-26-

312 32 3
                                    

Balai Sentral di Metropolitan Sektor 9 Pangea Selatan mendadak gempar seawal pukul 7 pagi apabila anggota keselamatan yang akan menggantikan syif yang bermula pada jam 0100 hrs itu menemui empat balutan panjang bagaikan bantal peluk yang diikat bertindih antara satu sama lain diletakkan di hadapan pintu .

Pekerja pembersihan yang kebiasaanya memulakan kerja mengutip sampah tepat jam lima pagi setiap hari terpaksa mengatur lagi jadual penugasan mereka disebabkan pengumuman perintah berkurung yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan menemui bungkusan tersebut yang masih bergerak dan kedengaran menggeram namun berada di hadapan balai begitu,mereka tidak berani menyentuh bungkusan tersebut.

Maka mereka membiarkan sahaja bungkusan tersebut disitu sehingga ada anggota pasukan keselamatan yang tiba di situ.

Seorang daripada anggota yang berpangkat paling kanan tanpa teragak-agak menoreh sedikit lillitan pita yang membungkus salah satu daripada bungkusan tersebut sambil melutut namun sebaik sahaja ada satu tangan yang pucat dengan kulit menggelupas terjulur kaku dari celah torehan tersebut, dia sendiri tidak dapat menahan dirinya daripada berundur ke belakang menyebabkan dia jatuh terlentang dan kedengaran suara riuh-rendah apabila dua tiga orang pekerja pembersihan yang menemui bungkusan tersebut terjerit ngeri.

Menyedari keadaan tersebut,pantas tiga orang lain yang berada di hadapan balai itu membuat benteng dengan tangan masing-masing dan segera mengarahkan agar mereka yang bukan daripada pasukan keselamatan segera berundur dalam lingkungan perimeter yang selamat sekitar tiga meter daripada tempat kejadian manakala ada anggota yang lain merentangkan pita keselamatan bagi mencegah orang awam daripada mendekati kawasan tersebut.

Tidak lama berselang selepas panggilan dibuat,beberapa orang daripada Unit Forensik yang keluar daripada perut sebuah van yang bertulis UNIT FORENSIK DAN BIO-KIMIA dan tiga orang daripada Unit Teknikal mendatangi kawasan tersebut yang mendadak riuh serta menjadi tumpuan orang awam yang datang entah dari mana malah bunyi dan cahaya denyar kamera daripada telefon bimbit masing-masing saling tingkah meningkah.

" Minta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Beri kerjasama.Jauhi perimeter pasukan keselamatan."

Salah seorang daripada anggota pasukan keselamatan tersebut terpaksa menggunakan pembesar suara mudah alih (hailer ) kerana semakin terang pagi tersebut semakin ramai yang mengerumuni tempat itu dan mereka saling berdesakan untuk melihat sendiri apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Ryo dalam pakaian seragamnya berdiri di luar kawasan perimeter yang direntangi pita kuning-hitam manakala Bane dan Lex mengenakan pakaian khas mereka berupa sepasang sut daripada plastik lutsinar kebiru-biruan yang menyerkupi dari kepala hingga ke hujung kaki.

Kedua-dua anggota Unit T6 yang lebih berpengalaman itu sibuk memotret kawasan tempat kejadian tanpa menyentuh sebarangan tempat kerana dibimbangi mengganggu daa merosakkan spesimen serta akan mencacatkan pula hasil Jabatan Forensik Dan Bio-Kimia kelak.

Ryo memasang wajahnya yang datar dan selamba seolah-olah memerhatikan tempat kejadian tersebut buat pertama kalinya walhal dia dan Ara yang bertanggungjawab kepada seluruh kejadian tersebut.

Seperti biasa.Jika seluruh kejadian tersebut dapat diandaikan seperti kejadian gempa bumi,maka Ara adalah penyebabnya dan dia -Leftenan Ryo -akan menguruskan segala kejadian pasca gempa tersebut.Mengikut undang-undang tentunya kerana itu adalah fungsi utamanya dalam trio tiga sepasukan yang hanya aktif ketika orang lain sedang lena di ulit mimpi itu.Kali ini juga.

Ryo yang buat pertama kali berhadapan dengan manusia hybrid tersebut sehinggakan terpaku dengan mata yang terbeliak besar.

Bukan tidak pernah dia berhadapan dengan mangsa pembunuhan kejam sewaktu bertugas di Unit J11 lama dulu malah menganalisa dan mendatakan kes semua jenayah juga adalah hal yang biasa bagi unit barunya ,Unit T6 namun apabila berhadapan sendiri dengan manusia aneh yang pucat seperti kertas dengan kulit yang mengelupas serta mata semerah bara begitu benar-benar menyebabkan dia tergamam.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now