BAB 18

22.9K 722 35
                                    

Lelaki yang memakai pakaian serba hitam itu duduk menunggu di dalam keretanya. Cermin kereta diturunkan sedikit lalu dia menyalakan sebatang rokok. Rumah teres dua tingkat di hadapannya diperhati sejak maghrib tadi. Dari pagi dia mengikut kemana sahaja pemilik rumah itu pergi.

Dia memandang sekeliling, kebanyakan rumah di sekitar kawasan perumahan itu gelap sahaja. Mungkin masing-masing sejenis yang suka tidur awal. Hujung bibirnya terjungkit naik. Tersenyum. Peluang amat besar jika bertindak sekarang.

Arahan orang yang mengupahnya haruslah diikuti. Setakat menakutkan orang, apalah nak dihairankan. Kerja itu sangat mudah baginya. Lagi pula upah yang dia terima sangat lumayan. Dia juga sudah diberi kebenaran boleh berbuat apa sahaja asalkan jangan sampai mati. Semakin lebar senyuman jahatnya.

Habis sebatang rokok dihisapnya, putung rokok itu dilempar keluar dari keretanya. Lelaki itu mencapai hoodie miliknya di tempat duduk belakang lalu menyarung ke tubuhnya. Baru dia hendak membuka pintu keretanya tiba-tiba muncul sebuah kereta yang berhenti betul-betul di hadapan rumah tersebut. Dia merengus kasar. Tajam matanya melihat siapa pemilik kenderaan tersebut. Keadaan yang agak gelap membuatkan dia sukar untuk mengecam wajah lelaki yang telah pun keluar dari kereta tersebut.

"Kacau betul!" Rengusnya geram.














Tengku Hayden memandu perlahan keretanya setelah memasuki kawasan perumahan Dalia. Agak sunyi walaupun jam sudah tepat 10.00 malam. Tengku Hayden teringat ketika dia meninggalkan Dalia di tepi jalan dulu.

"Ya Allah. Apa aku dah buat ni.." ujarnya perlahan. Baru sekarang dia merasakan itu satu tindakan yang sangat bodoh yang pernah dia lakukan.

Sanggup dia buat begitu terhadap seorang gadis kerana ego dan marahnya sanggup dia buat perkara yang sangat bodoh. Langsung tak cerdik. Dimana pemikiran matang sebagai seorang lelaki ? Terasa malu dengan diri sendiri pula dia disaat ini.

Tengku Hayden memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah Dalia. Nampaknya gadis itu belum tidur, lampu di dalam rumah juga masih lagi terang.

Tengku Hayden keluar dari keretanya, dia terpandang sebuah kereta proton saga yang diparkir berdepan dengan rumah Dalia. Mungkin milik jiran sebelah. Fikirnya.

Tengku Hayden segera memberi salam.




Dalia yang sedang menonton televisyen memperlahankan sedikit suara televisyen yang agak kuat tadi. Berkerut dahinya. Sempat dia tergelak bila adegan lucu muncul di kaca televisyen itu.

"Babun mana datang malam-malam ni.. menganggu aku je. Hishh.. tak boleh ke kau datang besok je." Rungut Dalia sambil bangun dari pembaringannya. Semangkuk popcorn diatas perutnya dialih ke atas meja. Dia melangkah ke pintu. Kedengaran pemilik suara di luar masih memberi salam.

Mungkin jiran dilorong sebelah datang menghantar makanan. Fikir Dalia. Kerana dia ada mendengar Umi Habsah berbual dengan jiran yang lain tempoh hari. Katanya ada kenduri kesyukuran. Tapi dia tak dijemput pula. Meluat Dalia bila teringat dia tidak dijemput.

Sempat dia mencapai selendang yang tersangkut di pemegang tangga. Kemudian rambutnya disanggul malas dan selendang itu dililit ala kadar sahaja. Cukup untuk menutupi auratnya.

Dalia membuka pintu. Dek kerana diluar rumahnya lampu tidak dipasang semakin berkerut dahinya merenung sebatang tubuh yang sedang berdiri diluar pagar.

"Waalaikumussalam.. ye pak cik, ada apa datang ni ? Nak bagi lauk kenduri ke ? Masak apa je kenduri tadi ?" Selamba Dalia memanggil pak cik. Soalan mengarut juga dia bertanya. Sengaja. Usai menyarung selipar dia berjalan ke arah pintu pagar.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now