Anpanman

1.7K 167 1
                                    


Taehyung mengurut perlahan tengkuknya yang lenguh. Dia penat bila hampir seharian menghadap meeting dan kertas kerja.

"Ah, bosannya. Bila lah semua ni nak berakhir." keluh Taehyung.

Dia bergerak ke jendela hotel lalu langsir diselak luas menampakkan pemandangan laut biru yang indah.

"Rasa macam nak keluar , tapi malas lah pula. Dahlah panas. Hmm, tidur jelah kalau macam ni." Taehyung sudah berniat untuk pergi.

Namun cepat cepat dia patah balik apabila terpandang sekumpulan penunggang motosikal sedang menganggu seorang wanita mengandung.

Mata Taehyung mengecil memandang wanita itu .

Wajah wanita itu terhalang disebalik topi besar yang dipakai. Taehyung berdecit geram bila wanita bergaun labuh itu masih diganggu.

"Kurang ajar punya lelaki. Berani dia ganggu perempuan mengandung. Dasar tak ada adab!  Tunggu lah nasib korang! Korang akan terima padahnya bila buat Anpanman marah!" Taehyung  sinsing bajunya hingga ke siku.

Dengan hati yang membara,  Taehyung berjalan laju keluar dari hotel.





___





"Hai adik manis. Sorang je ke ? Apakata  oppa temankan.." bahu gadis itu dicuit.

Gengnya yang lain sudah ketawa galak.

"Tepi lah bodoh. Jangan ganggu aku!" gadis itu meninggikan suara.

"Amboi garangnya. Tapi takpe, oppa suka yang garang garang ni. Grrrrr.."

"Yuks! Muka dahlah macam Oli London! Sudahlah buruk, kebodohannya pun pekat juga. Langsung tak campur air."  balas si gadis penuh savage.

"Wah! Sungguh tajam lidahmu berbicara. Berani kau samakan aku dengan plastik bergerak tu? Ini boleh mendatangkan marah!"

Geng gengnya yang lain mengangguk setuju.

"Eh ,bangla bangla sekalian! Tolonglah berhenti dey. Yini hari manyak panas dey, lu orang sudah cukup itam. Lagi mau jemur panas ka?"  gadis itu mengejek selamba.

Tersedak jejaka jejaka tadi dengan perlian itu.

"APA KAU CAKAP TADI?! KAU GELARKAN KITEORANG BANGLA?!" salah seorang dari mereka mula mengamuk.

Gadis itu hanya tayang senyuman sinis.  Dia langsung tidak gentar dengan pandangan tajam mereka.

"Woi!! Apa korang buat ha?!" suara kuat  itu menyergah dari belakang.

Dari jauh, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan mendekati mereka.

"Baik korang berambus sebelum aku belasah korang." katanya lagi dengan tegas.

"Guys! Jom blah!" seram dengan ugutan itu,  geng geng motosikal ini terus beredar.

"Hey miss, are you okay?" soal Taehyung dengan risau pada wanita mengandung itu.

"Okay." balasnya perlahan tanpa mengangkat muka.

Taehyung cuba mengintai wajah gadis itu namun terhalang kerana topi besar yang dipakai.

Tiba tiba,  gadis itu berjalan laju meninggalkan Taehyung yang masih terkulat kulat.

"Er..miss." kata kata Taehyung terhenti bila angin bertiup kuat menyebabkan gaun labuh wanita itu terangkat sedikit hingga menampakkan betisnya.

Taehyung  tergamam apabila melihat dengan jelas tanda di kaki wanita itu sebelum susuk itu hilang dari pandangan.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now