BAB 14

22.5K 811 40
                                    

"Kau sengaja kan muntah atas aku semalam?"

"Aku tak sengaja lah."

"Tipu! Kau memang sengaja cari masalah dengan aku. Apa jenis perempuan la kau ni. Tak habis-habis buat aku bengang."

Dalia garu kepala yang tak gatal. Dia memang betul-betul tak sengaja kelmarin.

"Nak muntah mana boleh tahan-tahan. Kau yang salah, siapa suruh tarik tangan aku ?" Dalia membela dirinya.

Tengku Hayden merenungnya tajam. Gadis itu masih boleh bertenang lagi.

"Kau tahu tak baju aku tu mahal? Kau ingat boleh dapat kat pasar malam ke?"

Dalia jungkit bahu.

"Tak sengaja."

"Mengaku je lah kau sengaja. Aku datang sini semalam niat nak berbaik dengan kau, tapi kau balas macam tu pulak. Takpe-takpe nasib baik kau kat hospital, kalau kat rumah siap la kau."

Dalia diam. Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Hayden yang sedang berdiri sambil mencekak sebelah pinggangnya. Kata-kata Tengku Hayden seperti mengugut dia pula. Kelmarin bukan main layanan lelaki itu terhadap dia, hari ni lain pula. Sombong, angkuh.

Tengku Hayden berdehem kecil. Menghilangkan rasa berdebarnya. Tak tahu kenapa jika Dalia terkebil-kebil memandangnya begitu dia terasa gadis itu sungguh comel pula.

"Tak habis lagi ke Ayd ? Sampai ke sini Ayd cari pasal dengan Dalia." Tegur satu suara dari belakangnya.

Terlopong Tengku Hayden. Aduh ! Terkena lagi dia. Dalia tersengih. Dari tadi dia tahu Tengku Aisyah berada di dalam tandas. Dan dari awal lagi Tengku Aisyah sudah datang menemaninya disini.

"Mama. Bila mama sampai ? Tak, maksud Ayd sejak bila mama kat sini ?" Gelabah Tengku Hayden menyoal. Dia mengerling ke arah Dalia. Jelas gadis itu tersengih padanya. Haih memang nak kena budak ni !

"Nak dekat satu jam dah mama kat sini, temankan Dalia. Tak sangka Ayd pun datang jugak ye hari ni ?"

"Ayd saja singgah ma. Kebetulan ada meeting dengan client area sini." Bohong Tengku Hayden.

"Oh ye ke, ingatkan datang sini sebab nak kacau Dalia." Ujar Tengku Aisyah. Lagi setempek terkena pada Tengku Hayden.

"Mama ni.."

Tengku Aisyah senyum.

"Korang ni asyik bertekak je. Tak penat ke Ayd, Dalia ?" Soal Tengku Aisyah malas.

Terdiam dua orang manusia yang tak sebulu itu. Masing-masing saling membalas renungan tajam.

"Dua-dua dah besar. Tak elok la gaduh, bertikam lidah macam tu. Cuba la berbaik. Depan Tiara tolong ye jangan buat macam tu."

"Bukan Ayd yang mula dulu."

"Bukan Dalia yang mula dulu."

Serentak mereka bersuara. Tersedar akan hal itu masing-masing saling menjeling pula.

"Haa tengok tu nak gaduh lagi la tu. Dah la mama tak nak menangkan siapa-siapa. Kamu dua orang ni dah besar. Dah boleh fikir dah yang mana baik yang mana buruk."

Dalia menunduk, bibirnya diketap lembut. Malu kerana ditegur begitu.

Tengku Hayden pula mengunci mulutnya. Terasa segan juga bila ditegur begitu. Nasib baik la nenda tak ada sekali. Kalau tak, lagi berganda-ganda lah malu yang dia dapat.

"Dalia jangan terasa ya, auntie tegur ni sebab auntie sayang. Ayd pun sama." Ujar Tengku Aisyah tegas.

Dalia sengih cuba mengawal rasa malunya. Dalam hati usah ditanya. Malu sungguh dia.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now