BAB 1

70.8K 1K 71
                                    

"Kau berambus sekarang! Aku tak ingin dah tengok muka kau kat sini! Kurang ajar punya budak! Tak guna!!!" Herdik wanita berwajah bengis itu dalam perasaan marah yang meluap-luap seperti lava gunung berapi yang sudah meletus.

Tubuh gadis di hadapannya ditolak kasar sehingga kaki gadis itu sedikit teranjak dari tempat dia berdiri. Namun gadis itu masih beriak biasa. Hanya matanya saja membulat besar menentang pandangan tajam dari wanita bertubuh lebih besar darinya itu.

"Kau punya pasal customer aku lari tahu tak?! Tak guna betul la kau ni. Memang betul-betul bawak bala je. Menyesal la aku bagi kau kerja dekat sini! Entah sial apa yang melekat dekat engkau tu, rugi aku customer lari!" Wanita itu membebel pula. Sumpah-seranah dilemparkan pada gadis tersebut. Dia masih geram dan marah dengan apa yang terjadi tadi.

Gadis itu menjulingkan matanya ke atas. Nampak tak terasa dengan kata-kata berbaur makian itu.

Lihat saja wajah gadis itu yang masih dengan riak bersahajanya, wanita itu pantas menyingsing lengan bajunya hingga ke siku. Tangannya naik mencekak pinggang. Dengan mata yang memerah menahan rasa benci dan marah melihat wajah tidak bersalah itu yang juga sedang berdiri memandangnya ketika ini, mahu saja ditempeleng pipi mulus itu sekuat hati. Turun naik dadanya kerana bernafas laju bila gadis itu langsung tidak mempamerkan rasa takut atau bersalah. Bahkan, gadis itu tersengih seketika bila mata mereka saling beradu sesaat tadi.

"Kau berambus sekarang! Aku menyampah dah tengok muka kau. Ikutkan hati nak saja aku pijak-pijak muka kau tu!" Herdiknya lagi.

"Aku pun tak ingin lah nak kerja kat sini.. kepala hotak kau orang tua, suka hati je nak maki aku! Kau ingat kau tu bagus sangat ke?" Kasar gadis itu membalas kata-katanya. Dengan gaya berpeluk tubuh gadis itu selamba membalas dengan nada yang menjerit kuat.

Tersentak sesaat wanita itu. Berani gadis itu menengkingnya kembali di hadapan orang ramai. Memang dasar budak tak pernah di ajar. Tak ada adab!

"Kurang ajar kau kan? Macam mana lah suami aku boleh setuju ambil budak tak guna macam kau ni bekerja dekat restoran aku. Dasar bodoh, tak guna! Lingkup restoran aku ada pekerja tak guna macam kau. Tak boleh harap!"

Gadis tersebut cuma tersengih sedikit. Matanya masih tak lepas merenung wajah wanita itu yang seperti mahu menelannya saat itu juga. Merah padam muka wanita tersebut. Jelas sekarang mimik wajahnya seperti mengejek wanita itu pula. Pipinya dikembung-kembungkan. Sengaja.

"Kau memang buat aku naik angin hari ni. Dah lama aku bersabar dengan kau.. Memang nak kena kau hari ni dengan aku. Siap kau, aku kerjakan kau cukup-cukup! Jangan ingat kau boleh terlepas hari ni!" Gertak wanita itu pula.

Kelihatan dadanya masih laju turun naik menahan marah. Matanya juga mencerlung tajam ke arah gadis yang langsung tak menunjukkan riak takut padanya. Semakin membara amarahnya. Rasa mahu di cekik-cekik saja gadis muda itu.

Dan seperti tadi, gadis itu masih beriak biasa. Hanya bibirnya masih tersenyum sinis.

Dalia. Itu namanya.

"Kau ambil barang kau ni, kau berambus dari sini! Jijik aku tengok muka kau, barang-barang kau. Semuanya aku benci! Aku jijik!" Tengking wanita itu lagi. Kuat suaranya.

Gadis itu pantas melekapkan kedua belah telapak tangannya pada telinga.

"Bising ah!"

Dalia mendengus kasar. Beg sandang bewarna coklat miliknya yang dicampak wanita tua itu atau lebih tepat lagi bekas majikannya dicapai lalu disandang semula ke bahunya gaya silang. Dia mengemaskan tudung bawalnya yang sedikit terselak di bahagian belakang itu.

"Tunggu apa lagi? Berambus lah!" Halau wanita itu lagi.

"Gaji aku mana? Bayarlah!" Balas Dalia kasar.

DALAM BENCI ADA SAYANGWo Geschichten leben. Entdecke jetzt