BAB 24

28.8K 818 54
                                    

Dalia kembali merebahkan badan ke katil selepas solat subuh tadi. Mengantuk yang teramat sangat dia rasakan. Selimut ditarik, bantal juga dipeluk erat. Sejuk. Hujan pula yang tiba-tiba turun menambahkan lagi suhu sejuk. Menggigil dia semasa berwudhuk tadi. Mandi pun tidak. Walaupun ada water heaters dia masih lagi terasa sejuk.

Tengku Hayden memerhati tindakan gadis itu. Sejak semalam Dalia langsung tak berani bersuara. Takut dengan dia ke ? Tengku Hayden lekas-lekas melipat sejadah. Kemudian dia merangkak naik ke atas katil.

"Tidur ke ?" Tangannya menyentuh pipi Dalia. Sejuk.

Dalia celik mata.

"Mengantuk lagi ?" Soalnya lagi sambil ibu jarinya mula mengusap pipi Dalia yang agak tembam itu. Lembutnya pipi Dalia macam donut Mak Nab selalu buat dulu. Tengku Hayden tersengih bila teringat akan hal itu. Dulu semasa kecil dia hantu donut. Hari-hari nak makan donut. Tapi nampaknya sekarang dia dah ada donut baru. Nak makan bila-bila masa pun boleh.

"Hm." Ringkas Dalia menjawab. Mata dipejam kembali.

Tengku Hayden tersenyum nipis. Bantal yang berada dalam pelukan Dalia ditarik keluar. Dalia mencelik kembali mata bulatnya yang mula kuyu.

"Tak nak la.. sejuk." Gumamnya perlahan. Selimut ditarik rapat hingga ke leher.

Tengku Hayden tak peduli, dia menyelinap masuk pula ke dalam selimut tebal itu. Dalia yang sudah mamai hanya memeluk saja apa yang ada disebelahnya. Tengku Hayden tersentak bila tangan halus itu sudah memeluk pinggangnya, bibirnya menguntum senyum. Kedudukannya diperbetulkan sedikit. Biar Dalia selesa memeluknya.

"Em.." Dalia merengek sedikit, mungkin tak selesa Tengku Hayden yang asyik bergerak-gerak.

"Syhhh...tidur la Dalia." Peha Dalia ditepuk lembut.

Lagi sekali Tengku Hayden tersengih panjang. Tak sia-sia dia marahkan Dalia semalam, ingatkan gadis itu nak memberontak marah tapi sebaliknya pula yang terjadi. Dalia nampak lebih lembut sedikit. Atau lebih tepat lagi takutkan dia.

"Sorry aku tolak kau semalam." Tengku Hayden mengucapkan ayat itu. Dahi Dalia dikucup. Biarlah Dalia tak dengar sekalipun, dia tetap ingin berkata juga. Dia kesal. Tambah-tambah lagi bila terlihat kesan cengkaman pada rahang Dalia. Nampak macam lebam sedikit. Tengku Hayden mula rasa bersalah kembali. Dia memang tak dapat nak kawal kemarahannya sendiri. Sekali lagi wajah Dalia pula dicium berkali-kali.

"Sorry.."









*********









"Bonda rasa Ayd dengan Dalia okey ke tak kat sana ? Aisyah risau lah. Dari semalam Aisyah asyik teringatkan budak berdua tu. Aisyah takut Ayd buat yang bukan-bukan dekat Dalia."

Tengku Hajar mengoyak bibir. Tersenyum nipis.

"Kamu nak risau apa Aisyah ? Tak mungkinlah Hayden nak buat yang bukan-bukan dekat Dalia. Bonda kenal cucu bonda tu. Hayden tu dah besar, dah matang. Kamu je yang asyik risaukan dia." Balas Tengku Hajar tenang.

Tengku Aisyah seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mendiamkan diri sahaja. Tengku Hajar pasti menyebelahi cucu kesayangannya itu.

"Kenapa kamu diam je ? Tak betul ke apa yang bonda cakap tu ?"

Tengku Aisyah tersentak kecil.

"Tak ada apa lah bonda." Bohong Tengku Aisyah. Wajahnya dimaniskan.

"Bonda tahu kamu risaukan Dalia lebih dari Hayden kan ?"

"Hah ?" Tengku Aisyah tercengang. Mana Tengku Hajar tahu ni ?

"Bonda faham Aisyah. Bonda faham yang kamu tu sayang sangat dengan Dalia. Tapi kamu pun kena faham jugak anak kamu tu dah matang, dah pandai fikir tanggungjawab dia. Sebaran mana pun dia, dia tak kan sakitkan hati orang yang dia sayang. Kamu tak perlu lah nak risau sangat."

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now