BAB 20

30.8K 1K 50
                                    

Tengku Hayden melangkah longlai munuju ke kamar tidurnya. Daun pintu ditolak perlahan lalu dia meloloskan diri masuk ke dalam biliknya. Berkerut dahinya melihat Dalia yang sedang tidur di sofa. Jelas terlihat wajah gadis itu nampak penat. Dengkuran halus juga kedengaran. Baju kurung moden berwarna putih yang dipakai semasa akad nikah tadi pun belum bertukar. Baju itu dipinjam dari Nurin, begitu juga dengan baju melayunya. Itu baju Tengku Zafeeq. Dalam keadaan kalut mana ada masa nak cari baju untuk akad nikah. Pakai saja apa yang ada. Mujurlah Nurin menawarkan baju mereka. Hanya nampak sedikit labuh sahaja baju kurung moden yang dipakai Dalia memandangkan tubuh Nurin sedikit tinggi. Namun itu tidak mencacatkan penampilan Dalia.

Tengku Hayden menapak ke almari, bantal kecil yang tersimpan di dalam almari itu dikeluarkan. Kemudian dia mendekati Dalia, kepala gadis itu diangkat sedikit dengan berhati-hati lalu bantal kecil itu diletakkan ke bawah kepala Dalia. Perlahan-lahan dia merebahkan kembali kepala gadis itu. Tengku Hayden tersenyum kelat. Lega, kerana gadis itu langsung tidak terjaga. Jika dia tersedar entah-entah lebam matanya ditumbuk.

Tengku Hayden pantas menjauhi Dalia. Melekit badannya dari tadi memakai baju melayu. Songkok ditanggalkan dari kepalanya lalu diletakkan di atas meja solek. Tuala mandi dicapai dan dia terus masuk ke bilik mandi.



Dalia mencelikkan matanya, terasa berat kepalanya. Sakit kepala. Dia menguap besar. Matanya dikecilkan, kemudian dicelik luas. Meliar matanya memandang sekeliling. Tiada bayang lelaki itu. Dia terpandang songkok hitam di atas meja solek. Dalia jeling. Pasti milik lelaki itu. Jadi Tengku Hayden sudah masuk ke dalam bilik ini sewaktu dia tertidur tadi? Dalia berteka-teki sendiri.

Bantal kecil yang menjadi alas kepalanya tadi di ambil lalu dipeluk. Tiba-tiba dia melepaskan bantal berbentuk empat segi itu. Sejak bila bantal ni ada kat sini ? Mungkin dia tak perasan tadi.

Jam kecil di atas meja solek direnung sesaat. Sudah jam 7.45 malam. Terbuntang seketika matanya.

"Lamanya aku tidur.." Omel Dalia perlahan. Kepala yang masih tersarung tudung digaru, terasa gatal pula.

"Dah bangun?" Tegur Tengku Hayden yang baru masuk dalam bilik.

Dalia terkedu. Dia menoleh ke arah Tengku Hayden. Lelaki itu memakai pakaian yang santai sahaja.

"Tengok apa ? Pergi la mandi. Dari tadi tidur.. Asar pun kau dah terlepas." Ujar Tengku Hayden selamba padahal dia pun tertidur juga tadi. Solat Asar ? Dia buat bila rajin sahaja. Sengaja dia berkata begitu.

Dalia menjeling tajam.

"Dari pagi kau tak cakap dengan aku. Aku faham kau marahkan aku, It's okay. Take your time. Lepas Isya' turun bawah. Makan malam. Kau nak mandi ambil je tuala dalam almari tu." Usai berkata begitu Tengku Hayden terus melangkah keluar. Dia tahu pasti gadis itu tidak selesa jika berada satu bilik dengannya. Apa boleh buat, itu semua arahan Tengku Hajar.

Dalia mengeluh lemah. Dengan malas dia melangkah. Tuala mandi di dalam almari di ambil. Beberapa helai bajunya sudah di gantung kemas di dalam almari tersebut. Kata lelaki itu Mak Nab yang kemaskan. Baju lengan panjang dan seluar jenis long pants di ambil. Turut di ambil pakaian dalamnya juga. Cari penyakit je kalau tak ambil sekali yang itu.

Usai membersihkan diri dan selesai menunaikan solat maghrib dan Isya' serta mengqadhakan solat Zohor dan Asar yang terbabas tadi, Dalia cepat-cepat menyarung semula tudung bawalnya. Risau jika lelaki itu tiba-tiba muncul pula. Dia masih berkira-kira hendak turun makan malam atau tidak. Perutnya sudah berkeroncong hebat. Kepala juga dari tadi berdenyut-denyut. Dalia mengalah. Terpaksa juga dia turun ke bawah.

Baru dia hendak memegang tombol pintu, pintu itu sudah ditolak dari luar. Dalia mengundur terkejut. Terserlah susuk tubuh Tengku Hayden. Masing-masing kelihatan tergamam.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now