BAB 50

27.8K 659 56
                                    

"Masuk hospital? Hampir-hampir keguguran?" Natasya gelak sinis. Padan muka! Gelas minuman keras yang baru diteguk seteguk dua sebentar tadi diletak ke atas meja.

"Kau pasti?"

Johari cuma mengangguk dengan wajah bersahaja.

Natasya menyambung gelaknya. Terlalu gembira tapi lagi gembira jika kandungan gadis itu lenyap!

"Boss ke yang buat?" Johari bertanya.

"Buat apa? What do you mean, Johari? Aku buat apa?"

"Boss yang buat perempuan tu hampir-hampir keguguran?"

"Bukan aku lah. Kau tak tahu ke apa sebabnya?"

Johari geleng kepala.

"Mana aku tahu. Dia mengandung pun aku tak tahu." Ujar Johari perlahan. Natasya yang asyik ketawa itu direnung penuh hairan. Buruknya muka asyik ketawa saja. Kutuk Johari dalam hatinya.

"Hal kecil macam tu pun kau susah nak tahu? Yang kau follow dia selama ni tu apa? Tak kan kau tak tahu langsung?" Soal Natasya dengan kening bertaut rapat.

"Tak tahu boss." Ujar Johari jujur.

"Kenapa tak bagitahu aku?" Johari bertanya mendatar.

"Kenapa kau nak tahu? Kau boleh saja kan tahu sendiri? Atau sebenarnya kau tak buat kerja yang aku suruh?" Tebak Natasya.

Johari diam tiada jawapan. Patutlah nampak berisi saja gadis itu. Tengah berbadan dua rupanya.

"Aku ada plan baru. Aku nak kau buat dengan teliti kali ni." Ujar Natasya tersenyum sinis. Minuman keras diteguk kembali sampai habis. Telan air liur saja Johari yang melihatnya. Air haram dia tak pernah sentuh lagi setakat ini. Tekaknya tekak Melayu. Air kopi saja menjadi minuman kegemarannya.

"Hoi kau dengar tak?!" Jerkah Natasya bila Johari seperti tidak berminat dengan rancangannya.

"Boss nak buat apa kali ni?"

"Aku nak kau buat anak dalam perut betina tu mampus."

"Maksud boss?"

Natasya mencebik bibir. Perkara mudah, fikir sendiri pun boleh. Tetapi Johari yang bebal ini harus dicerita satu-persatu supaya dia faham.

"Macam ni..."



*******


"Dah semakin berselera nampaknya isteri abang makan ni. Habis semua. Kan bagus macam ni, tak payah nak paksa-paksa dah."

Dalia sengih. Air kosong diminum sampai habis segelas. Bibirnya yang basah dilap menggunakan tisu.

"Abang dah makan?"

"Dah tadi. Tapi abang rasa abang pula yang tak ada selera nak makan.."

"Kenapa? Abang tak sihat ke?" Soal Dalia risau. Tangannya terus melekap di dahi Tengku Hayden. Tak panas pun.

"Tak lah. Makan seorang je, memang tak berselera lah. Tak ada orang teman."

Dalia tertawa kecil. Kedua belah tangan mula melekap disisi kepala suaminya. Apa lagi, rambut yang kemas disikat itu sengaja dikusutkan.

"Sayang! Habis la rambut abang." Rajuk Tengku Hayden.

"Suka buat macam tu. Kusut dah rambut abang.." Ujarnya lagi. Rambut yang kusut diperbetulkan semula walaupun hasilnya tidak seperti asal.

"Biarlah macam tu, tak payah nak handsome sangat eh."

"Eh puji abang handsome ke? Cuba cakap lagi sekali? Tak puas dengar sekali je." Tengku Hayden sudah tersengih-sengih suka.

DALAM BENCI ADA SAYANGTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon