-48-

245 27 18
                                    

Melihat sebiji batu berwarna hitam dihujung kanan papan di hadapannya yang terkepung oleh belasan batu leper berwarna putih dan tidak ada jalan keluar untuk buah catur tersebut diselamatkan,bibirnya spontan mengukir senyuman.

" Maaf.."

Desisnya sambil mengambil batu hitam tersebut dan di letakkan ke dalam bekas disebelah kirinya.

" Aku tak punya pilihan lain selain daripada mengorbankan kau! Checkmate !! "

+ + +

Lebuhraya lengang di tengah-tengah jejeran pohon tinggi dan tua itu tiba-tiba sahaja menjadi terang benderang dengan sambaran lampu kenderaan pasukan keselamatan yang membiaskan warna biru putih secara berselang-seli dan sorot lampu limpah dari kenderaan pasukan keselamatan. Pita keselamatan berwarna kuning melintang sebarang arah dan jalanraya tersebut ditutup separuh.

Anggota pasukan keselamatan ada yang berkawal siap siaga dengan senjata HK MP 05 dan sekatan jalanraya yang di lakukan oleh Unit Keselamatan Lalulintas & Trafik menebarkan atmosfera sekitar tempat kejadian terasa menggerunkan.

Begitu juga dengan bunyi salakan anjing pengesan yang kedengaran dalam kegelapan malam yang mulai menghampiri hujungnya dan diufuk Timur mulai diwarnai dengan tinta keperakan petanda fajar subuh akan segera merekah membawa bersama sinar matahari pagi.

Manakala beberapa buah ambulans tersadai berderet di gigi jalan dan para petugas paramedik bertungkus lumus mempercepatkan pemindahan mangsa yang rata-rata sudah tidak dapat diselamatkan dan sedang ditutup dengan kain putih itu kedalam ambulans sebelum hari menjelang siang dan pasti keadaan akan menjadi lebih kecoh dengan kenderaan awam yang melalui kawasan tersebut.

Lazim di mana sahaja jika berlaku kejadian aneh begitu,kesan pasca kejadian adalah lebih terasa dengan tabiat orang awam yang gemar memuat naik kejadian tersebut ke laman-laman sosial lantas mencetuskan kegemparan tersendiri di dalam dunia maya.

Ryo pantas menyelit dari celah daun pintu kenderaan SUV pasukan yang tertera UNIT T6 dengan tulisan besar berwarna putih itu dan salah seorang daripada anggota yang mengawal keadaan lalulintas segera mengenalinya dan pantas merapatkan kaki lalu memberikan tabik hormat.

Ryo membalasnya dengan sedikit anggukan dan tatkala anggota tersebut menaikkan sedikit pita kuning yang merentangi tempat kejadian agar dia boleh memasuki kawasan tersebut,Bane dan Lex yang sibuk mengambil gambar tempat jenayah menoleh seketika lalu meneruskan kerja mereka yang sempat tertangguh dengan kehadiran sang ketua.

Beberapa susuk tubuh yang ditutupi dengan kain putih terbujur di sebarangan arah dan senjata yang digunakan tergeletak berlumuran darah.

Bane yang bertanggungjawab melabelkan apa sahaja penemuan yang berkaitan dengan serangan tersebut sudah menandakan tempat di mana dia menemui senjata tersebut dengan menggunakan kapur putih,dia membulatkan tempat itu mengikut diameter standard dan meletakkan label mudah alih mengikut turutan nombor secara menaik.

Selepas Lex mengambil gambar dari pelbagai sudut dengan menggunakan kamera berdinamik tinggi,Bane kemudiannya memasukkan bahan bukti tersebut kedalam beg plastik dan menyerahkannya kepad anggota Unit Forensik & Bio-Kimia.

" Skala?"

Soal Ryo seraya merapikan sarung tangan getah yang membaluti kedua-dua tangannya.Matanya menyeluruhi tempat kejadian.

" 9 ,Tuan.."

Sahut salah seorang daripada anggota keselamatan dari Jabatan Balistik itu dengan menghembuskan nafasnya sedikit menggeleng kepala.

" Tujuh orang mangsa meninggal dunia.Seorang cedera parah dan sudah dibawa ke hospital.."

Mendengarnya,Ryo tidak lagi bertanya lebih lanjut namun tatkala matanya menangkap satu susuk tubuh yang berbalut selimut tebal di atas pengusung-Ryo melebarkan langkah kakinya.Seraut wajah yang pias dan kelihatan sedang cuba diperiksa oleh anggota paramedik yang bertugas.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now