BAB 34

28.1K 667 46
                                    

"Bedebah punya budak! Dia main-mainkan anak aku. Memang biadap sangat! Aku nampak muka dia memang aku belasah cukup-cukup!"

"Dia ingat anak aku anak patung? Suka hati saja nak tinggalkan anak aku macam tu. Tak guna!"

Nyaring kedengaran suara Datuk Arman menempik kemarahannya di ruang tamu di rumahnya itu. Tiada satu pun perkataan sopan yang diujarnya. Semuanya sumpah-seranah dan maki-hamun sahaja.

Tergeleng-geleng kepala Datin Suhaila mendengar makian yang bertubi-tubi keluar dari mulut suaminya itu. Sejak dia tahu perihal tentang Tengku Hayden sudah berkahwin semua sumpah-seranah laju sahaja meniti di bibirnya.

"Sudah-sudah la tu abang. Dah tak ada jodoh dia dengan Tasya. Terima saja lah benda yang dah jadi ni."

Datuk Arman mendengus marah. Wajah isterinya ditenung dengan pandangan tajam.

"Huh! Kamu jangan nak bela budak tak guna tu Suhaila. Ini soal hati dan perasaan anak abang. Anak abang dah kecewa. Sampai hati dia buat anak abang macam ni. Apa dia fikir anak abang tak ada perasaan ke?"

Datin Suhaila mengambil nafas. Cuba berbicara dengan akal yang waras dan tenang.

"Abang.. cuba bersabar sikit bila nak cakap apa-apa tu. Sakit telinga saya dengar abang sumpah-seranah macam tu. Cuba abang belajar redha dengan apa yang dah berlaku ni. Abang tu dah berumur, cakap tu biar la sopan sikit. Ini tidak asyik maki-hamun je.. depan anak pulak tu." Nasihat Datin Suhaila lembut. Wajah menyingga suaminya ditatap.

Datuk Arman mendengus lagi. Langsung tak mahu menerima nasihat yang diberikan isterinya. Baginya, isterinya itu langsung tak menyokongnya dalam situasi ini.

"Kamu cakap senang lah Sue. Yang menanggungnya anak abang. Bukan anak kamu!" Sangkal Datuk Arman geram. Berkerut-kerut dahinya melepaskan kata-kata yang kurang enak di dengar itu.

Datin Suhaila tersenyum pilu. Bukan anak kamu? Hiba hatinya.

"Anak kita abang. Anak kita. Saya ni bela Tasya dari dia kecil lagi. Tak pernah sekali pun saya anggap Tasya tu anak tiri atau anak abang seorang saja. Dia anak kita. Saya pun sedih Hayden buat anak kita macam ni. Tapi apa yang terjadi ni berpunca dari anak kita juga abang. Abang jangan nak salahkan Hayden seorang saja. Tak adil lah macam tu.."

"Ah! Sudah lah! Kamu asyik nak menangkan budak tak guna tu saja! Yang jadi mangsanya Natasya lah. Kamu kesiankan si Hayden tu buat apa? Anak sendiri tak ada pula kamu nak kesian."

Datin Suhaila mengeluh berat.

"Abang.. Cuba abang fikir baik-baik lelaki mana nak perempuan yang suka berfoya-foya macam Tasya ni? Asyik mabuk, pergi clubbing bertukar jantan semua tu.. lelaki mana nak perempuan macam tu abang? Cuba abang bagitahu saya ada ke lelaki yang sanggup nak terima anak kita kalau dah perangai macam tu? Ada ke abang?"

Panas hati Natasya mendengar bebelan itu. Air matanya dikesat kasar.

"Daddy..." Serak suara Natasya. Cuba meraih simpati dari Datuk Arman.

Datuk Arman terdiam. Wajah tegang isterinya pula dipandang seketika sebelum pandangannya beralih kepada Natasya yang duduk di sofa bertentangan dengannya. Dari tadi tak henti-henti gadis itu mengalirkan air matanya. Tangannya mula naik memicit pelipisnya.

"Tasya sayangkan Hayden daddy... Tasya tak boleh hidup tanpa dia." Luah Natasya bersama air mata yang masih laju mengalir.

Datuk Arman memandang simpati kepadanya anaknya itu. Sungguh hatinya sakit bila melihat Natasya menangis kerana seorang lelaki.

"Sudah-sudah la tu Tasya. Tak payah nak ikutkan sangat hati kamu tu. Hayden dah kahwin dengan orang lain. Kamu tak payah nak menangis bagai. Kamu ingat kamu menangis keluar air mata darah sekali pun kamu akan dapat dia semula ke?" Sinis soalan Datin Suhaila. Natasya yang memakukan mata ke arahnya dijeling.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now