BAB 33

33.9K 703 35
                                    

Datin Suhaila membelek-belek pokok bunga orkid kesayangannya sambil mencuri pandang ke arah anaknya yang duduk termenung di buaian yang berbentuk seperti telur itu. Datin Suhaila kerut dahi. Selalunya Natasya tidak lekat di rumah, tetapi sejak dua hari yang lalu dia asyik berkurung di dalam biliknya. Hari ini entah angin apa tiba-tiba dia keluar dari biliknya dan duduk termenung di atas buaian itu. Langsung tak menegur dia.

"Mak Temah, Tasya dah breakfast ke?" Tanya Datin Suhaila pada pembantu rumahnya yang sudah hampir 15 tahun bekerja di rumah itu.

Mak Temah yang sedang mengalih pasu bunga bersaiz sederhana kecil dari tempat asalnya, menghentikan sebentar kerjanya. Tangannya ditepuk perlahan, menghilangkan kesan debu dan selut halus yang melekat di telapak tangannya.

"Sudah Datin. Tadi Mak Temah dah hantar sarapan ke bilik Cik Natasya. Habis dia makan."

Datin Suhaila tersenyum. Dua hari yang lalu Natasya langsung tak turun bersarapan bersama dia dan Datuk Arman. Makan tengahari juga entah makan atau tidak tiada siapa yang nampak. Jadi hari ini dia menyuruh Mak Temah menghantar sarapan ke bilik gadis itu.

"Kenapa dengan Cik Natasya tu Datin? Mak Temah tengok macam ada masalah saja. Tak berani pula Mak Temah nak tanya.."

Wajah Datin Suhaila berubah mendung. Dia tersenyum kelat.

"Tengku Hayden dah kahwin." Cerita Datin Suhaila berterus-terang. Dia tak mahu berdalih. Lagi pula selama ini segala masalahnya dicurahkan pada wanita itu. Jadi dia malas hendak berahsia apa-apa. Mak Temah ibarat kakak kepadanya.

Terkedu Mak Temah. Wajahnya melopong.

"Tengku Hayden dah kahwin? Bila? Bukan ke Cik Natasya dengan Tengku tu kekasih? Ish.. macam mana Tengku tu boleh bernikah dengan orang lain ni Datin?" Soal Mak Temah terkejut. Tapi dalam hati rasa mahu bersorak gembira saja. Gadis kurang ajar seperti Natasya kalau terkena musibah sebegitu memang layak. Anggap saja itu kifarah terhadap perangai buruknya. Hati kecilnya mula bersuara jahat. Mak Temah cepat-cepat beristighfar di dalam hatinya.

"Mak Temah kenal kan Tengku Aisyah? Kawan saya tu."

"Tengku Aisyah isteri Tengku Malik?" Berkerut dahi Mak Temah menyoal.

Datin Suhaila angguk.

"Mesti lah kenal. Mereka tu kan orang tua Tengku Hayden."

"Ya.. Tengku Hayden dah bernikah dengan anak angkat Tengku Aisyah." Datin Suhaila menjawab perlahan. Matanya melirik ke arah Natasya yang masih lagi melayan perasaannya di atas buaian itu.

Mulut Mak Temah sudah ternganga. Kali ini betul-betul terkejut besar.

"Anak angkat? Jadi diorang bernikah sebab Tengku Aisyah yang suruh ke? Bila menikahnya?" Soal Mak Temah ingin tahu dengan lebih lanjut lagi.

"Tak lah.. bila bernikah? Emm dua bulan lebih dah kot. Saya pun tak pasti yang tu. "

"Habis tu kenapa mereka bernikah Datin? Tengku Hayden ni memang playboy betul lah.. macam orang selalu bergosip tu. Geram pulak Mak Temah. Kesian lah dekat Cik Natasya.." Ujar Mak Temah dengan raut wajahnya dibuat sedih.

"Bukan lah Mak Temah. Tak ada siapa pun yang paksa mereka bernikah. Entah lah, saya pun tak tahu apa sebab tiba-tiba Tengku Hayden bernikah dengan orang lain. Mungkin dah jodoh mereka berdua."

"Macam mana tu..? habis tu Cik Natasya macam mana? Ehh tak kan dia tingggalkan Cik Natasya macam tu je Datin?"

Datin Suhaila melepas nafas berat.

"Nampaknya macam tu lah.." Jawab Datin Suhaila lambat-lambat.

"Datin tak marah? Ye lah.. orang buat anak Datin macam tu." Mak Temah cuba mengorek jawapan lagi.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now