Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni

652 40 1
                                    

Sinopsis

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di kota metropolitan Seoul, hidup Han Yeoreum boleh dikatakan berjalan dengan lancar.

Namun, segalanya berubah pada satu pagi ketika dia bekerja sebagai penghantar makanan segera. Segalanya berubah apabila dia menghantar piza kepada si selebriti, Park Jimin di sebuah kelab malam.

Park Jimin, kawan baiknya sejak zaman sekolah menengah, kembali muncul di hadapan mata. Apa yang Han Yeoreum buat? Sudah tentu mengelak daripada jejaka itu yang kini seorang selebriti popular.

"Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu." - Han Yeoreum

Namun, bukan semudah itu untuk mengelakkan diri daripada Park Jimin. Tidak mudah apabila jejaka itu mula membuka taktik mengurat, selamba 24 jam dan menempel seperti kucing. Park Jimin, selebriti yang terkenal dengan gosip liarnya. Kelab malam? Kaki perempuan? Kurang ajar? Semua dia sapu.

"Walaupun aku lebih suka untuk luangkan masa dengan kau, Yeoreum... Maaf, aku ada hal." - Park Jimin, bersama sebuah kenyitan mata.

Kebetulan demi kebetulan menyebabkan mereka sering terjumpa, juga taktik Park Jimin yang semakin menjadi untuk membuatkan Han Yeoreum kembali menjadi kawan baiknya. Namun, wujudkah istilah 'hanya kawan' di antara mereka berdua?

"Bukan dari perspektif sebagai seorang selebriti. Aku ni macam mana orangnya dimata kau, aku sebagai Park Jimin, kalau aku sebagai boyfriend kau?" - Park Jimin

"Biar aku pula yang tanya kau. Bukan dari perspektif sebagai seorang kawan rapat. Aku ni macam mana orangnya dimata kau, aku sebagai perempuan bernama Han Yeoreum, kalau aku sebagai girlfriend kau?" - Han Yeoreum

Adakah Han Yeoreum akan jatuh cinta kepada Park Jimin seperti enam tahun yang lalu? Adakah Park Jimin akhirnya sedar akan makna sebenar Han Yeoreum bagi dirinya?

Mungkin juga... Seorang selebriti cuai sedang belajar erti sebenar cinta dan sayang daripada kawan baiknya sendiri.

•••

Buku ini ialah FIKSYEN semata-mata. Ya, mungkin ada bahagian buku ini sama kerana watak Park Jimin dirujuk sebagai BTS Jimin. Namun, watak Park Jimin di dalam buku ini TIDAK BOLEH dirujuk sebagai watak dan personaliti BTS Jimin dan ahli BTS yang sebenar.

Maksud saya, tolong faham fiksyen dan dunia realiti. Tolong reti bezakan, ya?

Selamat membaca! 💛

Mula: 12 Disember 2018
Tamat: 6 Julai 2019
Status: Lengkap

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now