BAB 21

31.4K 883 99
                                    

Tengku Hayden mencelik mata bila terasa wajahnya memberat sahaja, seperti dihempap sesuatu. Mata kuyunya ditenyeh berkali-kali dengan mimik muka yang tidak selesa. Terganggu pula lenanya. Benda pertama yang dilihat adalah tangan orang sebelah yang elok sahaja mendarat di mukanya. Siap pakej kaki gadis itu menghempap perutnya pula. Kepala gadis itu pula sudah dihujung katil.

"Buasnya kau tidur." Ujarnya perlahan. Tangan Dalia segera dialihkan lalu badan gadis itu ditarik ke tengah sedikit. Tengku Hayden bangkit sedikit membetulkan kepala Dalia diatas bantal.

Dalia bergerak sambil tangan kirinya menggaru-garu pipinya. Kakinya dialihkan sendiri. Badan pula dikalih mengadap ke kiri sedikit. Mungkin rasa terganggu bila Tengku Hayden menyentuh tangannya tadi.

Dalam kesamaran cahaya lampu tidur Tengku Hayden dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu. Sangat polos. Tersenyum dia. Perlahan-lahan dia mengesot merapati Dalia. Sekelip mata tubuh itu sudah berada dalam pelukannya. Tengku Hayden kembali tertidur semula.




Dalia membuka mata. Sayup-sayup azan Subuh kedengaran dari masjid berdekatan. Dia menggeliat tetapi terasa pinggangnya dipaut seseorang. Dalia menunduk pandangannya ke bawah. Enak sahaja lelaki itu memeluk pinggangnya. Eeee!

Pap!

Lengan berurat lelaki itu ditampar kuat. Namun Tengku Hayden masih belum tersedar. Tangan lelaki itu digoncang pula. Masih tiada langsung tanda-tanda lelaki itu bakal terjaga dari lenanya. Dalia merengus kuat.

"Peluk-peluk apa hal. Miang nak mampus." Rungutnya. Tangan Tengku Hayden dialih kasar. Dalia segera turun dari katil. Bantalnya dicampak kasar ke arah muka Tengku Hayden yang masih enak dibuai mimpi itu.

Lantas dia segera mencapai tuala sambil menggaru kepala yang tak gatal. Tapi dia teringat sesuatu. Kepalanya diraba. Dalia berpusing kembali mengadap katil. Tudungnya elok tergumpal ditepi bantal.

"Bila masa aku bukak tudung?" Soalnya perlahan dan hairan. Wajahnya mula panas. Malu, bila teringatkan dia tidak bertudung. Pasti lelaki itu sudah melihatnya rambutnya.

Dalia menggeleng laju sambil melangkah masuk ke dalam bilik air. Pintu ditutup perlahan, khuatir lelaki itu tersedar pula. Tak fasal-fasal dapat bala yang lain pula.

Selesai mandi, Dalia masih di bilik air dengan keadaan berkemban. Mengelap rambutnya yang basah. Menyesal pula dia basahkan rambut. Sempat dia merungut lagi di hadapan cermin sambil memerhati bawah matanya yang bengkak. Eyebag sekilo.

Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Tersentak Dalia.

"Dalia kau kat dalam ke? Cepat sikit, aku nak masuk ni." Tengku Hayden melaung dari luar.

Dalia menjeling ke arah pintu. Langkah kaki terus diatur. Baru beberapa tapak melangkah dia berhenti. Teringat yang dia hanya berkemban paras lutut dan hanya tuala kecil yang menutupi kepalanya. Dalia gigit jari.

"Aduh... bodohnya. Macam mana boleh lupa ni?" Gumam Dalia risau. Dia terlupa hendak membawa masuk pakaiannya.. Ni baru betul bala.

"Dalia!" Terdengar lagi namanya dipanggil. Agak kuat dari tadi. Pintu juga diketuk.

"Aduh, bala."

"Cepat la Dalia aku tak tahan dah ni nak terkencing." Tengku Hayden menggesanya lagi.

Dalia garu kepala. Masih berfikir. Nak keluar macam ni ke? Dia menunduk memandang tuala itu. Tidak terlalu singkat. Tapi..

"Keciknya tuala ni." Luah Dalia geram sambil memegang tuala yang digunakan untuk mengelap rambut tadi. Kalau lindung kepala bahu terdedah. Kalau lindung bahu, rambut pula terdedah. Dalia buntu.

DALAM BENCI ADA SAYANGOù les histoires vivent. Découvrez maintenant