-41-

295 30 22
                                    

Mark menatap N dengan pandangan ragu-ragu sedangkan dalam masa yang sama N juga tampaknya seperti sedang berfikir keras .Silih berganti diantara Mark dan Ara.Jika Mark menatapnya dengan pandangan ragu,Ara sebaliknya memandangnya dengan wajah yang yakin dan tidak kelihatan gusar sedikitpun.

" Ara yakin boleh lakukannya?"

" N !!" Ara separuh membentak " Hanya Cecep yang tahu bagaimana sistem tu berfungsi.Yang ada hanya aku dan aku boleh mengurangkan tempoh masa serta kebarangkalian kita tertangkap!"

" Saya ?"

Leher Ara tertoleh ke belakang dan menatap Ryo dengan pandangan sengit.Geram kerana pemuda tersebut mencelah tiba-tiba dalam keadaan begitu.

"Tuan nampak..." Sepasang mata Ara merayapi tubuh Ryo dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.

" Nampak apa?"

" Terlalu besar !"

Ryo terbatuk air liur sendiri dan menatap Ara dengan pandangan tidak percaya bagaimana gadis tersebut baru sahaja mengatakan dia terlalu besar.Wah...perkataan apakah??

" Tak bolehlah,Ara.Itu terlalu bahaya"

" Memanglah.Tapi bukannya kita menyerbu masuk dan menyerang seluruh penghuni Istana Templar.Aku dan N akan memasuki Istana Templar melalui sistem pengudaraan.Pasangkan peranti pengintipan dan keluar semula.Susah sangatkah?"

Mark tahu mereka akan sangat mustahil untuk menang jika berdebat dengan Ara.Sejak dari dulu lagi begitu sahaja keadaannya.Namun jika dilihat dari sudut logik,memang ada benarnya kata-kata Ara itu.

N memang dijoloki dengan gelaran
tiang lampu bergerak sementara Ara punya susuk tubuh paling kecil diantara mereka dan sebaliknya-Leftenan Ryo pula memiliki fizikal tegap dan tinggi lampai yang pasti menyukarkan dia untuk menyusup masuk melalui saluran pengudaraan Istana Templar itu.

" N ?"

" Aku tak yakin,Mark.Terlalu bahaya.Lagi satu,kalau Eiiden dapat tahu macam mana?"

" Dia tak akan tahu kalau kita tak beritahu dia."

Mark mengerjapkan matanya dengan gelisah.Cuba untuk menimbangkan perkara tersebut dari pelbagai sudut.Apa yang dikatakan Ara tidak ada salahnya tetapi dia tetap merasa tidak sedap hati dengan rancangan tersebut.

" Mark !!" N menggesa dengan riak wajah gusar.

" Baik.." pemuda dari Suku Evas itu menghembuskan nafasnya dengan
berat."Ara dan N akan masuk."

Wajah Ara cerah semula dan hampir serta-merta sinar matanya berubah membuatkan Mark hanya menggelengkan kepala.

Dia tidak tahu jika wujud semacam sejenis penyakit kelainan jiwa yang membuatkan seseorang tergila-gilakan bahaya tetapi jika hal tersebut benar-benar wujud-Ara adalah orang pertama yang perlu direkodkan dalam jurnal penemuan pertama kes penyakit aneh tersebut !

Membiarkan Ara menyertai misi menyusup masuk tersebut memang satu pilihan yang sedikit berbahaya tetapi Mark juga tidak mempunyai pilihan lain.Mungkin benar apa yang dikatakan Ara dalam perdebatan mereka sepanjang perjalanan menuju ke Istana Templar sebentar tadi.

Ara boleh sahaja berteleportasi terus ke Istana Templar dan meletakkan seberapa banyak peranti pengintipan yang mereka ada tetapi bukan itu satu-satunya tujuan mereka.

Melalui cetakan biru sistem pengudaraan dan pelan Istana Templar yang diberikan Hunter kepada Eiiden,mereka perlu memastikan laluan yang tertera dalam cetakan biru pelan tersebut benar-benar boleh digunakan apabila masanya tiba kelak dan untuk memastikan hal tersebut,mereka perlu menguji laluan-laluan itu.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now