BAB 23

30.9K 856 58
                                    

"Nak pergi Cameron Highlands? Buat apa? Kamu cakap nak masuk kerja dah esok. Lagipun dah tiga hari kamu tak masuk ofis. Papa tak suka lah kamu tinggal syarikat lama-lama. Tak risau ke ?" Tengku Malik menyoal anaknya dengan wajah yang jelas tidak berpuas hati bercampur hairan. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak ke Tanah Rata. Kopi buatan isterinya yang sudah suam dihirup perlahan.

"Ayd ada kerja kat sana ke?" Tengku Aisyah pula bertanya.

"Saja. Dah lama Ayd tak cuti. Ayd ingat nak pergi sana nak rehat-rehat. Bosan lah asyik kerja je. Pasal syarikat papa jangan risau. Zafeeq kan ada. Tahu la dia nak uruskan." Tengku Hayden memberi alasan. Berharap alasan itu akan diterima kedua orang tuanya.

"Bila kamu nak pergi ?"

"Petang ni papa."

Terangkat kening Tengku Malik. Cawan kopi yang masih dipegang diletak ke atas meja kecil di hadapannya.

"Petang ni ? Cepatnya.. kamu dah booking hotel ke ? Kang penuh naya je. Buang masa je pergi."

"Dah pa. Semalam lagi Ayd dah booking. Nasib baik ada kosong lagi."

"Amboi cepat buat kerja." Celah Tengku Hajar pula. Ada maksud lain ayatnya.

Tengku Hayden senyum. Tak sedar akan ayat nendanya.

"Kamu bawak Dalia ke tak?"

"Mesti la bawak mama. Tak kan nak tinggal pulak isteri Ayd tu."

"Amboi.. tak boleh berenggang ya sekarang ni." Tengku Hajar bersuara lagi sambil tersenyum penuh makna.

Tengku Hayden tersengih. Nenda ni.. tak sah kalau tak perli.

"Hari tu bukan main lagi tak nak kahwin. Sekarang ni siap nak pergi honeymoon lagi." Tambah Tengku Aisyah. Dia tertawa kecil.

"Mana ada ma.. Ayd saja je nak pergi sana. Bukan ke mama cakap Ayd kena kenal Dalia dengan lebih mendalam lagi? So Ayd nak kenal dia la ni." Dalih Tengku Hayden. Belakang tengkuk digaru-garu. Malu sebenarnya.

"Ye lah tu."

"Betul lah. Tak ada maknanya nak honeymoon." Tengku Hayden menjawab dengan riak wajah yang hambar.

"Apa salahnya kamu berdua honeymoon pun. Kamu berdua kan baru nikah. Pergi je lah. Boleh la luangkan masa berdua je. Kalau kat rumah ni Tiara asyik nak berkepit dengan Dalia je.. entah bila kamu berdua boleh luangkan masa bersama. Elok la pergi, kenal dulu satu sama lain. Lama-lama saling memahami la." Tengku Hajar mencelah. Dia menyokong keputusan cucunya.

"Betul kata nenda tu. Kamu pergilah. Papa tak larang kalau untuk kebaikan rumah tangga kamu."

Tengku Hayden tersenyum lebar. Yahoooo!





********












"Tak nak pergi!"

"Jangan degil lah Dalia, aku dah booked hotel. Kau sengaja kan nak buat aku rugi."

"Kisah pulak aku. Duit kau bukan duit aku."

"Kau tak kisah tapi aku kisah. Kemas baju kau, lepas asar kita bertolak. Kita stay sana 2, 3 hari je."

"Eh jangan lupa kemas baju aku sekali." Ujar Tengku Hayden lagi. Dia berlalu pergi ke tingkat bawah.

Dalia cebik bibir. Suka paksa-paksa orang!




Usai menunaikan solat asar di bilik solat yang terletak di tingkat bawah rumah itu, Tengku Hayden naik semula ke biliknya. Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now