Punch

1.7K 169 3
                                    

Jungkook menjeling tajam ke arah Taehyung sambil tangannya menekan pack ais pada mata kanan yang lebam.

Taehyung sengaja buat buat tak nampak jelingan lelaki itu. Pack ais ditangannya diletakkan semula ke atas meja.

Habis wajah tampan mereka dibelasah Areum. Jungkook lebam pada mata kanan   manakala Taehyung pula lebam pada mata kiri.

"Ha, kan cantik kalau macam ni. Barulah sahabat sehidup semati. Dua dua dapat sakit yang sama. Huh, rasakan. Itulah, masa nak buat tak fikir." bebel Areum.

Areum menjeling tajam dua lelaki itu. Panas betul hatinya dengan apa yang telah mereka lakukan.

Selepas sahaja mendapat tahu Jungkook kemalangan, Areum terus batalkan semua jadualnya di Daegu lalu terburu buru ke sini.

Namun, selepas sahaja tiba pagi tadi, dia rasa nak meletop bila dua lelaki itu dalam keadaan baik. Sedar dirinya ditipu memang mengamuk teruk Areum jadinya.

Kurang asam punya perangai! Dia cuba menahan sabar.

"Kalau diikutkan hati, aku rasa nak tembak je korang biar mati katak. Hish, menyusahkan betul. Kau tau tak aku risau bila kau kata Jungkook kemalangan. Tapi rupanya korang saja guna alasan tu untuk umpan aku ke sini. Kau ingat benda ni kelakar ke?" bebel Areum pada Taehyung.

Habis terkeluar 'aku kau' dari mulut Areum menandakan gadis itu betul betul geram.

"Chagi..jangan lah marah marah. Tak baik untuk baby kita tau." Jungkook cuba untuk bertoleransi dengan isterinya yang tiada tanda untuk surut.

"Bwo?! Areum pregnant? Serius lah? Baru minggu lepas kot korang kahwin." mata Taehyung terbeliak luas.

"Hehe. Macam mana? Hebat kan aku, hyung?" Jungkook sengih berlagak.

Pak!

Areum terus meluku kepala Jungkook dengan kuat menyebabkan lelaki itu terjerit.

"Straight to the point. Ada apa awak panggil saya ke sini? Penting sangat ke?" soal Areum.

Marahnya sudah reda. Wajah Taehyung dia tatap lama. Dia yakin ada sesuatu yang berlaku.

Jungkook yang masih sakit sudah mencebikkan bibir apabila dirinya tidak dilayan.

"Ada beberapa soalan aku nak tanya kau. Benda ni penting, aku harap kau tak keberatan untuk bagi kerjasama" Kata Taehyung dengan tegas

Berkerut dahi Areum apabila lelaki itu menjadi serius. Matanya menentang mata tajam Taehyung sebelum Areum sendiri melarikan pandangan.

Areum mula rasa tak sedap hati. Liur dia teguk perlahan seperti dapat meneka niat Taehyung.

"Apa yan awak nak tahu, Tae?" soal Areum.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now