Money?

3.1K 296 2
                                    


BAM!!

Taehyung dan Himi pantas menoleh ke arah pintu bilik yang dirempuh kasar dari luar.

Dua susuk manusia berjalan masuk ke dalam dengan keadaan seorang lagi yang pengsan.

"Berat syal dia ni. Patah pinggang aku " sambil merungut badan lelaki itu letakkan di atas katil yang tersedia.

Himi mendekati mereka.

Taehyung hanya mampu memandang dengan perasaan takut dan hairan.

"Kau lambat 2 minit " celah Himi sambil melihat jam di tangan.

"Siot kau. Itu pun nak berkira ke? Kau ingat senang nak angkut dia ni naik? Aigo, sakit pinggang aku."

"Jung Areum. Dalam misi , kita tak boleh pandang remeh perkara macam ni. Ketepatan masa tu penting. Macam macam boleh berlaku dalam tempoh 2 minit tu kalau kita lalai. Berapa kali aku nak ingtkan yang - "

"Iya iya aku tahu. Dah , berhenti membebel. Aku dah selesaikan tugas aku. Aku dah dapat dia. " Areum pantas memotong.

Malas menghadap bebelan perempuan itu.

"Korang ni siapa sebenarnya? Siapa lelaki tu? Apa korang nak buat dengan kami? " soal Taehyung.

Areum memandang Taehyung.

Matanya membulat melihat keadaan lelaki itu yang diikat.

Wajah Himi yang selamba dia pandang geram.

"Kau ni degil betul lah Himi. Kau lupa ke Koperal dah pesan jangan seksa atau cederakan target. Ish! Ni tengok apa kau dah buat." bebel Areum.

Areum memotong tali yang mengikat kaki dan tangan Taehyung.

"I do what I have to do. Dah dia meronta macam orang gila, siapa suruh. Menyusahkan aku betul. Tch. Aku ikat je kot. Bukannya seksa." Himi menjeling Taehyung tajam.

"Err Encik Taehyung. Saya mintak maaf atas apa Himi dah buat pada awak. Dia memang macam ni " Areum tersengih sedikit.

Taehyung hanya mengumam sambil mengusap pergelangan tangannya yang pedih.

Matanya memerhati Himi yang sedang duduk di sofa sambil membelek beberapa buah fail.

Lelaki yang tidak sedarkan diri di atas katil itu juga diperhatikan. Nampaknya dia masih pengsan.

Wajah Areum yang tersengih dipandang.

"Kau dah kenapa tersengih macm tu? Dahlah korang culik aku. Kau tau tak benda ni salah? Lagi satu, misi apa yang korang rancang? Korang ni siapa sebenarnya? Kau tau tak dengan siapa kau berurusan sekarang ni? Aku akan pastikan kau berdua - "

"Nama Kim Taehyung. Umur 26 tahun. Seorang CEO dari syarikat Kim's Holding dan merupakan orang paling penting dalam urusan perniagaan kerana pengaruh yang besar dan pengikut yang ramai. " Himi membaca satu persatu maklumat pribadi lelaki itu.

Wajah Taehyung yang jelas tergamam dipandang sekilas sebelum menutup fail di tangannya.

"Kami ada semua maklumat tentang kau, Encik Kim. Segala rahsia yang kau simpan dan gerak geri kau adalah dalam pengawasan kami selama ni. "

Dahi Taehyung berkerut tidak faham dengan kata- kata perempuan itu. Areum sudah meninggalkan mereka untuk memesan makanan.

Taehyung tahu bilik yang mereka duduki sekarang adalah salah satu hotel yang terkenal dan ruangan bahagian atas tingkat ini hanya golongan VIP atau orang penting sahaja yang dibenarkan menginap.

"Aku tak faham. Apa kaitan maklumat aku dengan semua ni? Kenapa kau culik aku. Apa kau nak? Jangan peningkan aku dengan semua benda mengarut ni. Terus jelaskan tujuan kau. Kau nak duit kan? Berapa? Bagitau. Aku boleh bagi. Sekarang jugak aku bagi!! " pandangan mata helangnya jatuh pada wajah perempuan itu.

Mata kedua insan itu bertaut.

Agak lama. Sebelum Taehyung sendiri mengalihkan pandangannnya dari sepasang mata coklat kehijauan itu.

"Duit?" soal Himi.

" Ya! Berapa je kau nak. Aku akan bagi."

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now