BAB 31

35.7K 788 100
                                    

Seperti semalam Dalia masih setia menunggu kepulangan Tengku Hayden. Tak kira selewat mana pun suaminya pulang dia tetap akan menunggu. Dia hanya mahu meminta keizinan untuk keluar bersama Umi Habsah. Jam di dinding direnung entah untuk ke berapa kali, langsung tak terkira. Sekejap-sekejap dia mendongak melihat ke arah jam besar yang tergantung di dinding ruang tamu itu. Semua yang lain sudah masuk ke bilik masing-masing, hanya tinggal dia seorang sahaja disitu.

Dalia menyentuh skrin telefon pintarnya, 6 misscall dari Ikmal. Panggilan dari Ikmal awal petang tadi dibiarkan tak berjawab. Rasa tidak manis pula jika dia menjawab panggilan itu. Lagi pula dia malas hendak bercakap dengan lelaki itu buat masa sekarang. WhatsApp dari Ikmal juga dia tak balas. Dalia sedar statusnya sekarang. Kedudukannya sebagai isteri dan menantu kepada keluarga ternama itu perlu dijaga sebaik mungkin. Tapi itu bukan bermakna dia hanya perlu terperuk sahaja di rumah mewah itu. Hanya sedikit kebebasan dia perlukan, cukuplah sekadar untuk merehatkan otaknya. Sejujurnya Dalia sudah tidak betah lagi tinggal di dalam rumah tersebut dalam keadaan seperti dikurung itu.

Baru beberapa hari lepas Tengku Malik menyuarakan hasratnya. Katanya mereka tak perlu berpindah keluar dari rumah itu. Tinggal saja disitu sampai bila-bila. Alasannya tiada siapa yang akan menjaga Tengku Tiara hanya Dalia yang mereka harapkan. Tengku Hajar pun melarang kuat mereka berpindah. Tengku Hayden tak kisah tapi Dalia yang teramat kisah. Kata Tengku Hayden kalau mereka tinggal dirumah sendiri alamatnya makin panjanglah langkah Dalia. Mencebik Dalia tak puas hati, gara-gara hal itu juga mereka berdua bergaduh kecil.

Bila Tengku Malik menggunakan Tengku Tiara sebagai alasan, Dalia mula serba-salah. Sejujurnya dia juga tak sanggup berjauhan dengan gadis itu. Tapi jika dia memilih untuk tinggal disitu selamanya alamatnya mati kering lah dia mereput disitu tanpa melihat dunia luar.

Bunyi pintu ditolak menyentakkan Dalia. Dia segera bangun dan menuju ke pintu utama. Tengku Hayden sudah pulang. Walaupun penampilan Tengku Hayden tidak kemas seperti pagi tadi tapi itu langsung tak mencacatkan penampilannya. Nampak santai saja Tengku Hayden dengan gaya messy sebegitu. Tali leher sudah hilang entah kemana. Dua butang baju yang teratas juga sudah dibuka. Kenapalah baru sekarang dia sedar suaminya itu seorang yang kacak? Monolog hati Dalia.

"Ehh tak tidur lagi? Tunggu abang ke?" Tengku Hayden menegur isterinya setelah melihat figura itu.

"Yelah. Hari-hari balik lewat. Banyak sangat ke kerja dekat ofis tu?" Laju Dalia bertanya. Wajahnya tegang, jelas tidak berpuas hati.

Tengku Hayden sengih. Dah nampak dah aura queen control dalam diri isterinya. Ada dia takut? Langsung tak.

"Tersangatlah banyak.. kenapa?"

"Macam la tak ada orang lain dekat ofis tu." Halus suara Dalia menjawab. Menahan geram.

"Memang la orang lain pun ada. Dah abang ketua mesti la banyak kerja lagi kena buat." Jawab Tengku Hayden tak bersungguh. Nampak seperti main-main pula.

"Ye la tu.."

"Betul lah sayang. Jom naik atas." Ajak Tengku Hayden seraya itu dia menarik tangan Dalia. Kot berwarna hitam miliknya sengaja diletak atas kepala Dalia.

"Ish!"

"Hihi.. marah."

Dalia mencebik. Kot itu dialihkan dari kepalanya. Tengku Hayden tertawa lucu. Sambil berjalan kepala Dalia ditunjal pula.

"Ish tak nak la main kepala orang!"

"Kepala batu ni. Degil." Sekali lagi kepala isterinya ditunjal. Rambut Dalia yang diikat satu ditarik agak kuat sehingga terdongak kepala gadis itu.

"Jangan la main kepala orang! Sakit tau tak?"

Tengku Hayden buat muka mengejek.

"Sakit tau tak?" Ayat Dalia diulang dalam nada suara mengejek.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now