BAB 70

36.5K 797 108
                                    

Natasya duduk di lantai sambil memeluk lutut, berhari-hari dia menangis mengenangkan nasibnya di tempat itu. Sungguh dia menyesal apa yang sudah dia lakukan.

"Daddy.... mummy...." Hanya dua nama itu disebut Natasya sejak hari pertama berada dalam lokap.

"Ampunkan Tasya daddy, mummy... Tasya sedar kesalahan Tasya... Tasya tak nak duduk sini..." Dalam tangisan Natasya bersuara lirih. Setakat hari ini dia langsung tidak mendapat khabar dari Datuk Arman. Entah apa yang sudah berlaku kepada orang tuanya itu, Natasya langsung tak tahu.

"Natasya Arman." Tiba-tiba namanya disebut seorang anggota polis wanita. Natasya bingkas bangun dan terus melekatkan dirinya pada palang besi lokap itu. Matanya memandang anggota polis itu dan rakannya.

"Ada orang nak jumpa awak." Ujar anggota polis itu.

"Siapa?" Natasya terus bertanya. Hanya wajah Datuk Arman yang terbayang saat ini.

"Encik Farouq."

Gulp! Natasya telan air liur yang terasa kesat di kerongkongnya.

Tangan Natasya digari terlebih dahulu, kemudian barulah kunci lokap dibuka.

"Jalan." Arah anggota polis itu dengan muka tegas tanpa secalit senyuman.

Di sebuah bilik Farouq duduk menunggu kehadiran Natasya. Tak sanggup dia menatap wajah itu tapi dia cekalkan jua hatinya.

Natasya masuk ke dalam bilik itu dengan tangan yang masih bergari. Kakinya terasa berat hendak melangkah ketika melihat tubuh Farouq dari belakang.

Terdengar pintu dibuka, Farouq terus berpaling ke belakang. Wajahnya yang beriak biasa ditayangkan. Hakikatnya dalam hati dia merasa sangat sedih dengan nasib yang menimpa Natasya.

Natasya duduk di hadapan Farouq. Mulutnya bagaikan sudah terkunci untuk bersuara.

"How are you?" Farouq membuka bicara. Natasya hanya menundukkan mukanya ke bawah. Malu untuk menatap wajah Farouq.

"Hurm... I datang ni bukan sebab I kesiankan you tapi daddy you yang suruh I jenguk you kat sini." Ujar Farouq tenang walaupun bukan ayat itu sebenarnya yang mahu diungkapkan.

Natasya mendongak.

"Mana daddy I? I nak jumpa daddy I..." Natasya sudah mula teresak-esak. Farouq pula terus memandang ke arah lain. Sakit hati melihat keadaan Natasya sekarang.

"Daddy you ada dekat hospital."

"Hospital? Kenapa dengan daddy I?" Risau mula melanda hati Natasya.

Farouq menghembus nafas berat.

"Daddy you... lumpuh seluruh badan."

"Ya Allah..." Natasya terkejut. Air mata semakin laju mengalir keluar.

"I nak jumpa daddy I.. Farouq please tolong I. I nak jumpa daddy I sangat-sangat. You tolonglah buat sesuatu supaya I boleh keluar dari sini. I merayu.."

Farouq geleng kepala. Natasya menangis lagi.

"I berdosa dengan daddy I..."

"Baru sekarang you sedar?"

Natasya sentap.

"I sedar kesalahan I. I banyak buat salah pada semua orang.. I menyesal Farouq... menyesal..." Kata Natasya benar-benar jujur.

Farouq mengeluh lalu dia berdehem kecil. Hatinya sakit melihat Natasya yang menangis teresak-esak itu.

"Dah terlambat Tasya.."

Natasya semakin dihimpit rasa sebak yang menggunung. Jika masa boleh diputar semula dia mahu meminta maaf kepada semua orang yang pernah dia sakiti.

DALAM BENCI ADA SAYANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang