BAB 41

28.3K 736 27
                                    

Tengku Aisyah melekapkan telapak tangannya pada dahi Dalia. Panas. Selimut tebal yang membaluti tubuh menantunya ditarik. Tangan diseluk masuk ke belakang badan Dalia. Panas juga.

"Se-sejuk ma." Terketap-ketap gigi Dalia bila dia membuka mulut.

"Panas ni badan kamu. Mama call Ayd ye? Suruh dia balik kejap."

Dalia menggeleng lemah. Tak bersetuju dengan cadangan Tengku Aisyah kerana dia tak mahu menganggu Tengku Hayden yang sudah pun berangkat ke pejabat pagi tadi. Dalia tahu suaminya ada mesyuarat penting hari ini.

"Kamu demam ni, Dalia."

"Nanti Dalia makan ubat." Lemah suara Dalia. Hanya mampu menuturkan ayat itu dengan mata terpejam.

"Tak boleh makan sebarangan ubat, kamu tu mengandung, bahaya lah.. Kena tanya doktor dulu." Selar Tengku Aisyah melarang.

"Tadi mama dah call Kak Azie, sekejap lagi sampai la tu." Tambahnya lagi.

Dalia diam tak memberi sebarang reaksi. Mata dicelik kuyu sahaja.

"Mama nak turun bawah kejap." Tengku Aisyah bangun. Mahu turun ke bawah dan sekaligus mahu menelefon anaknya, Tengku Hayden. Jika dia menelefon anaknya di depan Dalia, pasti gadis itu melarang.

Tengku Tiara pula mengambil tempat mamanya. Dahi Dalia disentuh, dia meniru perlakuan Tengku Aisyah tadi.

"Kakak demam?"

Dalia angguk dan tersenyum lesu.

"Kakak tak nak pergi hospital?"

Dalia menggeleng.

"Ara dah makan?"

"Dah. Kakak je belum makan."

Dalia senyum nipis.

Tengku Tiara begitu kasihankan Dalia. Sekejap-sekejap dahi Dalia disentuh. Tuala lembap diletak pada dahi Dalia.

"Pandai Ara." Puji Dalia. Masih mengigil sejuk.

Tengku Tiara sengih.

"Mama buat macam tu tadi." Ujarnya.

Dalia hanya tersenyum lemah. Rasa hilang semua tenaganya. Dia sendiri hairan kenapa tiba-tiba saja demam. Subuh tadi hanya rasa lesu dan loya saja dan selepas solat subuh dia kembali melelapkan mata. Dia ingatkan itu hanya alahan biasa. Bila terjaga semula, rasa sejuk lain macam. Badan pun terasa sengal-sengal dan lenguh.

"Kenapa kakak tak nak call Abang Ayd?"

"Abang Ayd sibuk. Tak nak la ganggu dia."

Tengku Tiara membulatkan mulutnya berbentuk 'o'.

"Tapi kakak demam ni?"

"Ara kan ada. Ara boleh jaga akak kan?"

"Boleh!" Ujar Tengku Tiara teruja.

"Ara nak jaga kakak dengan baby."

Dalia senyum. Tangan Tengku Tiara disentuh.

"Terima kasih. Ara baik sangat."

"Sama-sama kakak. Sekarang kakak kena rehat." Ujar Tengku Tiara prihatin.

Dalia mengangguk perlahan.

Tengku Tiara menepuk lembut bahu Dalia supaya tidur. Seperti mana yang Dalia selalu lakukan kepadanya, seperti itu juga dia buat.





"Masuklah Zie. Dalia ada kat atas. Panas sangat badan dia. Mak Long risau tiba-tiba je demam."

"Tak apa, nanti Azie check. Ayd mana Mak Long?"

DALAM BENCI ADA SAYANGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora