BAB 57

18.5K 619 26
                                    

"Kenapa tak bagitahu abang?"

Dalia yang hanya diam tak berkutik sejak tadi menoleh ke arah Tengku Hayden di sebelah kanannya. Tak lama, hanya sesaat dua dan dia kembali berbaring mengadap ke kiri semula. Dari tadi hanya bunyi penghawa dingin saja dalam bilik itu. Masing-masing mendiamkan diri.

"Dalia."

Diam.

"Patut la hari tu macam ada masalah je abang tengok. Bila abang tanya Dalia cakap tak ada apa-apa. Hmm.." Tengku Hayden bersuara lagi. Tak puas hati.

"Boleh tak kalau abang cakap tu jangan buat tak tahu je?" Bahu Dalia disentuh. Lambat-lambat Dalia berkalih tubuhnya.

"Sebab Dalia stress la baby dalam perut tu terkesan sekali. Tak kesian ke dekat baby?"

Dalia hanya mendengar patah perkataan itu. Bibir terkunci rapat.

Tengku Hayden mengeluh berat. Sebolehnya dia tidak mahu meninggikan suara atau berkasar dengan Dalia tapi sikap Dalia yang hanya diam membisu itu membuatkan hatinya mula panas mendidih.

"Lain kali bagitahu abang. Bukannya pendam seorang diri je. Kenapa tak nak abang tahu? Takut ke atau dah termakan dengan cakap Ikmal tu?"

Dalia masih diam. Aura dingin Tengku Hayden kian terasa. Sudah lama rasanya mereka tidak berada dalam situasi dingin sebegini. Jujur Dalia takut.

"Walaupun dia dah minta maaf dan mengaku salah, abang tetap tak suka dia dekat dengan Dalia lagi. Susah abang nak percaya orang macam tu.." Ujar Tengku Hayden mendatar tetapi tetap terselit nada tegasnya.

Dalia mengetap bibir dan menundukkan pandangannya. Bila Tengku Hayden mula bersuara dingin begini hatinya mula gelisah. Takut. Hilang keberaniannya.

Tengku Hayden menghela nafas panjang. Dalam hati dia sudah beristghfar beberapa kali. Moga-moga kemarahan tidak mengawal dirinya.

"Abang tak nak marah Dalia. But, please don't do like this again. Abang tak suka Dalia berahsia dari abang. Apa pun yang jadi tolong jujur dengan abang." Ujar Tengku Hayden sambil menatap wajah sugul Dalia. Perut Dalia disentuh dan diusap lembut. Terus Dalia mengangkat pandangannya.

"Dalia tak percayakan abang?"

Dalia teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Bibirnya bergerak-gerak untuk bersuara tapi lidahnya seakan kelu.

"You said you love me but you don't trust me... Dalia tipu abang?"

"I knew it." Senyum kelat terukir.

"Tak! Dalia tak tipu abang. Dalia jujur cintakan abang." Laju Dalia menjawab.

Tengku Hayden sekadar tersenyum sinis. Lalu bangun dari pembaringannya. Dalia turut bangun juga. Tengku Hayden sudah pun mengambil kunci kereta. Semakin sakit hatinya sekarang.

"Abang, please. Dengar cakap Dalia dulu."

Tengku Hayden mematikan langkahnya. Dalia sudah meraih kedua belah tangannya.

"Abang salah faham."

"Salah faham? Abang cuma nak tahu Dalia percayakan abang atau tidak, tu aje. Kenapa susah sangat nak jawab?"

"Dalia..."

"Dalia tak percayakan abang, kan? It's okay. Abang dah dapat jawapan tu."

"No. Bukan. Abang please.." Dalia menghalang langkah Tengku Hayden.

"Please, lepas tangan abang. Abang tak suka." Tegas Tengku Hayden berkata. Dalia menggeleng. Sedih hatinya mendengar permintaan itu. Tengku Hayden marah sangat ke sampai langsung tak benarkan dia disentuh?

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now