BAB 4

21.6K 815 58
                                    

"Abang, saya rasa saya dah dapat penjaga baru untuk Tiara." Tengku Aisyah bersuara sejurus Tengku Malik duduk disampingnya di sofa berangkai yang terletak di ruang tamu rumah mereka itu.

"Aik awak dah dapat? Cepatnya.. tak sempat abang nak cari, awak dah jumpa dulu? Siapa pulak kali ni penjaga si Tiara tu? Mana awak dapat Aisyah penjaga baru tu?" Soal Tengku Malik bersama kerutan di dahinya. Banyak soalannya membuatkan Tengku Aisyah tersenyum lucu.

"Dalia Imaani."

Bertambah kerutan di dahi tua Tengku Malik. Kaca matanya ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja kopi.

"Dalia Imaani? Siapa tu?"

"Budak perempuan yang saya cerita hari tu lah." Jawab Tengku Aisyah teruja. Majalah wanita yang dipegang diletakkan ke sisi tubuhnya. Dia duduk mengadap Tengku Malik pula.

"Budak yang Tiara suka pergi rumah dia tu ke, yang tu ke Aisyah? Dalia kan nama dia?" Soal Tengku Malik inginkan kepastian.

Tengku Aisyah mengiakan.

"Boleh ke dia jaga Tiara? Bukan ke awak cakap budak perempuan tu muda lagi. Umur pun lebih kurang Tiara je."

Tengku Aisyah senyum lebar.

"Saya yakin dia boleh jaga anak kita bang. Lagipun Tiara tu suka sangat dengan Dalia. Hari-hari nak pergi rumah Dalia je. Sekurang-kurangnya kalau dia jaga Tiara tak perlu la Tiara pergi rumah dia lagi. Kan?"

Tengku Malik mengela nafas berat. Tangannya naik bersilang di dada.

"Awak tahu ke latar belakang dia? Abang bukan apa, tak nak la awak ambil orang yang entah apa-apa aje. Lagipun budak-budak zaman sekarang ni nak ke kerja jadi penjaga untuk orang macam anak kita tu? Macam lah awak tak tahu Tiara tu bukan boleh ramal perangai dia. Nanti baru dua, tiga hari kerja dah cabut lari.. buat letih saja." Panjang lebar Tengku Malik memberikan hujahnya.

"Abang tak payah risau lah. Saya dah siasat latar belakang Dalia tu, semuanya bersih. Pasal nak ke tak nak dia kerja dengan kita tu nanti saya tanya lah dia. Bukan susah pun. Lagipun sekarang ni dia memang tengah cari kerja." Balas Tengku Aisyah yakin. Hatinya sangat berharap suaminya menerima hasratnya itu.

Sememangnya dia sudah cukup berkenan dengan sikap Dalia. Hampir tiga minggu mereka asyik ke rumah gadis itu sahaja atas permintaan anaknya, Tengku Tiara. Dan semua yang dia lihat adalah positif belaka. Dalia memang gadis yang baik walaupun kadang-kadang sikapnya terlihat agak kasar. Tak apa, itu boleh diubah.

Tambahan pula, Dalia juga nampak seperti selesa dengannya, tidak seperti semasa mereka mula-mula bertemu dulu. Gadis itu banyak mengelak soalan yang dia tanya. Kuat betul berahsia. Tapi sekarang Dalia nampaknya lebih jujur dalam menjawab soalannya.

"Awak pernah bagitahu yang dia anak yatim piatu kan?" Soalan daripada Tengku Malik menyedarkan Tengku Aisyah dari lamunannya.

"Ha'ah ye. Kenapa?"

"Tak ada apa. Abang cuma terfikir macam mana dia boleh hidup seorang diri dalam umur muda macam tu. Macam mana dia boleh survive..." Tengku Malik mula terfikir akan hal itu.

"Ouh pasal tu... Dalia ada bagitahu yang jiran-jiran banyak tolong dia. Baik-baik belaka jiran dia bang."

Tengku Malik mengangguk faham mendengar jawapan itu.

"Saudara-mara dia, tak ada yang tolong ke? Ada ke tidak mereka tu?"

"Saya pun tak pasti. Tapi Dalia ada cakap yang Paksu dia tinggal jauh dekat Sabah sana. Bila saya tanya pasal saudara-mara dia yang lain dia macam nak mengelak je. Macam tak nak bercerita sangat."

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now