BAB 17

22.3K 725 43
                                    

Tengku Hayden gusar. Sudah tiga hari Tengku Aisyah tidak bertegur sapa dengannya. Dan tiga hari juga Dalia tidak datang ke rumahnya. Mujurlah Tengku Tiara tidak membuat perangai. Bukan dia tak cuba berbual, dia cuba tetapi wanita itu tetap berdiam diri. Tak tenang hatinya sekarang ini. Bukan itu sahaja nendanya juga turut menjauhi dia dan Tengku Malik seperti biasa, bercakap bila perlu sahaja. Dia terasa seperti dipulau pula.

Tengku Hayden mengeluh berat. Pen yang dipegangnya dimain-mainkan. Jauh dia termenung. Teringatkan kata-kata kurang cerdiknya tempoh hari.

"Sayang...!"

Tengku Hayden tersentak. Hilang lamunannya. Dia berpaling ke arah pintu pejabatnya. Natasya sedang berjalan menghampirinya tersenyum manis.

"Sayang I miss you.." Ujar Natasya sambil memeluk dirinya. Tengku Hayden mengeraskan dirinya. Pelukan ketat Natasya dirungkai.

"Macam mana you boleh masuk ? Siapa izinkan you masuk ?" Soal Tengku Hayden seperti menahan geram. Geram kenapa Nurin mudah sahaja membenarkan orang lain masuk ke pejabatnya.

"Alaa perlu ke I minta izin? I kan bakal isteri you." Natasya mengenyit matanya. Senyuman miang dihadiahkan kepada lelaki itu.

"Macam mana you boleh masuk ni?" Lagi sekali soalan itu disoal.

"Sayang... kenapa? Salah ke I masuk? Lagi pun mana ada sesiapa kat luar tu, so I masuk je lah. Mana entah secretary you tu merayap. Makan gaji buta la tu." Ujar Natasya. Sengaja dia mengutuk Nurin.

Tengku Hayden lantas melihat jam tangan di pergelangan tangannya. Patutlah Nurin tak ada. Sekarang waktu rehat.

"Sayang..." Panggil Natasya meleret setelah lelaki itu langsung tak hiraukan kata-katanya sebentar tadi.

"Kenapa you datang ni Tasya ? Eh jap, bila you balik ? You cakap stay sana sampai minggu depan kan ?" Soal Tengku Hayden dengan dahi berkerut. Wajah Natasya yang penuh dengan mekap direnung.

"Saja. Malam ni I pergi sana balik. Flight I jam 10:00 malam. You hantar I boleh?"

"Malam ni dah balik? Cepatnya.." Soal Tengku Hayden kembali, soalan Natasya dibiarkan tak berjawab.

"Yeah. Sayang jom pergi lunch. I lapar lah." Adu Natasya sambil memegang perutnya.

"I tak lapar. You pergi la lunch dulu." Balas Tengku Hayden hambar.

"Alaa.. jom lah. Lepas ni jarang tau I boleh jumpa you. Jom lah sayang." Natasya memujuk lagi. Tangan Tengku Hayden ditarik.

Tanpa kerelaan Tengku Hayden akur juga. Natasya tersenyum gatal.

"Sayang.. you nak makan kat mana?"

"Mana-mana je lah." Jawab Tengku Hayden perlahan. Dia benar-benar tiada selera.

"Kita pergi restoran Itali nak? Dah lama I tak makan makanan Itali."

"I ikut je." Balas Tengku Hayden acuh tak acuh.

Natasya tersenyum manja. Lengan Tengku Hayden dirangkul.

Tiba di lif, terserempak pula dengan Nurin dan Tengku Zafeeq. Senyuman Natasya mati bila melihat wajah Nurin.

"Tengku. " Tegur Nurin hormat.

Tengku Hayden mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Hai Zafeeq you dari mana?" Soal Natasya sekadar berbasa-basi.

"Lunch." Sepatah Tengku Zafeeq menjawab. Tangannya mengenggam tangan Nurin. Natasya melirik matanya melihat ke arah Nurin.

"Lunch dengan kuli Hayden ke?" Tanpa rasa bersalah Natasya menuturkan soalan tersebut. Sengaja. Dia memintal rambutnya sambil tersenyum menyindir.

DALAM BENCI ADA SAYANGOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz