BAB 27

36K 893 40
                                    

"Ini Dalia kan ?" Sedang mereka menjamu selera, tiba-tiba Dalia disapa seseorang. Seorang lelaki.

Pantas Dalia mendongak. Terkulat-kulat dia menatap wajah lelaki yang berkacamata hitam itu. Lelaki itu tersenyum lebar kepadanya. Dalia masih belum dapat menangkap siapa sebenarnya lelaki tu tetapi dia rasa seperti mengenali wajah itu. Seperti pernah dilihat sebelum ini.

Lelaki itu menanggalkan kacamata hitamnya. Perlahan-lahan bibir Dalia melakar senyum. Dia kenal.

Tengku Hayden dan Tengku Aisyah sudah mengerutkan dahi melihat gerangan yang sedang berdiri di sebelah Dalia. Tambah-tambah lagi Dalia sekarang sudah tersenyum lebar apabila lelaki itu menanggalkan kacamata hitamnya. Rasa tergugat Tengku Hayden melihat wajah lelaki yang boleh dikatakan agak tampan itu.

"Abang Ikmal." Tutur Dalia. Ceria nada suaranya.

"Ye. Abang la ni. Tak sangka jumpa Dalia kat sini." Balas lelaki itu yang jelas nampak sangat teruja air mukanya.

"Bila abang balik sini ? Eh duduklah, kenapa berdiri je." Pelawa Dalia. Kerusi kosong di sebelahnya ditarik.

"Dalia tak cam abang tau. Lain muka Abang Ikmal sekarang." Ujar Dalia lagi.

"Makin kacak kan ?" Lelaki itu bertanya.

Dalia tergelak lalu mengiakan saja.

Tengku Hayden mula panas punggung melihat adegan percuma itu. Tambah-tambah-tambah lagi Dalia memanggil lelaki itu 'abang'.

"Bila abang balik ?"

"Dah seminggu abang balik Malaysia. Dalia apa khabar ? Sihat ? Abang dengar Dalia dah kahwin ? Dengan siapa ?" Soal lelaki itu bertalu-talu.

Dalia tergelak kecil.

"Abang ni banyak sangat tanya. Tanyalah satu-satu. Pening Dalia tak tahu nak jawab yang mana satu."

Ikmal tersengih.

"Yelah, lama tak jumpa kan. Tiga tahun. So Dalia sihat ?"

"Alhamdulillah sihat bang. Abang buat apa kat sini ?"

"Abang baru je lepas jumpa kawan. Tetiba ternampak Dalia kat sini, itu yang abang datang tegur ni. Takut jugak tersalah orang ke apa. Tapi betul lah Dalia ni. Dalia pun dah banyak berubah nampaknya." Jelas Ikmal sambil meneliti raut wajah Dalia. Nampak semakin jelita pula sekarang. Dulu comot je.

"Ehem!" Tengku Hayden sengaja berdehem kuat. Tak suka wajah isterinya direnung lelaki lain. Tengku Aisyah disebelah sudah menjeling.

Dalia terkaku sebentar. Ikmal turut mengangkat kepala memandang lelaki di hadapannnya. Dia menghadiahkan senyuman perkenalan.

"Siapa ni Dalia, tak nak kenalkan ke dekat mama ?" Tengku Aisyah mencelah. Dia tersenyum nipis cuba membuang wajahnya yang mula keruh. Tak suka ada lelaki lain yang cuba mendekati menantunya.

Dalia tersengih malu.

"Sorry-sorry. Mama kenalkan ini Abang Ikmal. Anak Umi Habsah."

"La ye ke ? Anak Kak Habsah ya ?" Soal Tengku Aisyah sedikit terkejut. Tak tahu pula Umi Habsah ada anak lelaki.

Ikmal mengangguk sambil tersenyum mesra.

"Saya Ikmal. Anak kedua Umi Habsah." Ikmal memperkenalkan dirinya.

Tengku Aisyah angguk.

"Saya Tengku Aisyah mama mentua Dalia." Ujar Tengku Aisyah mahu juga dia memperkenalkan dirinya.

Ikmal nampak terkejut. Tapi cuba dikawal riak wajahnya. Serta-merta dia dapat menangkap lelaki di sebelah Tengku Aisyah pasti suami Dalia.

"Tengku.."

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now