I miss you, hyung.

1.8K 198 2
                                    

"Huwaaaaa....mengantuknya." Areum menguap luas sampai berair mata.

Sumpah dia mengantuk sangat!

Areum mendongak membaca angka jam di dinding. Baru pukul 3 petang. Tapi mengantuknya tuhan saja yang tahu.

Button save ditekan.

Setelah yakin semua dokumen selamat disimpan ke dalam folder. Areum terus merebahkan kepala ke atas meja.

Dia sudah tidak tahan. Mata pula makin memberat. Baru beberapa minit, Areum sudah tertidur.

Jungkook memerhati Areum dari atas. Setelah yakin gadis itu sudah terlelap, pantas dia berlari mendapatkan Taehyung.

"Hyung , dia dah tidur." bahu Taehyung ditepuk Jungkook.

Taehyung menoleh. Dia sudah bersiap sedia.

Kunci motosikal milik Areum dalam poket seluar, dia keluarkan.

Macam mana dia jumpa kunci tu?

Heh. Ini Taehyung lah.

Apalah sangat setakat cari kunci. Caranya ialah geledah satu bilik Areum .


"Dah jom gerak. Jangan buang masa." Taehyung melangkah menuruni tangga.

"Eh hyung! Kejap. Biar aku angkat Areum masuk bilik dia dulu. Takut dia sakit badan pulak kalau tidur duduk macam tu. " kata Jungkook.

Lalu tubuh Areum dia angkat perlahan lahan. Tidak mahu menganggu lena gadis itu. Dengan cermat dia mendaki tangga menuju ke bilik Areum.


Taehyung hanya melihat dengan senyuman nipis.

"Cinta dah mula berputik rupanya.. " kata Taehyung sendirian.

Setelah selesai , Jungkook dengan pantas mendapatkan Taehyung yang sudah menunggu.

"Dah jom." Taehyung hulurkan helmet dan juga kunci motosikal pada Jungkook.

Jungkook menyambut huluran lelaki itu. Mulutnya ingin mengatakan sesuatu namun pantas Taehyung memintas.

"Kau bawak. Aku tak reti naik benda tu."

Jungkook mengangguk. Enjin motosikal swag Areum sudah mengaum ganas. Motosikal yang serupa dengan milik Himi.

"Satu lagi. Aku merayu tolonglah jangan bawa laju laju. Aku masih trauma." kata Taehyung perlahan.

Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah dia hampir hilang nyawa disebabkan Himi dulu.

Dia tak sanggup melaluinya lagi!




___






Bunga ros putih diletakkan di atas makam Seokjin.

Jungkook merenung sayu gambar lelaki itu sambil mengenang kembali kenangan manis mereka bersama.

"Hyung , Jungkook rindu. Maaf sebab dah lama Jungkook tak datang melawat hyung.." ujar Jungkook perlahan.

Gambar Seokjin yang tersenyum dia usap perlahan.

Rindunya makin membuak buak.

"Hyung , Jungkook dah tahu siapa yang bunuh hyung. Tak sangka orang yang kita cari selama ni ada depan mata je. Hyung jangan risau ,  Jungkook janji  akan tuntut bela atas kematian hyung. " Jungkook berdiri.

Dia menoleh sekilas ke belakang melihat Taehyung yang masih menunggu sambil menyandar pada motosikal.

"Hyung , Jungkook  tak boleh lama ni. Nanti Jungkook datang lagi ya. Hmm selamat tinggal hyung. Jungkook pergi dulu."

Jungkook mula melangkah menghampiri Taehyung.

"Dah selesai?" soal Taehyung.

"Hmm" Jungkook cuma mengangguk.

Tiba tiba Taehyung mendekati Jungkook.

Dia berbisik perlahan.

"Aku bukan nak menakutkan kau. Tapi, cuba kau tengok dekat hujung pokok tu."

Jungkook menjeling sekilas ke arah pokok yang dimaksudkan Taehyung.

Dahinya berkerut.

"Nampakkan ada orang dekat situ? Dari tadi aku perasan. Dia macam sedang perhatikan kita. Aku rasa tak sedap hati lah. "

Tanpa berkata apa - apa. Jungkook terus menghidupkan enjin motor.

"Hyung cepat! Kita kena pergi sekarang!!"

Dia mula takut. Ada sesuatu yang tidak kena.

Bang!!

Jungkook dan Taehyung terkejut. Hampir sahaja peluru itu mengenai bahu Taehyung.

Lelaki yang bersembunyi di sebalik pokok tadi mula menghalakan pistol ke arah mereka.

"Jungkook!! Cepat!!! Dia nak bunuh kita!!" terbeliak mata Taehyung. Dia mula panik.



√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now