ENEMIES ATTTACK

1.7K 171 0
                                    


"Jungkook elak!!"

Areum terus menolak tubuh Jungkook ke tepi.

Bang!


Hampir sahaja peluru itu terbenam di dada Jungkook namun sempat diselamatkan.

Di sudut lain, Taehyung masih bergelut dengan beberapa orang lelaki yang tiba tiba menyerang masuk ke rumah.

Areum menghentak pasu bunga ke kepala salah seorang daripada mereka.

Jungkook pula membantu Taehyung menumpaskan beberapa orang lelaki yang masih menyerang.


Buk!


Jungkook menedang dengan kuat muka lelaki itu hingga dia rebah ke lantai.

"Mereka terlalu ramai hyung! Aku tak rasa kita boleh lawan!" Kata Jungkook. Dia sudah termengah mengah.

Taehyung terus menumbuk beberapa orang lelaki yang masih berbaki. Namun langkahnya terhenti apabila musuh menghalakan pistol tepat di dahinya.


"Taehyung!" Areum menjerit.

Beberapa orang lelaki tadi turut menghalakan pistol pada Areum dan Jungkook.

"Apa korang nak sial? Siapa hantar korang ke sini?!" Areum menjerit.

Lelaki itu tidak mengendahkan soalan Areum.

Dia menarik picu pistol. Sudah bersedia untuk menamatkan nyawa Taehyung.

Namun tiba tiba...

Zap!!

"ARGHHH!!!"

Lelaki itu menjerit kuat apabila sebuah panah terpacak tepat pada tangannya. Pistol yang dipegangnya terlepas.

Mereka yang lain sudah mula gelabah mencari punca datangnya panah itu. Sukar mereka nak melihat. Ditambah pula dengan keadaan rumah yang malap.

Zap!!

Panah seterusnya terpacak pada kepala salah seorang dari mereka.

"Tembak semua sudut!! Park Himi aku tahu kau bersembunyi!! Keluar sekarang!!" jerit lelaki itu.

Mereka mula menembak ke semua arah.

Jungkook terus memeluk Areum yang  menjerit ketakutan. Taehyung pula kaku. Matanya liar mencari kelibat Himi dengan hati yang risau.


Zap!!


Zap!!


Semua lelaki itu rebah akhirnya. Tiada seorang pun yang bernyawa. Semua sudah menjadi mayat .

Himi keluar dari tempat persembunyiannya dengan busur panah di tangan.

"Himi ah!!" Areum meluru ke gadis itu lalu memeluk kemas.

"Gwenchana?" soal Himi risau. 

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now