BAB 32

35.2K 728 31
                                    

Dalia yang sedang memilih baju untuk dipakai menyanyi kecil lagu kesukaannya. Laju jarinya menyelak baju-baju yang digantung kemas dalam almari, bila baju yang dicari tidak jumpa berkerut dahinya sambil mengomel halus.

"Mana la baju ni, hari tu ada gantung kat sini. Mana la hilang ni.."

"Haihh.. Siapa yang ubah ni.."

Dalia mengeluh. Penat mencari baju. Tuala separas peha yang menutupi tubuhnya sudah hampir terlondeh diperbetulkan dulu. Rambutnya yang tidak dibasahkan ketika mandi tadi disanggul tinggi gaya messy bun. Dalia bercekak pinggang mengadap almari itu.

"Mana baju ni... eee!" Keras pula suara Dalia. Bengang baju kesayangannya masih tidak dijumpai. Peluh sudah merenik di dahi dek kerana suhu penghawa dingin dinaikkan sebentar tadi. Rasa panas mula terasa.

Dia membongkokkan sedikit badannya, mencari di bahagian baju yang dilipat pula. Hampair lima minit dia mencari, masih tiada tanda-tanda bajunya akan dijumpai. Dalia garu kepala. Seingatnya dia sudah gantung atau lipat pada minggu lepas setelah diangkat dari ampaian dari dalam bilik dobi tersebut.

"Mana baju aku ni. Ish.. Ya Allah.."

Ralit dia membebel sambil tangan masih lagi bekerja mencari baju, tiba-tiba tubuhnya dipeluk seseorang dari belakang. Dalia ingin menjerit tetapi mulutnya pula ditutup dengan tangan kasar itu. Dia mula takut dan terus meronta-ronta ingin melepaskan diri.

"Umphhh!"

Sekuat hati Dalia ingin menjerit tetapi suaranya langsung tidak keluar. Terlalu kuat tangan yang menekup mulutnya ketika ini. Menggeletar badan Dalia dek kerana terlalu takut. Pelukan itu juga semakin kuat. Sikunya cuba disiku ke perut figura misteri itu namun gagal. Figura misteri itu pandai mengawal tubuh Dalia yang tidak duduk diam sahaja.

"Umphhhh...!" Dalia memukul-mukul pula tangan kasar itu dengan harapan dia akan terlepas. Dadanya pula mula terasa sesak.

"Umphhh! Umphhh!" Dalia menjerit lagi walaupun suaranya seakan tidak keluar langsung.

Tiba-tiba dia terasa seperti ada sesuatu yang lembut menempel di tepi lehernya pula. Seperti bibir. Dari leher turun hingga ke bahunya kemudian naik semula ke lehernya. Dalia semakin tak tentu arah. Dalam hati sudah berdoa agar Allah menolongnya ketika ini.

"Umphh!"

Bibir itu semakin galak menjamah tubuhnya yang terdedah. Habis belakang badannya menjadi habuan gerangan misteri itu. Air mata yang ditahan mengalir jua. Takut. Dalam masa yang sama dia cuba melawan lagi walaupun kudratnya dirasakan semakin lemah.

Figura misteri itu tersenyum sinis.

"Syhhhh... abang ni."

Tengku Hayden melepaskan tangannya yang masih melekap di mulut isterinya. Tubuh Dalia dipusing mengadapnya. Sebuah lagi ciuman singgah di dahi licin itu. Wajah Dalia yang terkejut bercampur takut menjadi tatapannya. Tengku Hayden lantas memeluk tubuh itu. Dapat dirasakan tubuh isteri seperti menggigil.

"Syhhh.. calm down." Bisik Tengku Hayden lembut. Memujuk.

Dalia yang masih terkejut membalas pelukan itu. Pinggang suaminya dipeluk erat. Terkejut dan takut semua perasaannya bersatu.

"Rileks okey.. abang gurau je lah.." Lembut tutur kata Tengku Hayden sambil mengusap belakang badan Dalia.

Hampir lima minit berpelukan begitu. Tengku Hayden melepaskan pelukannya setelah dirasakan Dalia mula tenang. Ubun-ubun isterinya dikucup sambil tersenyum. Wajah Dalia mula menyingga. Geram dan marah.

"Abang!"

Tengku Hayden sengih dengan muka tak bersalah. Dari tadi lagi dia sudah tercegat di belakang isterinya itu ketika Dalia sibuk mencari sesuatu di dalam almari. Dia hanya mampu menelan air liur sahaja merenung tubuh berkemban itu daripada belakang. Dan sengaja dia berbuat sedemikian, sengaja nak lihat sejauh mana tindakan isterinya. Boleh tahan ganas. Melawan juga walaupun takut.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now