Enemy and friend

2.3K 248 5
                                    


Zap!

Berdesup anak panah itu membelah angin sebelum terpacak tepat pada sasaran.

Park Himi berhenti sebentar dari aktiviti memanah. Kecederannya tidak menghalang gadis itu untuk berlatih.

Dia memerhati suasana banglo yang menjadi tempat persembunyian mereka berempat.

Ianya besar dan cantik dengan rekaan klasik dan jauh terletak di tengah hutan atas bukit.

Semalam dia dan Taehyung tiba di sini pada tengah malam. Jadi, memang tidak sempat dia melawat kawasan kerana kecederannya.  Tambahan lagi, dengan karenah lelaki yang menjengkelkan itu.

Tepukan tangan seseorang mematikan lamunan Himi.

Ergh! Panjang umur.

"Kau memang mahir memanah ya? Semua sasaran kau tepat. " puji Taehyung namun hanya jelingan tajam diterima.

'Eh, perempuan ni! Bukan nak berterima kasih. Cungkil biji mata kang baru tahu.' Taehyung maki dalam hati.

"Kau buat apa kat sini? Semaklah " balas Himi dingin.

"Saja. Aku cuma nak ambil angin sekitar kawasan rumah. Sekali tu dapat lah jugak tengok keadaan keliling. Cantik tempat ni, aku suka." kata Taehyung dengan senyuman petak.

Suasana pagi yang sejuk itu mula terasa panas bagi seorang gadis bernama Park Himi.

Dia mendegus geram. Meluat tengok muka lelaki itu.

"Himi , kau memang macam ni ya? "

"Apa maksud kau?"

"Dingin. Beku. Ganas. Savage. Mulut berpuaka." kata Taehyung selamba.

"Kalau aku macm ni pun , apa masalah kau? " Himi menjeling wajah Taehyung.

Dia mula mengelap busur panah dengan tuala kecil. Aktiviti memanah merupakan kegemarannya sejak kecil.

"Aku cuma hairan. Cuba kau tengok Areum tu. " Taehyung memuncungkan bibirnya ke arah Areum yang sedang menyiram pokok bunga yang tidak jauh dari mereka.

"Manis, sopan. Cakap pun lembut je. Jauh beza dengan kau. Macam langit dengan bumi. " Teahyung menjelis sekilas wajah Himi yang sudah bertukar warna.

Merah! Jelas Himi sudah mula berangin dengan kata kata lelaki itu.

Himi menghentak busur panah di tangannya pada meja yang tersedia.
Kini dia berdiri berhadapan dengan Taehyung.

Wajah lelaki itu dipandang.

Dengan jarak yang rapat, Taehyung dapat merasa nafas panas gadis tu mengena pipinya.

Mata Himi dia tatap dengan gugup. Nampaknya,  singa betina nak mengamuk!

"Dengar baik- baik ye. Aku bagi amaran. Jangan pernah ada niat sikit pun dalam hati kau yang hitam tu untuk dekati Areum . Aku tak nak kawan aku rosak dekat tangan manusia tak guna macm kau."

Himi sudah berniat untuk pergi. Dia memusingkan tubuh ingin meninggalkan tempat itu.

Namun tiba tiba dia berpaling semula.

"Ah aku lupa. Terima kasih sebab selamatkan aku semalam. Walaupun aku terhutang budi, jangan harap aku akan bersikap macam Areum bila dengan kau. Kenapa aku macam ni? Sebab aku bencikan kau. Lelaki tak guna , pentingkan diri. Kejam dan tak berperikemanusiaan "

Dengan jelingan tajam, gadis itu melangkah pergi. Meninggalkan Taehyung yang tergamam.




___



Gelagat Taehyung dan Himi dia perhati dari tingkap bilik sehingga kelibat gadis itu hilang .

Nampak jelas ketegangan antara mereka berdua.

Jungkook mengeluh.

Fikirannya kusut. Semalam, dia terus berkurung dalam bilik untuk menenangkan diri.

Jungkook memandang langit yang cerah. Suasana hutan disekeliling rumah itu yang nyaman sedikit sebanyak mententeramkan hatinya.

"Hey.."

Jungkook menoleh. Areum masuk ke dalam bilik sambil membawa dulang makanan.

"Ni sarapan awak. Makanlah."

"Terima kasih "

"Emm.. Jungkook." Areum berdiri disebelah lelaki itu. Mereka melihat ke luar jendela.

Jungkook diam. Memberi ruang untuk Areum bercakap.

"Saya bersimpati dengan apa yang berlaku pada mendiang abang awak. Saya harap awak faham kenapa kami buat semua ni dan harap awak dapat beri kerjasama dengan baik. Keselamatan awak sangat penting. Hmm.. janganlah terlalu fikirkan perkara ni. Semuanya akan okey. Awak harus percayakan kami. " bahu Jungkook ditepuk perlahan.

"Kau nak tahu sesuatu? Aku kecewa, Areum. Aku masih tak percaya semua ni betul betul berlaku. Aku rasa macam mimpi. Hati aku sakit sangat. Orang yang aku sayang, sanggup jadi pengkhianat demi kepentingan diri sendiri. " suara Jungkook bergetar menahan tangis.

"Kalau ikutkan hati, aku nak bunuh si bangsat tu dengan tangan aku sendiri. Aku tak sangka dia sanggup buat semua ni. Apa salah keluarga aku pada dia. Sedangkan kami yang kutip dia , besarkan dia. Tapi ini balasan dia. Dasar manusia takguna! " Jungkook mengengam tangannya erat.

Marahnya memuncak. Dia hampir hilang akal menanggung rasa.

Areum terus memeluk belakang lelaki itu. Dada Jungkook yang berombak diusap perlahan.

"Sabar, Jungkook. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Saya taknak awak jatuh sakit. Dia akan kecundang jugak satu hari nanti dan terima balasan untuk semua dosa yang dia buat. Awak tak perlu risau. Saya dan Himi akan uruskan semuanya. Awak bersabar yaa.. " pujuk Areum dengan lembut.

Tangan halus milik gadis itu yang masih mengusap lembut dadanya dipandang lama. Hatinya berasa tenang.

Pantas tangan Areum diambil dan dia gengam erat.

"Janji dengan aku , Areum. Janji yang kau takkan tinggalkan aku walau apa pun yang jadi. Kau satu satunya kawan yang aku ada." kata Jungkook.

"Er.. okay." balas Areum dengan kekok.

Dia mengangguk perlahan sambil cuba melepaskan tangannya namun sia sia. Gengaman Jungkook begitu erat.

Jungkook tersenyum. Dia pusing menghadap Areum lalu tubuh genit itu dipeluk erat.

Hatinya tenteram dengan kehadiran gadis itu di dalam hidupnya.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now