BAB 36

28K 658 44
                                    

Seminggu berlalu, hubungan mereka semakin dingin. Langsung tak bertegur sapa. Hanya bercakap bila di depan keluarga. Itu pun tidak semesra seperti dulu. Dalia dengan degilnya, Tengku Hayden pula dengan egonya. Langsung tak mahu menyalahkan dirinya kenapa Dalia bertindak begitu. Bukankah dia yang memprovok Dalia?

Tengku Hayden pula bila ke pejabat sengaja pulang lewat malam. Tak mahu bertembung dengan Dalia. Dalia pun sama, cepat pula terlena awal akhir-akhir ini. Selepas Isya' terus membuta. Makan malam pun tidak. Bila ditanya Tengku Aisyah, katanya penat. Tak ada selera.

"Bonda."

"Eh Aisyah.. tak tidur lagi?"

"Belum. Susah pulak nak lelap mata ni.. bonda kenapa tak tidur lagi ni?" Tengku Aisyah berjalan masuk ke bilik Tengku Hajar. Tadi dia lihat pintu bilik itu tak tertutup terus dia menapak dekat. Ternyata ibu mertuanya itu belum tidur lagi.

"Bonda baru lepas baca Yassin.."

"Oh.."

"Kenapa Aisyah? Macam nak cakap sesuatu saja? Kamu ada masalah ke?" Sungguh prihatin Tengku Hajar bertanya.

"Tak ada apa bonda.. Aisyah tengah tunggu Ayd ni. Ada benda nak cakap dengan dia. Tapi tu lah sampai sekarang tak nampak lagi batang hidung dia. Tak tahu la pukul berapa nak balik. Asyik balik lewat je sekarang ni.."

"Itu lah.. bonda pun perasan. Sebenarnya bonda ada tanya Hayden pagi tadi, kenapa selalu balik lewat aje sekarang.. katanya sibuk. Banyak kerja dekat pejabat." Jelas Tengku Hajar. Telekung dilipat dan diletak disisinya.

"Betul ke banyak kerja dekat pejabat? Jangan banyak kerja kat tempat lain sudah lah."

"Maksud kamu? Dia pergi lagi tempat tak berfaedah tu?" Berkerut dahi Tengku Hajar.

"Err.. mana la tahu." Serba-salah Tengku Aisyah menjawab.

"Haishh kamu ni Aisyah, tak baik bersangka buruk dengan anak sendiri. Hayden tu dah berubah. Dia dah janji kan tak kan pergi dah tempat-tempat macam tu. Jangan la kamu fikir macam tu.. tak baik Aisyah." Ujar Tengku Hajar membela cucunya.

"Err ye la bonda. Aisyah cuma risau je.."

"Kamu ni suka betul risaukan benda yang tak masuk akal."

Tengku Aisyah tersenyum kelat.

"Err bonda.."

"Ada apa lagi Aisyah?"

"Bonda tak perasan ke Dalia dengan Ayd macam ada yang tak kena saja?"

"Maksu kamu? Hishh kamu ni.. suka sangat buat bonda memikir. Nasib baik lah otak bonda ni tak jammed."

Tengku Aisyah tergelak kecil.

"Bonda ni kesitu pulak."

"Ye lah. Dah soalan kamu tanya tu buat otak bonda kena berfikir je.. mana tak penatnya otak bonda ni."

Tengku Aisyah tergelak lagi.

"Bonda ni tak jawab pun Aisyah tanya.."

"Hmm.. apa yang tak kena Dalia dengan Hayden?"

"Bonda tak perasan mereka berdua tu macam ada yang tak kena? Macam tengah berperang je."

"Bergaduh?"

Tengku Aisyah angguk kepala.

"Bonda nampak macam tak ada apa pun.. biasa saja."

"Laa bonda tak perasan ke?"

Tengku Hajar diam. Seperti sedang berfikir pula.

"Yang bonda perasan, Dalia dah tak salam Hayden macam selalu. Lepas breakfast je Dalia terus lesap ke bilik. Hayden pula cepat-cepat ke ofis. Kenapa eh?"

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now