BAB 9

20.1K 793 15
                                    

"So, you lah Dalia?" Natasya yang berdiri sambil bersandar pada meja makan menyoal Dalia yang sedang sibuk mengelap pinggan mangkuk.

Matanya tak lepas merenung gadis muda itu dari atas bawah. Dalam hati sudah dijentik perasaan cemburu yang membuak-buak. Ternyata apa yang diceritakan oleh Tengku Hayden langsung tak sama apa yang dia lihat dengan matanya sendiri.

Gadis bernama Dalia ini memang sangat cantik dan lebih muda darinya. Natasya mula bengang memikirkan akan hal itu. Tak boleh jadi. Sewajibnya hanya dia sahaja yang layak dipuji 'cantik'.

Dalia yang sibuk mengelap pinggan kaca terhenti kerjanya. Dia berpusing ke belakang mengadap wanita berkaki panjang itu. Terpaksa dia mendongak dek kerana mahu menjawab soalan wanita tersebut.

"Ye, kenapa?" Soal Dalia dengan kening yang terangkat kedua belah.

"You pakai ubat guna-guna ke apa, asal eh family Tengku nampak caring sangat dekat you? Tengku Hayden cakap you orang luar je langsung tak ada pertalian darah dengan diorang. Baik pulak parents Ayd layan you."

Dalia mula rasa tak sedap hati. Soalan wanita itu memang mengusik hatinya. Bohongnya lah kalau dia tak terasa.

"You ni datang dari mana eh? Kampung mana you tinggal?" Natasya menyoal lagi bila Dalia masih diam membisu.

Dahi Dalia berkerut.

"Kenapa kau tanya aku macam tu?" Dalia menyoal lagi. Jelas kerutan di dahinya semakin bertambah.

"Kau, aku? Wahh.. sopannya bahasa you." Perli Natasya. Wajah gadis yang putih bersih tanpa sebarang mekap itu direnung tajam.

"Cik Natasya. Saya rasa saya tak nak lah jawab soalan Cik Natasya tu, sebab soalan bodoh tu langsung tak ada kena mengena dengan saya tau. So boleh tak Cik Natasya blah dari sini? Saya nak buat kerja ni.. tak ada masa nak berboral hal-hal bodoh macm ni." Balas Dalia selamba.

Natasya sentap!

Kembang kempis hidungnya mendengar ayat yang meluncur laju dari mulut gadis itu. Hatinya mendongkol geram.

"Kurang ajar you kan!"

Dalia menjungkit bahu.

"Saya dah cakap baik-baik macam ni pun kurang ajar lagi ke? Cik Natasya ni bebal ke apa? Tak tahu yang mana satu kurang ajar atau sopan ?" Bidas Dalia menyampah. Dia kembali meneruskan kerjanya.

Panas hati Natasya mendengar sindiran itu, lantas dia menarik kasar bahu Dalia supaya mengadapnya kembali.

"Ish! Apa tarik-tarik ni? Cik Natasya nak apa sebenarnya? Boleh tak jangan ganggu saya lagi? Saya nak buat kerja pun tak senang." Ujar Dalia yang sudah mula bengang.

Natasya tersenyum sinis. Memang dia sengaja berpura-pura dihadapan keluarga Tengku Hayden tadi, kononnya nak pergi tandas. Tapi sebenarnya dia mencari peluang mahu bercakap dengan gadis tersebut.

"You ni siapa eh sebenarnya? Tiba-tiba muncul dalam keluarga Tengku Hajar? You mesti ada niat tak baik kan, you nak goda Tengku Hayden kan?" Natasya cuba serkap jarang. Sememangnya dia berasa terancam bila melihat Dalia.

Dalia terdiam seketika mendengar tuduhan tak berasas itu.

"Jawablah!" Tengking Natasya agak kuat. Suaranya dikawal, takut mereka yang lain terdengar.

"Cik Natasya ni gila ke? Tuduh orang tak berseba ? Saya kerja sini sebab Tengku Aisyah yang mintak. Bukan saya yang terhegeh-hegeh mintak kerja." Jawab Dalia jujur.

"Pandai you reka cerita kan? Entah la you ni datang dari mana, tiba-tiba muncul. Perempuan murah and miskin macam you memang macam ni eh? Mula-mula je baik, lepas tu lama-lama keluar la taring you tu, kan?" Herdik Natasya sinis.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now