BAB 39

32.7K 796 42
                                    

"Dalia mengandung?"

Tengku Hayden dengan wajah cerianya mengangguk bersama senyuman.

"Patut la berseri-seri je muka kau hari ni. Rupa-rupanya ada berita baik. Congrats bro! Tak lama lagi nak jadi bapak budak dah kau."

"Tak sia-sia ilmu yang aku perturunkan pada kau hari tu." Tambah Tengku Zafeeq lagi. Bahu Tengku Hayden ditepuk-tepuk seperti memberi semangat. Semakin lebar bibir Tengku Hayden tersenyum. Gembira dan geli hati dengan kata-kata sepupunya itu. Perturunkan ilmu konon. 🙄

"Wah kau.. cepat betul. Bukan kau cakap nak tunggu wife kau 'dewasa' dulu ke baru nak rancang ada anak? Anyway, congratulation bro. Kau bakal jadi ayah." Haris teruja bertanyakan soalan itu. Tak lupa juga ucapan tahniah untuk Tengku Hayden.

Tengku Hayden tersengih-sengih mendengar ucapan tahniah dari dua orang sahabat karibnya itu. Tengku Zafeeq dan Haris ternyata gembira dengan berita baik itu.

"Perempuan makhluk yang tak pernah dewasa bro. Hahaa." Tengku Zafeeq menjawab.

"Tak pernah dewasa tapi makin membesar." Haris membalas dengan gelakan.

"Tahu pun kau. Hadap aje la. Dah namanya isteri, kalau dah sayang biar la perangai seteruk mana pun, tetap sayang."

Haris mengiakan.

Tengku Hayden senyum saja mendengar gurauan itu. Dalia oh Dalia. Semakin hari semakin angau pada isteri sendiri.

"Dalia macam mana? Okey ke dia?"

"Okey je. Tak ada morning sickness lagi buat masa ni. Tapi aku perasan sejak semalam dia kuat makan nasi. Bertambah-tambah. Pagi tadi pun sama. Mama aku pulak paksa-paksa dia makan buah. Nenda jangan cakap lah, tak habis-habis membebel. Kononnya nasihat.Tadah telinga je la jawabnya." Cerita Tengku Hayden ceria.

Haris tergelak mendengar kata Tengku Hayden.

"Membebel sayang, biasalah orang tua memang macam tu." Tingkah Haris.

"Makan untuk dua orang, biasa la tu kalau sampai bertambah-tambah. Nurin pun macam tu.. Kau tu jangan asyik kerja sangat, Dalia tu kau kena beri lebih perhatian. Biasalah awal-awal mengandung ni."

"Aku tahu Zaf. Tapi kau tahu lah sekarang ni kan banyak projek kita dapat. Kalau aku tak sibukkan diri tak siap la kerja."

"Betul jugak tu, tapi jangan la sampai abaikan isteri. Apa-apa pun hati dan perasaan Dalia kau kena jaga. Perempuan mengandung ni sensetif bro." Tengku Zafeeq bercakap dari pengalamannya. Dia terlupa belikan makanan kegemaran Nurin pun dah tarik muka isterinya itu.

"Ye lah Zaf. Aku cuba uruskan masa lepas ni."

"Kalau kau perlukan bantuan jangan segan nak minta tolong dengan aku. In Shaa Allah mana yang sempat aku tolong, aku buat. Sementara Nurin tak beranak lagi ni. Boleh la aku cover kerja kau." Ujar Tengku Zafeeq bersungguh. Kandungan Nurin sekarang sudah masuk tujuh bulan. Lagi dua bulan anaknya bakal dilahirkan.

Haris khusyuk mendengar.

"Thanks Zaf. Kalau kau tak ada tak tahu la aku nak handle syarikat ni." Ucap Tengku Hayden bersyukur. Bertuah dia mendapat sepupu yang sangat memahami dirinya.

"Most welcome."

"Kau bila pulak Haris?" Tengku Zafeeq bertanya pada Haris yang semenjak tadi asyik pasang telinga saja.

"Err entah. Masih mencari lagi."

"Masih mencari? Habis Fina tu macam mana?"

Haris tersengih-sengih.

DALAM BENCI ADA SAYANGOnde histórias criam vida. Descubra agora