BAB 72 (SPECIAL CHAPTER)

51.2K 1.1K 291
                                    

6 tahun kemudian...




Bayi kecil yang masih merah itu diletakkan perlahan-lahan ke dalam baby cot. Sudah terlena selepas menyusu tadi. Tengku Hayden senyum lebar melihat anaknya yang baru berusia lima hari itu sudah nyenyak tidur. Yang ini pun banyak mengikut iras wajahnya juga.

Lima hari yang lalu Dalia selamat melahirkan anak ketiga mereka. Sudah bertambah besar keluarga mereka sekarang.

"Sayang jalan tu perlahan la sikit." Tegurnya bila melihat Dalia masih kehulu hilir menyusun baju bayi di dalam almari.

"Nak siap dah ni. Uwais dah tidur ke tu? Senyap je.." Soal Dalia. Si kecil itu dinamakan Tengku Uwais oleh suaminya.

"Tidur dah. Sayang tu duduk la dulu, nanti mama ke nenda yang tengok kena marah pulak."

Dalia akur. Punggung dilabuh pada birai katil.

"Mana Imaan?" Dalia bertanya. Anak kedua mereka Tengku Rose Imaani. Lebih mesra dipanggil Imaan. Sudah berusia hampir dua tahun.

Dalia mengandung pula setelah Aryan genap 4 tahun. Sedar-sedar saja sudah 3 bulan lebih usia kandungannya ketika itu. Dia langsung tidak mengalami sebarang alahan jadi memang dia tidak menyangka dirinya sedang berbadan dua ketika itu. Kalau tak disebabkan Tengku Hayden yang asyik menegur bentuk badannya memang sampai bila-bila agaknya dia tak tahu. Selepas didesak supaya berjumpa dengan doktor, barulah Dalia pergi. Dan akhirnya mereka mendapat khabar gembira itu.

Tengku Hayden tak usah ditanya lagi, terlalu gembira sampai buat kenduri kesyukuran. Dalia pula menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun dia sudah serik mahu mengandung lagi. Tetapi takdir Allah tiada siapa dapat menghalangnya.

"Dalam bilik Tiara. Tengok kartun la tu."

"Aryan mana? Dah mandi ke belum la tu, asyik nak main je dari pagi."

"Dah. Abang dah suruh dia mandi tadi."

"Ibu..." Panggil seseorang di muka pintu. Dalia berpaling. Suara comel itu dia kenal. Tersenyum Dalia memandang wajah itu.

"Imaan, nak apa cari ibu? Meh sini kat ibu."

Anak kecil itu menggeleng sambil menenyeh matanya. Sejak dapat adik baru dia selalu menjauhi Dalia. Cemburu la apa lagi.

"Imaan meh kat daddy meh..." Panggil Tengku Hayden pula, barulah terkedek-kedek Imaan melangkah masuk lalu terus memeluk kaki Tengku Hayden.

"Imaan meh la kat ibu.. Ibu rindu sangat kat anak dara ibu ni."

Imaan geleng.

"Tanak ibu." Ujarnya perlahan. Masih pelat lagi percakapannya. Dalia senyum hambar. Sejak dari hari pertama lagi dia membawa Uwais pulang ke rumah Imaan selalu mengelak darinya.

"Kenapa cakap macam tu tak baik lah. Pergi la kat ibu." Suruh Tengku Hayden lembut. Iman menggeleng lagi.

"Imaan..." Panggil Dalia lembut.

"Tak sayang ibu ke?"

"Shayang.."

"Kalau sayang kenapa tak nak kat ibu?"

"Ibu ada adik baru." Tuturnya dengan wajah sedih. Tengku Hayden mengangkat Imaan duduk di atas pahanya.

"Tu kan adik Iman. Imaan tak sayang adik ke?"

Imaan diam. Dalia mengambil peluang itu membelai kepala anaknya. Rambut panjang Imaan dirapikan dengan jari-jemarinya. Tak nak sikat rambut langsung. Marah je orang pegang kepala dia. Imaan, Imaan... 🤦🏻‍♀️

"Imaan kena sayang adik tau..."

"Tanak."

"Tak nak?"

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now