BAB 65

22.1K 733 91
                                    

Fina hanya membisukan diri saja mendengar rakan-rakan sekerjanya berbual, atau lebih tepat lagi bergosip tentang hal yang berlaku kepada Tengku Hayden pada malam itu.

Sudah tiga hari Dalia menginap di rumah sewanya dan selama tiga hari itu juga dia menyimpan rahsia. Bukan dia hendak bersubahat tetapi Dalia yang memaksanya buat begitu. Fina sendiri dalam dilema. Terasa hidupnya tak keruan selama tiga hari ini. Agaknya inilah yang dirasakan seseorang bila ada membuat kesalahan. Makan tak kenyang, tidur tak lena. Asyik risau saja.

"Korang ni tak ada kerja lain ke? Asyik mengumpat je dari tadi.. sakit telinga aku tahu tak? Dah la pergi la buat kerja masing-masing." Marah Fina dengan suara yang agak kuat itu.

Terhenti suara-suara sumbang yang sedang rancak bergosip itu.

"Alaa Fina macam la kau tak tahu, kau kan ada sekali masa tu.. Aku dengar cerita kau pun tengok apa yang berlaku. Cuba kau cerita teringin aku nak dengar." Ujar Mazlin salah seorang pekerja di syarikat itu. Boleh tahan suka membawang juga. Tambah-tambah gosip panas sebegini laju saja dia bercerita kepada semua orang.

"Betul tu Fina, kau cerita lah apa yang terjadi malam tu." Celah salah seorang pekerja yang lain. Nampak tak sabar saja mukanya mahu meraih dosa percuma.

Fina mencebik. Menyampah. Kini semua mata tertumpu ke arahnya.

"Mana kau tahu ni Mazlin? Kau jangan nak buat cerita lah. Tak pasal-pasal dapat dosa je. Dah la pergi la buat kerja masing-masing. Aku dah malas nak dengar gosip korang tu, tak mendatangkan faedah pun. Buat kerja sendiri lagi bagus." Fina membalas.

"Eleh bukan kau suka ke kalau gosip macam ni? Baik kau cerita perkara sebenar pada kami, betul kan apa yang berlaku tu? Tengku Hayden dengan Cik Natasya check in hotel malam tu.." Jawab Mazlin mengejek. Yang lain tertawa mengekek. Seronok betul mengumpul dosa.

"Diam lah kau. Aku tak tahu apa-apa pun pasal tu. Dah, kau pergi la buat kerja kau tu."

"Yang korang semua ni tercegat apa lagi? Buat la kerja masing-masing. Menyemak aje kat meja aku. Pergi, pergi!" Marah Fina sambil membuat isyarat menghalau dengan tangannya.

Nurin yang sudah kembali bertugas menjenggul kepalanya ke arah suara-suara yang sedang seronok bergosip itu. Datang bulan ke si Fina ni? Tiba-tiba saja nak marah-marah. Bukan hari ni, kelmarin pun sama. Siapa saja yang datang menempel di meja kerjanya terus diusir. Seperti ada masalah yang menimpanya.

"Yang kau nak marah-marah ni kenapa? Tanya aje pun.." Balas Mazlin menjeling. Tak puas hati.

"Betul tu, yang kau nak marah-marah si Mazlin ni kenapa? Dia tanya je kan... emo sangat kau ni, Fina.." Salah seorang pekerja menyampuk.

"Alah macam kau tak biasa bergosip macam ni, bukan ni makanan kau ke sebelum ni? Pekerja yang berbadan gempal itu pula menyampuk. Rozi namanya.

"Aku dah tak berminat la bergosip bagai ni. Buat tambah dosa aje." Balas Fina mendatar.

"Eleh ye ye je kau kan.. Entah-entah kau tahu something tak? Kau nampak kan, kan? Ceritalah..." Ujar Rozi lagi cuba memancing Fina.

"Nampak apa? Mengarut je la korang ni. Hishh dah la, jangan berkumpul kat sini boleh tak? Aku nak buat kerja ni.." Ujar Fina geram.

"Cakap je la yang kau nampak boss kita tu dalam bilik hotel..." Balas Mazlin dengan sengihan.

"Buat apa dalam bilik hotel tu kalau bukan...."

"Eeee dah la. Pergi la sana. Boleh tak jangan kacau aku nak buat kerja?" Potong Fina.

"Alaa kita orang berbual je pun... kau buat je la kerja kau tu, kita orang tak kacau pun.. Lagipun dah nak masuk waktu lunch dah ni. Yang kau rajin sangat ni kenapa? Tak nak lunch ke?" Mazlin menjawab.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now