BAB 61

20.2K 640 33
                                    

"Minggu depan kita bertunang. You dah ready?"

Natasya diam. Namun jawapan yang dia berikan hanyalah melalui sebuah senyuman yang terukir pada wajahnya sahaja. Bersediakah dia? Biar waktu saja yang menentukannya.

Lega Farouq menatap wajah yang sedang tersenyum itu.

"I kan kalau boleh nak kita terus bernikah je. Kan senang. Bertunang ni macam buang masa aje. Tapi apa-apa pun I tak kisah, janji you dengan family you terima I pun I dah rasa lega dah." Luah Farouq tersenyum lebar.

Natasya membalas senyuman itu. Lubuk emas, siapa tak nak terima? Orang bodoh saja tak terima. Ujar suara hatinya.

"I cuma ikut cakap orang tua I je. Lagipun mama papa you pun nak kita bertunang dulu kan? So tak ada salahnya keputusan mereka. I okey je. Asalkan semuanya berjalan lancar." Balas Natasya sekadar mahu mengambil hati Farouq. Tak lekang senyuman palsu miliknya.

Semakin lebar senyuman Farouq. Tanpa ada rasa segan silu kedua belah tangan Natasya diraih. Digenggam erat tangan mulus itu. Natasya membiarkan saja sambil matanya menatap tepat pada anak mata Farouq. Mereka saling berpandangan.

"I love you."

"I love you too." Balas Natasya. Bibir mengungkap cinta tapi hati kosong langsung tak terisi dengan apa yang diperkatakan. Langsung tiada rasa bersalah mempermainkan cinta yang tulus dari seorang lelaki.

"I can't wait to marry you."

Natasya sekadar tersenyum kelat. Lansung tiada rasa gembira di hatinya. Pertunangan yang dirancang itu hanyalah untuk memastikan keseluruhan rancangan dia dan daddynya nampak sempurna dimata mereka semua.

Tiada siapa yang mengetahui apa rancangan mereka berdua. Bahkan, Datin Suhaila juga langsung tidak mengetahui, tetapi Natasya pasti mummynya itu pasti mengesyaki mereka berdua. Biarlah, jika Datin Suhaila tahu sekalipun apa yang boleh dia buat? Dia tak kan dapat menjadi penghalang mereka. Datuk Arman pasti akan bertindak dengan lebih tegas lagi dari sebelum ini jika Datin Suhaila berkeras mahu menghalang mereka.

"Boleh tak I nak minta sesuatu dari you?"

Natasya yang menundukkan pandangannya terus mengangkat sedikit kepalanya. Wajah Farouq ditatap dengan pandangan kosong.

"You nak apa? You jangan nak minta yang bukan-bukan pulak ye..." Ujar Natasya sedikit rasa menyampah.

Farouq sengih.

"I cuma nak minta you berubah. That's all."

Berkerut dahi Natasya.

"Berubah?"

Farouq angguk lalu tersenyum kecil. Terangkat sedikit sebelah kening Natasya.

"I nak you berubah. You kan dah nak jadi isteri I tak lama lagi... I tak nak la you masih dengan perangai you yang sekarang ni. Ubah sikap you, ubah penampilan you. Boleh?" Pinta Farouq dengan nada suara yang lembut.

Natasya tertawa kecil seraya itu dia menggeleng kepala. Farouq sudah mengeluh berat.

"What are you talking about? You nak I ubah sikap and penampilan I? Nak I jadi alim macam ustazah ke?" Soal Natasya lucu. Dia mula tertawa.

"Bukan jadi ustazah terus pun. Tak salah kan kalau you berubah? Sampai bila you nak macam ni? Tengok la penampilan you tu, tak cukup kain. Terdedah sana-sini. You ingat jantan-jantan yang pandang you pakai macam ni tak rasa apa-apa ke? Lelaki ni ada nafsu Tasya."

Natasya agak tersentap dengan teguran itu. Namun ego masih tinggi melangit, mana mungkin dia tunduk dengan teguran sebegitu.

"Termasuk dengan you sekali ke jantan-jantan semua tu?" Perli Natasya.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now