KookReum☀️

1.9K 196 0
                                    

Jungkook POV

Tongkat aku selitkan dibawah ketiak untuk menampung tubuh aku berdiri. Dengan berjengket, aku bergerak ke jendela.

Tingkap dibuka. Udara pagi yang sejuk menyentuh wajah.

Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk seseorang dari luar.

"Masuklah. Pintu tak kunci." arah aku.

Pintu terbuka lalu Areum masuk sambil ditangannya membawa beberapa barang.

Aku senyum padanya.

Namun senyuman di bibirku mati apabila Areum buat tak endah.

"Duduk Jungkook. Saya nak tengok luka awak." Areum menarik sebuah kerusi lalu menyuruh aku duduk.

Tanpa membantah. Aku ikut arahannya. Layanan Areum menunjukkan gadis itu berada dalam mood yang tidak baik.

Aku lihat Areum mula membuka balutan dibetis. Luka aku yang hampir sembuh dia cuci. Aku hanya perhatikan cara dia membuat kerjanya.

Cekap dan berpengalaman.

"Areum, aku nak minta maaf dengan apa yang dah jadi. Semuanya salah aku. Taehyung tak salah dalam hal ni. Aku yang minta tolong dia. Aku -"

"Awak tak tahu apa yang awak dah buat Jungkook. Awak tak tahu apa apa." Areum terus mencantas kata kataku.

"Then, bagitau aku apa yang aku perlu tahu. Bukannya dengan bersikap dingin macam ni. Aku dan Taehyung dah minta maaf berkali kali pada kau orang berdua. Tapi tak ada gunanya. Korang layan kami serupa binatang!" Aku tertengking Areum tanpa sedar.

Aku jadi marah dengan sikap Areum kebelakangan ini.

Puas aku meminta maaf tapi layanan Areun tetap dingin. Entah aku sendiri tidak tahu di mana silapnya.

Aku lebih kesian melihat keadaan Taehyung. Lelaki itu betul betul merayu pada Himi supaya memaafkannya.

Tapi Himi pun sama, dingin dan tidak berperasaan.

Aku tahu Taehyung mula ada perasaan pada Himi. Aku nampak kejadian itu sewaktu mereka di dapur malam semalam.

Lamunan aku terhenti apabila terdengar ketawa sinis dari Areum.

"Betul awak nak tahu?"

Aku tidak memberikan apa apa reaksi.

"Disebabkan awak berdua. Saya dan Himi mungkin dah mati minggu lepas. Pihak atasan marah sangat lepas dapat tahu apa yang dah jadi. Mereka salahkan kami sebab cuai. Waktu tu, saya dan Himi hanya mampu berdoa dalam hati supaya ada keajaiban berlaku. Mereka dah buat keputusan untuk hapuskan kami dan serahkan awak dan Taehyung pada agent lain. "

Aku terpempang mendengar penjelasan Areum. Sungguh aku tidak menyangka kesan yang menimpa mereka seteruk itu.

"Ke..kenapa mereka nk bunuh kau?" soal aku.

"Mungkin bunyinya kedengaran merepek pada awak. Tapi ini lah kehidupan kami. Jika ada sesuatu yang tak diingin berlaku sewaktu jalankan misi. Hukuman akan diberikan. Sama ada diseksa atau mati. Bergantung pada kesalahan. Dan kesalahan yang kami buat, sangat besar. Melibatkan nyawa awak dan Taehyung."

"Orang atasan ingat saya dan Himi yang rancang semua ni. Mereka ingat kami nak balas dendam pada mereka sebab dah bunuh salah seorang rakan kami. Tapi mujurlah, Koperal Lee sempat leraikan semuanya. Dan kami terlepas."

"Siapa kawan kau tu? Kenapa mereka bunuh dia?" perasan ingin tahuku menyerang.

"Kim Minso. Dia sama macam saya dan Himi. Kami bertiga kawan baik dari pusat latihan Brisden . Tapi tiba tiba Minso buat keputusan mengejut. Dia kata dia nak tarik diri dari misi.Dia nak keluar dari Brisden. Sampai sekarang kami tak tahu kenapa dia buat keputusan tu. Minso tak pernah cerita." Areum mengeluh perlahan sebelum menyambung.

"Tapi Brisden tak bagi dia keluar dan Minso mula buat hal. Dia ugut orang atasan untuk bongkarkan semua rahsia Brisden kalau mereka tak bagi dia keluar..."

"Jadi, mereka bunuh dia sebab taknak dia bukak mulut?" teka aku.

Areum tersenyum nipis lalu mengangguk kecil.

"Kejam kan? Sejak dari tu, saya dan Himi berdendam sangat dengan Brisden. Saya pernah cuba untuk lari , tapi Himi sempat halang. Dia takut Brisden buru saya pulak. Jadi Himi buat keputusan untuk terima misi penting ni dengan syarat mereka lepaskan kami selepas semuanya selesai." jelas Areum

Aku mengangguk faham.

Patutlah Himi bersikap begitu, kerana kunci kebebasan mereka ada pada diriku dan Taehyung.

"Kenapa aku dengan Taehyung penting sangat pada orang atasan kau?" soal aku.

Dah lama aku nak tanya soalan ini pada Areum.

"Hanya ada dua orang sahaja yang paling berpengaruh dalam organisasi Brisden. Encik Kim dan Encik Jeon. Datuk awak dan Taehyung. Mereka yang arahkan kami untuk lindungi awak. Sebab agent yang lain tak berani ambik risiko. " balas Areum ringkas.

"Sebab tu awak berdua sangat penting pada mereka"

Aku tersentak. Tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Areum.


√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now