Wrong Corpse

1.7K 182 20
                                    


"Hyung ,apa benda yang emergency sangat sampai kau suruh datang sini? Kalau dekat takpelah jugak." Jungkook lambung badannya ke atas katil hotel.

Dia baru sahaja sampai Jeju. Lenguh satu badannya duduk berjam atas flight semata nak jumpa Taehyung.

Selepas sahaja Jungkook hantar semua gambar mayat mendiang Himi, Taehyung terus meminta dia ke sini.

"Himi masih hidup." Kata Taehyung perlahan.

Matanya memandang suasana malam di luar tingkap hotel.

"Bwo?!" Jungkook terus terduduk mendengarkan perkara itu.

Perlahan Jungkook menggeleng. Wajah Taehyung ditatap lama.

"Hyung, please lah move on. Himi dah lama pergi. Tolonglah, terima kenyataan. Dah nak hampir setahun kau macam ni. Terimalah hakikat yang dia-"

"Aku ada bukti Jungkook." Taehyung terus mencantas kata lelaki itu.

Taehyung terus mengambil gambar gambar bahagian badan mayat Himi yang sudah diprint.

"Tengok gambar ni." sekeping gambar  bahagian pergelangan kaki diberikan pada Jungkook.

Dahi Jungkook berkerut.

"Ini kan kaki dia. Dah kenapa kau-"

"Masa kau dapat gambar ni, kedua dua kaki dia tak ada tatoo kan? Atau lebih tepat lagi, tak ada satu pun tatoo dibadan mayat. Betul tak?" soal Taehyung.

"Iyalah. Macam yang hyung nampak dalam gambar ni. Mana ada tatoo kat kaki dia. Aku jadi saksi time forensik ambil gambar ni tau." kata Jungkook.

"Bercakap pasal tatoo ni. Baru aku ingat semalam kan, aku nampak tatoo corak bunga kat belakang bahu Areum time kiteorang ehem ehem." cerita Jungkook dengan wajah memerah.

Jungkook dan Areum baru sahaja berkahwin minggu lepas. Jadi mereka masih di dalam mood honeymoon. Faham faham jelah.

"Haish..benda macam tu pun kau nak cerita kat aku ke? Ha, berapa jam kau main dengan dia?" soal Taehyung dengan senyuman gatal.

Bertambah merah muka Jungkook.

"Yaish! Dahlah berhenti cakap pasal ni." bentak Jungkook.

Taehyung ketawa kecil.

"Kau tak tanya Areum ke pasal tatoo tu?"

"Ada. Aku ada tanya. Areum cakap setiap perisik akan ada corak sendiri. Kiranya itu cop Brisden lah pada diaorang." jelas Jungkook.

"Okay, kalau macam tu aku nak tanya kau pulak. Kalau betul ini mayat Himi, kenapa tak ada corak tatoo dekat mana mana bahagian badan dia? Sedangkan dia juga perisik Brisden."

Jungkook terkedu dengan soalan Taehyung.

Dahinya berkerut lalu dia ambil semua gambar yang diprint dan perhati satu persatu dengan teliti.

"Haah lah hyung. Tak ada tatoo." kata Jungkook perlahan.

"Jadi, mayat ni bukan milik Himi. Aku yakin Himi masih hidup. Ada sesuatu yang tak kena."

"Tapi macam mana dengan ujian DNA yang positif ? Itu milik Himi kan? Dan wajah mayat tu sama dengan Himi." kata Jungkook pula.

Pening kepalanya memikirkan perkara itu.

"Tak. Wajah mayat tu tak sama dengan Himi. Aku dah call jabatan foresik. Mereka kata mayat tu dipakaikan topeng kulit yang sama macam wajah Himi." jelas Taehyung.

Sebelum Jungkook tiba ke sini, Taehyung sudah mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang termampu dan hasilnya dia berjaya temui bukti kukuh yang mayat itu bukan milik Himi.

"Apa semua ni hyung? Aku peninglah. Kalau betul Himi masih hidup, kenapa dia perlu palsukan kematian dia. Apa motif dia?" Jungkook tolak rambutnya ke belakang. Semakin serabut otaknya.

"Ada seorang yang boleh tolong kita selesaikan semua ni."

"Siapa?"

"Areum"

"Aku tak rasa Areum akan bagi kerjasama. Hyung tahu kan, Areum tu jenis keras kepala. Lagipun, Areum ada kat Daegu sekarang sebab ambil stok bunga. Tak mungkin dia akan ke sini kalau kita panggil." jelas Jungkook.

Sejak Areum bebas dari Brisden, gadis itu berjaya membuka perniagaannya sendiri dengan menguruskan sebuah kedai bunga yang diberi nama Florist Glow.

"Aku tahu macam mana nak buat Areum datang sini dan aku yakin rancangan ni akan berjaya." Taehyung  tersenyum jahat.

Wajah innocent Jungkook dipandang lama. Jungkook yang tidak tahu apa apa, hanya mampu terkebil kebil.

"Bak sini phone kau."

Tanpa banyak soal , Jungkook serahkan telefonnya pada lelaki itu.

Sejurus itu, Taehyung terus membuat panggilan kepada Areum. Tak lupa, loudspeaker juga dibuka agar Jungkook turut mendengar perbualan mereka nanti.

Tut..tut..

Tidak sampai beberapa saat, panggilan itu bersambung.

"Nae oppa. Ada apa call ? Dah sampai Jeju ke?" soal Areum sebaik talian.

"Areum! Ni aku, Taehyung. Ermm sebenarnya, Jungkook..Jungkook kemalangan!!" Taehyung pura pura cemas bagi memantapkan lakonannya.

Mata Jungkook terbeliak besar. Dia ingin menghalang Taehyung namun tanpa amaran ..

PANG!!

Jungkook tidak sempat mengelak lalu penampar Taehyung melekap kuat di pipinya.

"ARGHH!!!!" Jungkook meraung sakit. Dia berguling guling sambil menekup pipi yang kebas.

"Bunyi apa tu?! Yah, Jungkook?!!! Apa dah jadi??!!"  Asudah menjerit cemas bila  jeritan suaminya kedengaran.

"Datang sini cepat!  Nampaknya Jungkook cedera parah! Otaknya terkeluar! Doktor cakap dia dah tak ada harapan untuk hidup. Jangan risau, nanti aku hantar location pada kau!" serentak itu Taehyung terus mematikan talian dengan senyuman lebar.

Jungkook yang masih menggelupur sakit tidak dia hiraukan.

"Sorry Jungkook.."

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now