BAB 53

19.4K 619 40
                                    

"Nak tahan anak saya? Apa salah anak saya? Encik jangan memandai ya, anak saya tak kan buat benda yang bukan-bukan. Saya kenal anak saya."

"Encik, anak kami ada buat salah apa ya? Dia ada buat apa-apa ke yang kami tak tahu?"

"Hey Sue, anak abang tak kan buat kerja kotor lah. Yang kamu tanya macam tu kenapa? Macam la Tasya tu ada buat salah besar."

"Abang, sabar la. Kita dengar dulu apa pegawai polis ni cakap."

"Encik, anak saya buat salah apa? Kenapa nak kena tahan dia?"

Datuk Arman merengus marah. Datin Suhaila langsung tidak membela anaknya. Sebaliknya meminta anggota polis itu bercerita tentang kesalahan anaknya pula.

Anggota polis yang menyiasat kes itu tersenyum nipis. Wajah Datuk Arman yang garang dan merenung tajam kepadanya ditatap tenang.

"Cakaplah! Apa salah anak saya?"

"Sabar Datuk, Datin. Anak Datuk dengan Datin cuma diminta ke balai polis untuk membantu siasatan sahaja. Jika terbukti dia tak bersalah dia tak akan ditahan. Hanya untuk soal siasat saja. Datuk dan Datin boleh berikan kerjasama kepada kami? Boleh bagitahu mana Cik Natasya sekarang?"

"Anak aku buat salah apa?!"

"Macam ni Datuk. Anak Datuk, Cik Natasya ada terlibat dalam kes cubaan mencederakan seorang isteri ahli perniagaan, Tengku Hayden."

Datin Suhaila terkejut. Buntang matanya.

"Tengku Hayden?!"

"Ya, Tengku Hayden. Suami kepada Puan Dalia Imaani."

"Ya Allah, abang! Apa Tasya buat ni? Ya Allah..." Datin Suhaila sudah menggelabah risau.

"Ahh mengarut! Anak aku tak kan buat kerja bodoh macam tu." Datuk Arman menjawab kasar, mahu membela anaknya.

"Bukan setakat mencederakan saja, lebih kepada membunuh sebenarnya." Ujar anggota polis yang berpangkat detektif itu lagi.

"Membunuh?!" Datin Suhaila semakin terkejut. Dadanya disentuh, rasa tersentak jantungnya.

"Mengarut! Anak aku tak kan buat kerja sia-sia macam tu. Aku kenal siapa anak aku. Kamu jangan nak fitnah anak aku pula ya? Aku saman kamu berdua nanti!"

Anggota polis yang bernama Hazrul itu menggeleng-geleng kepalanya. Lucu. Dasar orang kaya, sikit-sikit nak saman. Seorang lagi rakannya hanya tersenyum kelat.

"Datuk boleh bagitahu mana anak Datuk sekarang? Tolong bagi kerjasama ya."

"Encik betul ke ni? Betul Natasya buat macam tu?"

"Mana bukti anak aku buat kerja macam tu?!" Datuk Arman menempik marah.

"Betul Datin. Jadi, boleh bagi kerjasama?"

"Aku nak bukti! Mana buktinya?"

"Datuk boleh ikut kami ke balai polis."

"Ah! Tak kuasa aku. Anak aku tak buat salah apa-apa." Ujar Datuk Arman berdegil. Langsung tak percaya apa yang dituturkan Detektif Hazrul itu.

"Abang, kita ikut saja lah cakap mereka. Kalau betul Tasya tak salah, kita tak perlu takut."

"Kamu diam Suhaila!"

Datin Suhaila terkelu dijerkah kuat oleh suaminya. Susah bercakap dengan manusia berhati batu ini.

"Cik Natasya hanya perlu memberi keterangan sahaja. Tolong jangan lengahkan masa kami. Boleh panggil anak Datin sekarang?"

Datin Suhaila geleng kepala.

"Anak saya tak ada kat sini."

"Mana anak Datin sekarang?" Soal Detektif Hazrul yang sudah mula hairan. Dari tadi senyap sunyi sahaja rumah besar itu. Seolah-olah penghuninya hanya sepasang suami isteri itu sahaja yang tinggal disitu.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now