Reasons

1.7K 180 1
                                    


"Apa yang awak nak tahu, Tae?"

"Aku nak kau jawab soalan aku dengan jujur. Himi masih hidup, betul kan?"

Areum terkedu dengan soalan itu. Dia memejamkan mata sebentar cuba untuk bertenang lalu wajah Taehyung dipandang lama.

Areum mengeluh perlahan.

"Saya dah agak. Satu hari nanti awak pasti akan tahu juga perkara sebenar." kata Areum.

Taehyung hanya diam membiarkan Areum meneruskan katanya.

"Hmm, apa yang awak cakap tu betul. Himi masih hidup. Selama ni, dia tak pernah mati." sambung Areum.

Taehyung rasa dadanya berombak dan nafasnya mula tidak teratur. Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya dia mendengar perkara itu.

Akhirnya Tuhan makbulkan doanya dengan memberi peluang sekali lagi untuk mereka berbahagia semula.

"Jadi, apa semua ni? Kenapa kau tipu aku Areum? Kau sendiri nampak keadaan aku bila Himi tak ada. Aku hilang arah tuju dan hidup aku serabut. Hati aku sakit setiap kali terfikirkan dia." mata Taehyung mula berkaca.

"Saya buat semua ni sebab Himi sendiri yang minta. Awak lupa ke apa yang awak dah buat pada dia? Awak maki dia, awak rogol dia dan awak anggap dia perempuan simpanan awak. Jadi tolonglah faham, kenapa Himi susah nak maafkan awak dan buat keputusan untuk hilangkan diri." balas Areum.

Melihat air mata Taehyung mengalir laju membuatkan hati Areum berbelah bahagi.

Dia tidak sampai hati melihat keadaan lelaki itu yang serabut. Areum tahu Taehyung rasa bersalah atas semua perbuatannya.

Tapi, tiada apa yang boleh dia lakukan, kerana Himi sudah membuat keputusan untuk membawa dirinya jauh dari mereka semua.

Jungkook mengusap perlahan bahu Taehyung untuk memujuk lelaki itu. Jungkook tidak berani bersuara memandangkan dia juga tidak tahu apa apa berkaitan hal ini.

Areum mengambil nafas seketika sebelum menyambung.

"Seperti yang kita tahu, mayat Prof Lia berjaya ditemui pada malam yang sama. Tapi mayat Himi, ambil masa selama 4 hari untuk jumpa. Dan selama tempoh 4 hari tu, saya yang uruskan semua rancangan ni. Mayat tu bukan milik Himi, tapi itu mayat yang saya pinjam dari jabatan forensik dengan bantuan Koperal Lee."

"Saya tempah seorang pengukir untuk ukirkan topeng muka kulit yang sama dengan muka Himi untuk kaburi mata semua orang termasuk awak. Ujian DNA tu palsu dan kematian Himi juga palsu." terang Areum.

" Himi selamat pada malam itu. Saya tak tahu macam mana dia survive tapi esoknya saya dapat panggilan dari hospital berdekatan. Himi suruh saya ke sana dan minta saya buat semua ni."

"Saya minta maaf Taehyung. Saya tak berniat nak tipu awak. Tapi tak ada apa yang kita boleh buat sekarang. Himi bukan seorang pemaaf. Dia betul betul bencikan awak, Tae . Dia terkesan sangat dengan apa yang awak dah buat."

Taehyung lap perlahan air mata yang mengalir di pipi. Dia senyum nipis pada Areum.

"Areum, terima kasih sebab jujur. Cukuplah aku tahu dia masih hidup. Itu pun dah buat aku bahagia. Aku tak kesah kalau dia bencikan aku, aku memang layak terima semua ni. Walau apa pun jadi, aku akan tetap cintakan dia sampai aku mati. Himi gadis yang sempurna, dia berhak dapat lelaki yang jauh lebih bagus." Taehyung tersenyum nipis.

Mungkin sudah masanya dia melepaskan gadis itu pergi untuk mencari kebahagiannya sendiri.

Kalau itu keputusan Himi, Taehyung terima asalkan gadis itu masih hidup dan baik baik sahaja.

Taehyung tidak peduli walaupun cintanya tidak berbalas. Dia nekad dengan keputusannya untuk terus mencintai gadis itu dalam diam.

"Hyung, apa kau cakap ni? Takkan kau nak mengalah? Mesti ada cara untuk kau dapatkan Himi semula. Walaupun aku tahu peluang tu tipis, tapi kau kena cuba." nasihat Jungkook.

Dia tidak bersetuju jika Taehyung beralah seperti ini. 6 bulan lelaki itu menderita apabila Himi menghilang.

"Mungkin ini yang terbaik untuk kami berdua. Aku lelaki tak guna Jungkook. Aku tak pernah hargai dia. Malah, aku layan dia dengan teruk. Takpelah, aku anggap ini hukuman atas dosa aku selama ni. Aku akan lepaskan dia pergi. Aku bahagia kalau dia bahagia." balas Taehyung dengan hati yang tidak rela.

"Taehyung..." panggil Areum tiba tiba.

Taehyung dan Jungkook serentak memandang Areum yang tersenyum nipis.

"Awak masih ada peluang untuk dapatkan hati dia semula. Saya yakin Himi tak adalah sedingin itu. Lambat laun hati dia akan terbuka untuk terima awak. Buat masa sekrang, biarlah waktu yang tentukan. Asalkan awak tak putus asa untuk raih kepercayaan Himi semula. Lagipun Himi sangat perlukan awak sekarang."

Dahi Taehyung berkerut memikirkan kata kata Areum.

"Himi mengandung Tae. Tak lama lagi baby awak berdua akan lahir." kata Areum.

Mata Taehyung terbeliak luas. Hatinya melonjak gembira dengan berita itu.

"K..kau serius?!" Taehyung terkejut.

Areum mengangguk dalaam senyuman.

"Gadis mengandung tepi pantai tu..ja jangan cakap itu dia.." bisik Taehyung sendirian.

Fikirannya kembali mengimbas kejadian itu. Hatinya kuat mengatakan gadis itu adalah Himi. Lebih lagi , selepas tahu Himi masih hidup. Tambahan pula dengan tatoo bunga di kaki gadis itu.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now