak dikenali dan ditangan masing-masing kelihatan kayu pemukul baseball , potongan besi yang pendek dan ada pula diantara mereka yang mengenggam sebilah pedang.

" Di mana Darius?"

Tempik Keii kuat namun pandangan matanya tetap berjaga-jaga dengan serangan yang tidak diduga.Dalam masa yang sama juga,seorang lelaki mengheret satu susuk tubuh yang sudah lembik seperti kain buruk dan menolak tubuh itu kasar sehingga tersembam ke atas jalanraya yang kasar.

Keii segera mengenali susuk tubuh tersebut sebagai pemuda yang dikhususkan untuk mengawasi Darius dari jauh bagi pihak nya.Pantas Keii menerpa ke arah pemuda itu yang terbaring tidak sedarkan diri dan nadi pada pangkal lehernya segera diraba.

Darah Keii mendidih melihat pemuda itu berlumuran darah dengan wajahnya yang biru serta pecah di sana-sini dan nadinya berdenyut sangat perlahan.Sungguh ! Mereka telah mengerjainya sehingga separuh nyawa .

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now