-43-

265 31 10
                                    

Suaranya serak tenggelam timbul dalam jeritan yang semakin perlahan melihat kenderaan dihadapannya yang terbalik dengan empat roda ke atas itu mulai tidak kelihatan dalam julangan api yang berkobar-kobar.

Percikan air dari muncung paip besar yang diacukan anggota bantuan kecemasan responder pertama bagaikan butiran halus gerimis yang turun dari langit sementara sambaran lampu biru putih dan siren kenderaan peronda pasukan keselamatan tidak ubah bagaikan denyar kilat yang menyambar penglihatannya.

Dia memang tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya kerana tatkala kenderaan tersebut memasuki lorong menuju ke arah jambatan yang merentangi sungai separuh beku itu,dia hampir terlelap kerana hari yang sejuk dan semakin menghampiri lewat malam.

Dan tahu-tahu sahaja dia sudah terbaring di atas pengusung dan kenderaan yang dipandu oleh ibunya itu melintang terbalik di lorong sebelah.Sementara sayup-sayup terasa pipinya di tepuk dan baju yang dipakainya di gunting dengan cepat manakala pada mulutnya diserkupkan sesuatu.Dan hampir serta-merta seluruh sendinya mendadak kebas dan tubuhnya terasa ringan melayang.

Terjaga semula dia membuka mata dalam satu persekitaran yang asing dengan serba-serbinya berwarna putih.Kaki kanannya berbalut simen dan pergelangan tangan kirinya disambungkan kepada satu cairan merah pekat melalui tiub halus.Disisi katilnya, wajah ayahnya dalam kot hitam dengan wajah paling murung yang pernah dilihatnya.Dan dari riak wajah ayahnya begitu tahulah dia bahawa ada sesuatu yang buruk telah berlaku.

Hujan gerimis yang turun perlahan-lahan seakan lirih dengan suasana suram di kawasan tanah perkuburan tersebut semakin menambahkan rasa remuk yang dirasakannya tatkala abu jasad sang ibu di taburkan perlahan ke permukaan tasik.Riak halus dan gelombang kecil di permukaan tasik menghantar rasa pedih yang tidak terkira didalam hatinya.

Mulai saat tersebut, tasik hijau yang dikelilingi pohon rimbun itu adalah tempat dimana dia selalu menumpahkan keluh kesah kerana riak air yang ditiup angin terasa seperti gumaman halus kata-kata memujuk dari sang ibu.

" Tuan Muda.."

Satu suara menendang gegendang telinganya pada suatu hari semasa kunjungannya yang entah ke berapa ratus kali.Ada wajah asing yang sama sekali tidak dikenalinya sedang menatap dengan senyuman lebar dan bersahabat.

" Siapa?"

Segera lelaki itu melutut menyebabkan wajahnya yang tampak baik hati serta sisa garis tampan dari masa mudanya itu berada separas .Kedua-dua tangan lelaki itu mencengkam kejap bahunya.

" Nama pakcik Erytheia.Sahabat Puan Besar.."

Mendengar sahaja nama itu disebutkan,dia menghamburkan diri kedalam pelukan lelaki separuh usia tersebut dan menangis semahu-mahunya menumpahkan seluruh redam dan remuk perasaannya apabila ditinggalkan oleh ibu tercinta dalam usia yang masih terbilang sangat muda.

" Pakcik ada membawakan sesuatu.."

Dalam linang air mata,dia menatap wajah lelaki tersebut sebaik sahaja lelaki itu mengeluarkan satu kantung daripada kain yang dijahit kemas.

" Hidup kita adalah sebuah perjudian, Tuan Muda..Kalau kita tidak berani mengambil risiko,kita tidak akan sampai ke mana-mana." senyuman lelaki itu masih bergayut pada dua ulas bibirnya." Tuan Muda berani mengambil risiko?"

Dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan respon kepada pernyataan sekaligus pertanyaan itu tetapi tahu-tahu sahaja dia menganggukkan kepala.Sungguh.Buat pertama kali dia terpesona dengan kebijakan yang dirasakannya daripada pilihan kata-kata lelaki tersebut.

" Didalam uncang ini ada 100 butir batu pelbagai warna.Kalau Tuan Muda berjaya memilih batu yang berwarna hitam, pakcik.."

Kata-kata lelaki itu jeda seketika sambil meletakkan tangan kanannya pada dada dan menatap dengan sinar
mata yakin.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now