-59-

271 33 65
                                    

Keii serta-merta menerpa susuk tubuh sang ayah dan memeluknya kejap sambil mengungkapkan perkataan maaf berkali-kali manakala Kiyo yang berdarah di sana-sini akibat terkena serpihan kaca terpegun dengan mata membulat.

Sementara itu di luar sana,suara sorak-sorai dan bunyi tembakan serta dentingan pedang berlaga tidak lagi kedengaran tetapi digantikan dengan bunyi siren pasukan keselamatan memenuhi indera pendengaran dan bunyi bising siren tersebut hampir sahaja ditenggelami oleh bunyi menderu-deru daripada kipas helikopter yang terapung rendah di halaman hadapan muncul entah dari mana.

Lelaki-lelaki penyerang Istana Templar itu kucar-kacir dengan kemunculan pasukan elit Biro Keselamatan Persekutuan tersebut.

Serentak dengan itu juga,anggota-anggota pasukan keselamatan yang lengkap berpakaian kalis peluru,menyarung but getah berzip dan mengenakan topeng ski dan lengkap dengan alat pendengaran dua hala yang berpakaian serba hitam menggelongsor turun menggunakan tali dari dalam perut helikopter tersebut.

Suara  mengarahkan agar para penyerang Istana Templar menyerah diri secara sukarela jika tidak ingin menghadapi natijah lebih buruk yang bergema-gema melalui pembesar suara juga kedengaran.

Di halaman hadapan pula,dari  dalam perut beberapa buah kenderaan yang tertera jata rasmi pasukan keselamatan,puluhan anggota pasukan elit  yang lengkap bersenjata bertebaran ke segenap pelusuk halaman dan mengacu senjata api ditangan masing-masing dengan lagak siaga ke arah lelaki-lelaki penyerang berpakaian hitam itu yang mendadak tidak tentu arah dengan situasi yang tiba-tiba sahaja bertukar 180 darjah begitu.

Daun pintu dibuka dengan kasar dari luar dan beberapa susuk tubuh anggota pasukan keselamatan menyerbu masuk secara serentak tetapi dalam posisi menyerang dan bertahan dalam masa yang sama sambil mengacu senjata.

Sinar laser kemerahan yang lurus daripada muncung senjata api yang diacu kelihatan berselirat di serata arah tepat pada bahagiana dahi  lelaki- lelaki penyerang Istana Templar yang sudah tidak bermaya di atas lantai akibat menerima serangan Eiiden dan yang lain-lain itu.

Melihat keadaan tersebut,wajah Pembantu Eiyo semakin pucat apatah lagi sepucuk senjata HK MP 05 diacu tepat ke dahinya.Riak angkuh dan biadapnya sekejap tadi hilang entah ke mana.

Salah seorang daripada anggota pasukan keselamatan tersebut maju ke hadapan lalu merendahkan muncung senjata api yang berada di dalam genggamannya.Dengan menggunakan jari-jemari tangan kanannya yang dibaluti sarung tangan kulit berwarna hitam yang direka khas mendedahkan hujung jari itu,dia pantas meraba nadi salah seorang daripada lelaki yang tersembam di permukaan meja.

Kedengaran dia mendengus sebentar sebelum menarik topeng ski yang menyamarkan wajah sebenarnya itu dan seketika dia membetul-betulkan rambut hitam berkilat yang sedikit berantakan itu.

Wajah berkulit cerah dengan dibingkaikan oleh rahang tirus yang tegas itu terserlah.Dengan pantas jari telunjuk kanannya menekan alat perhubungan yang terpasang pada cuping telinga kanannya yang kelihatan disambungkan terus kepada peranti khusus di dalam jaket kalis peluru yang melekap pada tubuh tegap lampai itu melalui wayar putih halus yang berlingkar pada sisi rahangnya.

" Paramedik dari Pronto Alfa 1,
panggilan." ujar nya tenang sahaja tetapi membiaskan karisma yang bukan sebarangan." Paramedik dari Pronto Alfa 1, hantarkan pasukan kecemasan ke bilik perjumpaan di sayap barat Istana Templar dengan kadar segera."

Suaranya jeda sebentar menerima maklum balas daripada pasukan paramedik dihujung talian sana dan kemudian dia menoleh.

" Semua orang tak apa-apa, Eiiden?"

" Setakat ini kami semua baik-baik sahaja,Tuan Ryo.."

Hanya dalam selang masa beberapa saat selepas itu ,anggota pasukan paramedik tiba separuh berlari dengan membawa pengusung .Sementara anggota pasukan paramedik mengangkat setiap tubuh mereka yang terbaring diatas lantai itu ke dalam pengusung,anggota pasukan keselamatan yang menyerbu masuk sebentar tadi pantas menggari lelaki-lelaki penyerang tersebut sedangkan beberapa anggota pasukan keselamatan itu tetap bersiaga dengan senjata ditangan masing-masing.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now