-53-

287 32 26
                                    

" Ini adalah berita tergempar yang baru kami terima.Sebuah kenderaan rasmi pasukan Biro Keselamatan Persekutuan yang sedang dalam perjalanan untuk memindahkan seorang tertuduh ke Lokap Pusat ke Sektor 1 telah terlibat dalam kemalangan mengerikan di kilometer 88 Lebuhraya Trans-Pangea dan mengakibatkan dua anggota pengiring dan seorang tertuduh rentung dalam kejadian tersebut.Setakat ini pihak keselamatan masih menyiasat punca nahas."

Figura seorang wartawan wanita yang memegang mikropon dengan lambang TransTV yang berlatarbelakangkan lebuhraya  serta beberapa buah kenderaan pasukan keselamatan juga sebuah ambulans dan kenderaan Unit Responder Pertama memenuhi seluruh skrin televisyen dan ia membuatkan Darius yang sedang meneguk air dari dalam cawan yang dihulurkan Ara tersedak sehingga wajahnya merah padam.

" Maka, secara rasminya mulai hari ini Tuan Muda Darius sudah meninggal dunia."

Darius benar-benar terlonjak berdiri dan cawan pada tangannya terlepas lalu berderai diatas lantai apabila tiba-tiba sahaja satu bingkai wajah berkulit cerah dengan rambut hitam seperti bulu gagak menjelma tepat dihadapannya bersama satu bunyi berdetus seperti cemeti yang dihayunkan ke lantai.

Belum sempat roh Darius yang melayang sekejap akibat terlalu terkejut itu tenang semula,satu lagi bunyi berdetus kedengaran dan kali ini wajah bulat yang cerah dengan rambut cokelat muda itu pula muncul di sebelahnya sambil tersengih mempamerkan giginya dan spontan Darius terlompat dengan wajah pucat lesi.

" Macam mana?"

" Semuanya seperti yang kita rancangkan,Eiid.."

Pemuda yang dipanggil dengan nama Eiid itu menganggukkan kepalanya lalu kembali menatap Darius yang masih terkejut seperti disampuk hantu.

" Maafkan kami kerana terpaksa membawa Darius dalam cara yang
sangat tidak normal.." Ujarnya memulakan kata." Dan seperti yang Darius nampak.."

Mata terbuntang Darius mengekori hujung alat kawalan jauh televisyen itu yang ditundingkan kearah skrin besar di hadapan mereka ketika itu yang masih menayangkan berita tentang kemalangan yang menimpa van pengangkut tersebut dengan latarbelakang yang hiruk-pikuk oleh bunyi siren dan asap yang masih mengepul serta kelibat beberapa orang anggota Unit Responder Pertama sedang menyua muncung hos bersaiz besar ke arah van yang sudah separuh hancur itu menyebabkan darah Darius terasa dingin tiba-tiba.

" Darius sepatutnya berada dalam van pengangkut tersebut.Betulkan?"

" Kami memang tidak suka mencampuri urusan orang lain,Darius.." sahut pemuda berambut hitam abu-abu tersebut dengan tenang. " Tapi apabila melibatkan Bangsa Athos,urusan mereka adalah urusan kami juga.."

" Kerana mereka adalah pewaris sah takhta Istana Besar.."

Pemuda dengan rambut cokelat karamel itu menunding ke satu arah dan Darius yang masih seperti disampuk hantu itu mengekori hujung ibu jari pemuda tersebut yang mendarat ke arah pemuda berambut hitam dengan kaca bertenggek pada batang hidungnya-lalu kepada wajah pemuda berambut cokelat muda yang kelihatan sentiasa riang itu dan akhirnya kepada Ara yang nampak tenang duduk pada kerusi di hujung sana.

" Ken.." Pemuda berkaca mata itu mengangkat tangannya.

" Ryu." Seorang lagi menyampuk lalu menunding kepada Ara" Dan dia..Luna Arabella.."

" Tapi kenapa Ara ttakkk...." Tergagap-gagap Darius bertanya dengan kerongkongnya mendadak terasa kering.

" Kita seri , Darius.." Sahut Ken " Sama sahaja seperti Darius yang menyamar dan menyembunyikan hal sebenar bahawa Darius adalah Tuan Muda bongsu Istana
Templar !"

Darius tersedak lagi dan kali ini oleh air liurnya sendiri pula.

"Apa sebenarnya yang sedang berlaku?"

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now