BAB 58

20.9K 635 58
                                    

Natasya tak henti-henti tersenyum daripada tadi. Mana tidaknya begitu, awal-awal pagi lagi dia sudah mendapat panggilan dari Tengku Hayden. Lelaki itu mengajaknya berjumpa. Mahu tak lebar senyuman dia terukir. Ceria wajahnya.

Natasya mengerling jam di pergelangan tangannya. Sengaja dia memakai jam tangan itu kerana ia adalah hadiah dari Tengku Hayden pada hari kelahirannya tahun lepas. Natasya pasti jika Tengku Hayden terpandangkan jam tangan itu dia akan mengingati memori lama mereka.

Tak senang duduk Natasya sekarang, rasa teruja sangat mahu berjumpa dengan pujaan hatinya itu. Langsung dia tidak memikirkan sebab kenapa lelaki itu tiba-tiba menghubungi dan mengajak berjumpa. Yang dia rasa hanya gembira dan teruja yang teramat sangat.

Tak sabar nak bersemuka dengan Tengku Hayden. Betapa bersemangatnya dia bersiap untuk keluar tadi. Solekan pada wajahnya juga dilakukan dengan sempurna. Penampilannya pula tak usah disangkal lagi. Perfect! Segalanya begitu sempurna. Semasa dia masuk ke dalam restoran mewah itu tadi sudah ramai mata-mata lelaki yang merenungnya tak berkelip.

Natasya mengerling lagi jam tangannya. Orang yang ditunggu masih tak kunjung tiba. Tak apa, dia boleh bersabar. Mungkin dia yang datang terlalu awal. Natasya senyum. Demi lelaki bernama Tengku Hayden dia sanggup menunggu lama.

Fresh orange yang dipesan tadi disedut sedikit. Natasya melilaukan pandangannya sekitar dalam restoran itu. Masih lenggang seperti tadi. Mungkin kerana belum tiba waktu makan tengahari jadi tidak terlalu ramai pelanggan yang datang.

Natasya menundukkan pandangannya. Skrin telefon pintarnya diseret ke kanan. Berbelas-belas pesanan WhatsApp yang dihantar Farouq belum dibaca. Meluat. Nanti-nanti sajalah dia baca dan membalas.

"Sorry, I'm late."

Muncul satu suara yang dia kenal dan tak pernah lupa. Segera Natasya mendongak. Bibirnya mengoyak senyum.

"Sayang.. tak apa. I tak kisah." Balas Natasya yang tak dapat menyembunyikan lagi rasa gembiranya.

Tengku Hayden hanya beriak biasa.

"Waiter." Panggil Natasya.

"You order la dulu sayang." Ujar Natasya lembut dan menggoda.

Tengku Hayden tanpa berkata apa-apa terus membuat pesanan kepada seorang pelayan yang datang.

"You tak nak makan?"

"No."

"Tapi I lapar."

"You order lah makanan kalau lapar."

"Tapi you tak nak makan, I tak ada selera la sayang."

Tengku Hayden berdecit perlahan. Ada aku kisah? Ujar suara hatinya.

"Its up to you. Kalau you tak risau you kebuluran tak payah order." Ujar Tengku Hayden menyampah.

Natasya yang tersenyum menggoda makin pudar senyumnya. Pelayan lelaki yang masih menunggu itu tersenyum-senyum memandang Natasya sebelum beredar. Kena marah. Padan muka.

"Sayang, I miss you so much. I happy sangat-sangat you ajak I jumpa. I'm so excited and I can't stop smiling, sayang." Luah Natasya tanpa ada rasa segan silu.

Mahu termuntah Tengku Hayden mendengarnya. Wanita di depannya sekarang memang sudah tiada perasaan malu agaknya.

"Sayang, you tak rindukan I ke?" Soal Natasya sambil menilik wajah Tengku Hayden. Terlalu rindu dengan wajah tampan dan menggoda hatinya itu. Wajah yang pernah membuat tidur malamnya tak lena satu ketika dulu.

"Mesti you rindukan I kan, kalau tak, kenapa tiba-tiba aje you ajak I jumpa kan?" Soal Natasya dengan lenggok tubuh yang sengaja diliang-liukkan seperti lalang ditiup angin.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now