BAB 3

22.8K 829 48
                                    

"Mama bila kita nak jumpa Kakak Dalia? Ara rindulah.." Soal Tengku Tiara. Manja.

Tengku Aisyah mengeluh berat. Sudah acap kali soalan itu diutarakan anak gadisnya. Sudah penat mulutnya hendak menjawab. Tak tahu alasan apa lagi yang hendak diberikan kepada anak kesayangannya itu.

"Mama..." Tengku Tiara menggoncang tangannya pula.

"Haish.. ye?"

"Bila kita nak jumpa kakak Dalia?"

Tengku Aisyah berdecit perlahan. Tepi lehernya digaru.

"Hurmm.... buat apa Tiara nak jumpa dia lagi? Tiara kenal dia ke sebelum ni? Tak kenal pun kan?" Sampuk Tengku Hayden dengan riak wajah yang cuak. Dia juga sudah bosan dengan soalan yang sama asyik disoal adiknya itu. Tapi dalam masa yang sama hatinya juga berdetik untuk melihat wajah gadis yang bernama Dalia tersebut.

"Ara suka Kakak Dalia. Dia baik, dia tak kisah pun Ara pegang tangan dia. Dia tak marah." Jawab Tengku Tiara polos.

Tengku Aisyah tergamam. Jawapan anaknya membuatkan hatinya terasa hiba. Benar kata Tengku Tiara, gadis bernama Dalia itu langsung tidak menunjukkan riak wajah yang tidak senang dengan perangai anaknya. Malah gadis itu melayani anaknya seperti orang normal. Mesra sahaja layanannya.

Bukan dia tak tahu jika sebelum ini ramai yang memandang serong kepada anak gadisnya itu dek kerana perangainya yang sudah berubah seperti anak kecil yang tak normal. Jika Tengku Tiara menghampiri mereka pasti mereka menjauhkan diri, tetapi tidak bagi gadis bernama Dalia itu. Gadis itu masih muda tetapi perangai dan tingkah lakunya nampak matang dan ikhlas melayani Tengku Tiara.

Tengku Aisyah jeda seketika, mengingati detik-detik separuh hatinya hancur dengan apa yang berlaku pada Tengku Tiara dulu.

Tengku Tiara yang dilahirkan normal berubah jadi begitu kerana kemalangan yang menimpanya semasa dia berumur 17 tahun. Dia dilanggar lari oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Otaknya cedera teruk, tiga bulan Tengku Tiara koma dan peluang untuk dia hidup amatlah tipis pada masa itu.

Tapi takdir Allah tiada siapa yang dapat meneka, Tengku Tiara sedar daripada komanya. Tetapi lain pula yang terjadi, akibat kecederaan otaknya doktor mengesahkan dia hilang ingatan. Hentakan kuat pada kepalanya memberi kesan kepada otaknya. Dia tidak akan sama lagi dengan Tengku Tiara yang dulu. Dan ini lah Tengku Tiara sekarang, dia menjadi seperti seorang kanak-kanak.

Gadis periang yang punya ramai kawan sekarang sudah keseorangan di dalam rumah agam ini. Hanya bertemankan Tengku Aisyah atau ahli keluarga yang lain sahaja dia dibenarkan keluar. Tiada siapa yang sudi berkawan dengannya.

Sudah bermacam cara mereka cuba supaya Tengku Tiara sembuh seperti biasa tapi usaha mereka sia-sia sahaja. Dan akhirnya mereka redha dengan ketentuan Illahi. Bagi mereka Tengku Tiara adalah anak yang paling istimewa. Tiada satu orang pun ahli keluarga yang tidak menyukainya. Sebak hati Tengku Aisyah bila mengenangkan akan hal yang berlaku kepada anak gadisnya itu.

"Mama jom lah kita pergi rumah Kakak Dalia." Tengku Tiara bersuara lagi.

Tengku Aisyah buat tak endah.

"Awak bawak je lah dia pergi rumah budak tu. Baru nak reti diam kot mulut si Tiara ni." Tukas Tengku Malik. Sudah hampir tiga hari anaknya asyik bertanyakan soalan yang sama. Ya, dia sudah jemu mendengar soalan yang sama.

"Ha'ah mama bawak je lah. Bising lah asyik memekak je. Sikit-sikit Kakak Dalia, entah budak mana la dia terkenan ni." Celah Tengku Hayden sebal. Dahi adiknya dijentik perlahan.

"Aww..sakitlah. Abang Ayd ni jahat! Eeeee..!" Tengku Tiara menggosok dahinya dengan mulut yang memuncung.

Tergelak Tengku Hayden melihat reaksi adiknya. Manja sangat. Tak pandai bergurau.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now