Fear

2.3K 248 2
                                    


Geram! Geram! Geram!

Ya! Itulah perasaan Taehyung ketika ni. Hatinya masih sebal dengan sikap biadap Himi.

Mulut perempuan tu sangat berpuaka.  Segala kata yang keluar dari gadis itu betul betul mencabar kesabarannya!

Taehyung masih ingat sewaktu mereka berada di atas motorsikal dan Himi memulas minyak serupa orang gila.

Puas dia menjerit dan merayu minta Himi untuk kurangkan kelajuan namun balasan gadis itu sangat menyentapkan hati.

'Kau diam lah! Aku tengah selamatkan nyawa kau yang tak guna ni. Kenapa kau nak takut? Selama ni kau buat jahat kau tak takut pun. Kau tak layak menjerit mintak nyawa macm ni. Huh! Namja bodoh! '

Taehyung betul betul marah dan geram setiap kali kata kata gadis biadap itu berlegar di telinganya.

Ianya  agaikan irama musik yang mampu memecahkan salur darahnya akibat kemarahan yang melampau.

Taehyung mengeluh perlahan.

Dia tidak faham dengan diri sendiri. Dia perasan perubahan dalam dirinya.

Dia cepat terasa dan melenting setiap kali Himi mengutuk. Sedangkan selama ini, dia tidak pernah ambil kisah dengan cakap orang.

"Kenapa aku perlu marah? Semua yang perempuan gila tu cakap betul. Dengan tangan ni.."

Kedua tapak tangannya direnung.

"Tangan ni yang banyak buat kerosakan. Malah dah berapa nyawa hilang sebab diri aku. Hm... " Taehyung mencengkam kepala. Dia terduduk di sudut taman .

Menyesal.

Ya, itu yang dia rasakan saat ini. Kerana kejahatan dirinya, dia menjadi sasaran musuh tanpa dia sedar.

Taehyung berasa takut.

Dia tidak menyangka beberapa kemalangan yang terjadi kebelakangan ini adalah rancangan musuh untuk menjatuhkannya.

Segala maklumat dan bukti yang dia baca membuatkan dia hampir hilang akal. Sungguh tak disangka, nyawanya berada di hujung tanduk selama ini.

Dan kalau bukan kerana Himi yang menculiknya pada hari kejadian, mungkin sekarang dia sudah mati.



___



"Arghhh perlahan lah sikit. Sakit tau tak. " Himi menjerit kecil.

"Maaf maaf. Tahan sikit ya. Dah siap dah. " kelam kabut Areum jadinya.

Tangan kecil Aruem pantas mematikan jahitan pada bahu Himi. Setelah selesai. Bahu rakannya itu dibalut dengan kemas.

"Thanks Areum.." balas Himi perlahan sebelum dia terlelap.

"Dahlah. Kau berehat lah dulu " Tubuh Himi diselimut.

Dia melangkah keluar dari bilik itu. Dapur dituju.

"Areum.." terhenti langkah gadis ini bila seseorang memanggil namanya.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang