PSYCHO

1.8K 154 4
                                    

3 bulan kemudian.

Himi mengusap lembut kandungannya yang sudah mencecah 9 bulan. Dia dan Taehyung hanya menunggu hari untuk bayi mereka lahir melihat dunia.

Kini, sudah hampir 3 bulan dia kembali ke Seoul dan tinggal di rumah suaminya itu. Sebuah banglo yang cantik dan luas. Dan yang paling menggembirakan Himi ialah mereka berjiran dengan Areum dan Jungkook.

Setiap hari dia dan Areum akan menghabiskan masa bersama. Kandungan Areum juga sudah mencecah 5 bulan. Semalam dia dan Areum keluar berdua menghabiskan masa shopping barangan bayi.

"Sayang...omma tak sabar nak tengok anak omma ni. Semoga jadi anak yang baik ya." ujar Himi sendiri sambil mengusap perutnya yang sudah membesar.

Kadang kadang hendak berjalan pun dia meminta bantuan Taehyung. Himi tidak berapa larat sejak kebelakangan ini. Kadang pinggangnya sakit, Taehyung lah yang tolong urutkan. Jika kakinya bengkak, suaminya  jugalah yang urutkan. Himi bahagia bersama Taehyung.

"Himi ah!!" jerit seseorang di luar rumah.

Himi tersedar. Pantas dia menjenguh ke arah suara itu. Terlihat susuk Areum yang berjalan menghampirinya. Di tangan gadis itu terdapat sebuah bekas.

"Oi termenung ke? Penat aku panggil. Nasib baik pagar tak kunci. Eh tapi bahaya lah. Asal kau tak kunci pagar? Kan Tae tak ada kat rumah." bebel Areum lalu dia duduk di sebelah Himi.

"Aku lupa nak kunci.." kata Himi perlahan.

Memang dia selalu lupa untuk kunci pagar. Sebabnya kadang kadang Taehyung sendiri pun lupa bawa kunci rumah. Himi tidak mahu Taehyung tertunggu sebab itu dia tidak kunci jadi senang suaminya masuk.

"Bahayalah kau ni. Haihh..risau aku kalau ada benda buruk jadi. Zaman sekarang mana boleh percaya orang sangat.Kita kena sentiasa berhati hati." sambung Areum. Dia membuka bekas yang dibawa.

"Wahh...seafood. Sedapnya.." ujar Himi dengan teruja.

Di dalam bekas itu terdapat sotong yang sudah siap dimasak. Himi terliur. Sudah lama dia tidak makan seafood sebab Taehyung selalu halang. Katanya tak baik makan selalu. Ceh.

"Haa nah. Kau call aku semalam kata mengidam kan? Ni aku bawak fresh dari Daegu tau. Tapi aku masak kat rumah lah. Beli je dekat sana hehe." balas Areum.

Areum baru sahaja pulang dari Daegu semalam. Seperti biasa dia perlu mengambil stok bunga di sana.

"Thanks weh. Aku appreciate sangat." Himi pura pura mengelap air mata konon terharu.

"Poyo la kau. Dah, makan lah. Aku temankan kau. Sambil tu dapat lah borak borak. Aku pun bosan ni. Jungkook pun takde kat rumah ikut suami kau tu ke mana tah." kata Areum sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

Dua ibu mengandung itu sedang bersantai di tepi kolam renang sambil menikmati angin petang.

Baru sahaja Himi hendak menyua sotong itu ke dalam mulut, tiba tiba wajah Yoongi terlintas di fikirannya.

Himi melepaskan keluhan berat.

Hidangan sotong dalam bekas itu ditatap lama. Kenangan bersama lelaki itu terimbas kembali. Dulu Yoongi lah yang selalu hantarkan seafood padanya jika dia mengidam. Malah lelaki itu juga sangat prihatin dengan keadaannya.

Cuma setelah kejadian itu, Yoongi terus menghilangkan diri sehingga sekarang. Entah lelaki itu masih hidup atau tidak. Himi sendiri tidak tahu.

"Termenung pulak. Makanlah cepat. Kang nanti Tae balik, kempunan kau nak makan. Bukan tak tahu suami kau tu pantang kau makan seafood." kata Areum.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now