Still loving you

1.7K 177 14
                                    


Himi mengelap peluh yang mengalir di dahi dengan tuala putih. Dia mengambil nafas dalam dalam.

"Pushh!!!!" Himi menjerit kecil.

"Sekali lagi! Baby , please tolong omma. Omma tahu kita boleh! Fighting! " sekali Himi kesat peluh yang menitis di dahi.

Nafas dia tarik dalam dalam.

"Pushh!!!" Himi kembali menjerit dan dia push sekuat hati.

"Ah! Aku dah fedup!!" Himi yang tadi mencangkung terus berdiri.

Tangannya ditepuk tepuk untuk menghilangkan tanah yang melekat.

"Bodoh punya pasu bunga! Buat penat je aku tolak kau. Haih, nampaknya sikit pun kau tak berganjak." maki Himi.

Dia mula duduk di bangku untuk menghilangkan penat.

"Satu lagi, siapa lah yang goblok sangat pergi letak pasu bunga besar ni dekat laman rumah aku. Ish! Semaklah. Dahlah pokok pun tak ada daun.." Himi membebel sambil matanya menjeling pasu bunga yang besar itu.

Keadaan pokok  itu seperti pokok pada musim luruh. Dahan dahannya kosong tanpa sehelai daun hanya meninggalkan ranting yang membuatkan pokok itu nampak pelik dan hodoh.

"Kalau aku dapat tangkap siapa yang buat ni, memang matilah aku kerjakan. Haish, buat penat aku je. Nasib baik tak terberanak.. Himi usap perutnya perlahan.

Dia tersenyum bila merasa pergerakan bayi dalam kandungannya itu.

"Sayang, omma minta maaf tau. Nanti bila sayang dah keluar sayang takkan dapat rasa kasih sayang seorang ayah. Kesian anak omma ni.." Himi cuba menahan sebak.

" Sayang, appa tak pernah sayangkan kita. Omma buat semua ni sebab omma takut appa akan bunuh sayang kalau dia tahu sayang ni anak dia. Omma taknak kehilangan anak omma ni. Lagipun, omma dah tak ada sesiapa.." perlahan air matanya mengalir.

Setiap detik dia akan teringat pada  lelaki itu dan setiap hari, Himi akan pura pura sibuk untuk mengalihkan fikirannya dari terus memikirkan Taehyung.

Walaupun hatinya sarat dengan rindu tapi, dia terpaksa lakukan semua ini demi nyawa si kecil yang sedang membesar dalam rahimnya.

Himi tahu, Taehyung akan lebih membencinya sekiranya tahu tentang anak ini. Dan boleh jadi,  Taehyung akan paksa dia gugurkan anak ini.

"Aku berharap sangat kau dapat mencintai aku dengan ikhlas tapi, aku salah. Kau anggap maruah aku tak lebih dari perempuan simpanan. Jadi, biarlah aku telan semua derita ni, asalkan anak aku tak terkena tempiasnya."

Hati Himi masih sakit dengan cacian Taehyung. Walaupun kejadian itu susah lama berlalu, namun luka yang  diberi Taehyung sangat dalam.

"Tapikan sayang, siapa lelaki yang tolong kita semalam eh? Nasib baik lah dia datang, kalau tak mesti geng kapcai tu takkan lepaskan kita." Himi teringat kejadian semalam sewaktu dia diganggu ketika berjalan di pantai.

"Omma lupa pulak nak ucap terima kasih pada lelaki tu. Maklumlah time tu omma lapar gila kot. Makanan je yang omma fikirkan sampai muka lelaki yang tolong kita tu pun omma lupa nak tengok." kata Himi lagi.

Memang waktu itu dia tersangat lapar. Hanya makanan saja dia yang dia fikirkan dan selepas  geng kapcai itu pergi, Himi tak tunggu lama. Dia terus berjalan laju ke restaurant tanpa menoleh sedikit pun pada lelaki itu.

"Ah! Biarlah. Benda dah jadi buat apa fikir."

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now