-16-

313 36 11
                                    

Mainan baru. Menarik !

Begitu Keii bersuara dalam hati sambil  memasang wajah dan senyum manisnya namun di dalam hati dia senang sekali melihat wajah Darius yang menatapnya dengan wajah tegang sambil melintangkan tangannya ke tengah susuk tubuh gadis kecil tersebut  dan kelihatan gadis tersebut sedikit terundur ke belakang.Sementara Kiyo yang memerhatikan adegan tersebut dari jauh menatap mereka dengan hairan bercampur takjub.

" Ara pergi ke belakang.Biar saya ambil pesanan."

Darius menatap Keii dengan mata yang mencerun sambil bersuara dari celah giginya yang diketap.

" Darius,apa ni?"

" Pergi sajalah ! Jangan banyak tanya."

Ara meninggalkan meja berhampiran tingkap itu dengan tertanya-tanya.Ruang makan menjadi lengang selepas waktu makan tengah hari berakhir dan kedatangan empat orang pelanggan yang lengkap bersut hitam bagaikan sekumpulan esekutif daripada syarikat konglomerat besar disambut dengan senyuman lebar oleh sang majikan dan seperti biasa Ara akan datang membawakan menu.

Jika tiga orang yang lain seperti kebiasaannya memilih pakaian formal iaitu sepasang sut hitam lengkap bertali leher yang seorang lagi  tampil dengan kombinasi pakaian yang  lebih cerah.

Mengenakan kemeja berlengan panjang daripada warna biru pastel yang lembut- digulungkan sehingga ke paras siku dan dipadankan dengan seluar denim berwarna putih yang menangkup sepasang kakinya yang jenjang.

Tali pinggang dan kasutnya yang berwarna hitam berkilat kelihatan kontras  bagaikan melengkapkan penampilan santai namun kemas susuk tubuh tegap lampai lelaki itu.

Wajahnya nampak tenang tetapi  sedikit datar membiaskan aura dingin dan berpengaruh melalui pahatan struktur wajahnya yang unik namun punyai nuansa yang diatas paras biasa.Tampan,tegas dan menggerunkan sekaligus.

Namun Ara benar-benar tidak faham mengapa tiba-tiba sahaja Darius menolaknya sedikit ke belakang dan berdiri seakan-akan membentenginya daripada gerombolan lelaki-lelaki berpakaian kemas tersebut.

" Jadi.." Keii menautkan kedua-dua tangannya dan menatap Ara yang semakin menjauh. " Namanya Ara?"

" Saya tahu yang abang datang ke sini bukan untuk makan." Darius mengetap gigi " Abang nak apa?"

Keii mendadak tersenyum miring sambil kembali bersandar dan lambat-lambat menjatuhkan pandangannya ke arah Darius.

" Saja.Tak boleh?"

" Ara tak ada kena mengena dengan kita.Jauhkan diri abang dari dia !"

Darius benci sekali melihat senyuman senget Keii yang mengekori sahaja gerak-geri Ara dan memerhatikan gadis itu dengan penuh minat.Melihat senyuman Keii,ada kilatan aneh dalam pandangan matanya membuatkan darah Darius mendidih tanpa sedar.

Dia faham betul jika Keii menyungging senyuman begitu.Pasti ada sesuatu yang berlegar didalam fikirannya dan walau apapun niatnya, Darius memang tidak senang dengan hal tersebut.

Pada Darius senyuman dan sinar mata Keii tidak ubah seperti seringai seekor kucing yang melihat tikus mainannya terperangkap di satu sudut dan sedang terkial-kial mencari jalan keluar.Dia tahu benar akan satu hal.

Keii akan melakukan apa sahaja untuk membuatkan Darius tidak senang duduk dan melihatnya ketakutan adalah hiburan terbaik yang mampu membuahkan senyuman lebar kepada anak sulung Keluarga Artemis itu.

Sementara Ara berlalu ke dapur , Kiyo sekali lagi  hanya memerhatikan keadaan tersebut dari kejauhan.Melihat dan menyaksikan sendiri bagaimana Keii melayan Darius dan tidak pernah menganggap pemuda itu sebagai adiknya membuatkan Kiyo mengerutkan kening.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now