Confession

1.9K 170 4
                                    


"Sayang. Aku keluar kejap tau. Tak pasti lah pukul berapa balik." Taehyung membetulkan rambutnya di cermin.

"Nak pergi mana?" soal Himi. Kebetulan dia baru keluar dari bilik hendak ke ruang tamu.

Tubuh Taehyung yang berpakaian santai  diperhatikan. Lelaki itu mengenakan tshirt biru lembut dan jeans hitam. Segak.

Taehyung tersenyum dengan soalan Himi.

Nampaknya gadis itu mula peduli dengannya. Tidak lagi dingin. Dia berjalan mendekati Himi lalu tubuh gadis itu dipeluk erat dari belakang. Sempat bibirnya mendaratkan ciuman ringkas pada pipi si gadis.

"Aku nak ke bandar. Uruskan kereta sewa aku yang kemalangan hari tu. Tak tahulah berapa lama aku kat sana. Kalau aku balik lewat, kau jangan tunggu pula." kata Taehyung sambil mengusap perlahan perut gadis itu dari belakang.

Himi hanya kaku. Wajahnya sudah berbahang. Lagi lagi apabila Taehyung mula mendaratkan beberapa kucupan di belakang lehernya melepaskan rindu.

"Okay. Pergilah." Himi dengan gelabah cuba melepaskan pelukan lelaki itu disekitar pinggangnya.

"Nantilah. Aku nak bermanja dengan buah hati aku yang seorang ni." Taehyung ketawa kecil apabila muka Himi semakin merah. Dia mengeratkan pelukan.

"Sayang, sepanjang aku tak ada kat rumah hari ni. Kau jangan buat kerja berat tau. Aku nak kau berehat. Jaga baby kita baik baik. Kalau ada sesiapa datang rumah, jangan bagi masuk. Aku masih risau tentang hal semalam. Aku taknak apa apa jadi pada kau dan anak kita." pesan Taehyung . Wajahnya dibenamkan pada bahu Himi.

Sungguh dia bimbang untuk meninggalkan gadisnya sendirian. Risau jika benda buruk berlaku. Namun disebabkan hal penting yang perlu diuruskan, Taehyung terpaksa berenggang sebentar.

"Iya Tae. Aku tahulah jaga keselamatan aku. Selama ni aku bawa diri sorang sorang, tak ada benda buruk pun jadi. Jangan risau. Aku akan jaga baby aku baik baik. Eh dah lah, kau pergilah cepat." balas Himi.

Dia leraikan pelukan lelaki itu dan berlalu pergi. Malas hendak berlama. Dia melayan Taehyung dengan baik pun sebab pembawaan anak dalam perutnya. Anak ini mahukan ayahnya.

Taehyung pantas menahan gadis itu pergi. Dia tarik lembut lengan Himi supaya berhadapan dengannya. Mata mereka mula bertaut.

"Bukan baby kau seorang.  Tapi 'baby kita'. Aku janji lepas ni kau takkan berseorangan lagi. Aku akan ada dengan kau sampai nafas aku yang terakhir. Aku janji aku akan bahagiakan kau." luah Taehyung dengan ikhlas.

Pipi Himi dia usap sayang sebelum merapatkan wajah mereka. Bibirnya bercantum lembut dengan bibir si gadis. Tiada penolakan. Taehyung tersenyum disebalik ciuman apabila merasakan balasan dari Himi.

Dia tahu gadis itu mahukannya. Walaupun Himi tidak pernah beritahu, tapi segala perlakuannya cukup memberikan jawapan yang jelas.

Taehyung menatap lama wajah Himi. Gadis itu mencari nafas setelah bibir mereka terlerai. Kedua pipinya sudah memerah. Taehyung tersenyum.

"Aku pergi dulu. Kau jaga diri baik baik ya. Kalau ada apa apa terus call. Aku dah save nombor aku dalam fon kau." Taehyung melutut menyamakan paras dengan perut Himi.

"Baby, appa pergi sekejap tau. Jadi budak baik jangan susahkan omma. Jagakan omma untuk appa, okay?. Hehe I love you so much." Taehyung kucup lama permukaan perut Himi.

Dia tergelak kecil saat merasa pergerakan aktif anaknya.

Himi tersenyum. Perlahan rambut Taehyung dia ulas lembut. Sejuk hatinya dengan sikap penyayang Taehyung terhadap anak mereka.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now